webnovel

Huo Mian, Saya Cinta Kamu (2)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Serahkan pada saya, jangan risau. Cuma… tunggu saya hubungi kamu."

"Jadi… macam mana saya nak berterima kasih pada kamu, Dr. Huo? Kamu banyak tolong kami."

Xie Juan mahu melutut di hadapan Huo Mian dan tunduk hormat berkali-kali kerana wanita itu telah banyak membantunya.

"Tak apa. Ni Yang macam adik saya, saya nak tengok dia bersatu semula dengan keluarga dia. Janganlah tertekan sangat…"

Setelah duduk bersama mereka untuk seketika, Huo Mian memberikan banyak keperluan sekolah kepada Shuai Shuai yang dibelinya ketika dalam perjalanan ke sini sebelum meminta diri dan menuju ke GK.

GK sedang membuat rakaman iklan selebriti pada hujung minggu ini dan kebanyakan selebriti syarikat akan datang, maka Huo Mian pasti dia akan berjumpa Ni Yang di sana.

Namun, tidak dijangka, dia bertembung dengan Mo Xue'er dan Jiang Ye di lobi.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com