1 Untitled part 1

VIDEO

11:30 PAGI

ring ring

"Hello mie boss ade bagi file kat kau dia suruh kau tengok file tu kat komputer "

"Ha?? komputer!?? dia lupa ke yang aku nie takde komputer?"

"Entah lah wei kau pergi lah cc dekat dengan dengan rumah kau"

"Nak kena guna duit lagi"

"Itu aku taktau lah"

Panggilan di tutup

"Haih apelah nasib"

Aku keluar je dari rumah terus menuju ke kedai cybercafe. kedai cybercafe yang aku nak pergi tidak lah jauh dekat sahaja senang cakap di belakang rumah sahaja.

Sampai sahaja di cybercafe aku terus menghulur kan duit 10 ringgit di kaunter pembayaran

"Bang 1 jam" kenapa satu jam? sebab aku kenal boss aku macam mana sekali dia bagi kau file kau mesti akan fikir sikit kan? nope is not like that is far more worse than that

Aku terus menuju ke tempat duduk aku dan mulakan kerja aku

1 minit sudah berlalu

Hampir satu minit aku duduk di kerusi tak bangun, tak minum dan tak makan. aku bangun sekejap dan menuju ke kaunter untuk membeli makanan

"bang bagi saya air milo dan roti coklat tu"

Dia terus menghulurkan roti dan air kepada aku

"Um berapa eh?"

"5 ringgit"

Aku terus menghulurkan duit aku kepada dia

Aku turus menuju ke tempat duduk aku untuk meneruskan kerja aku.

1 jam sudah berlalu

Masa untuk aku balik kerana kerja aku sudah siap. Aku terus mengemas semua peralatan kerja aku. semasa aku hendang mengemas barang aku terlihat di skrin komputer aku seperti ade suatu notification dari laman web chorme

"Hm?? ape bende nie?"

Notification itu menulis suatu ayat UNTITLED

"Takde tajuk? bug ke?"

Aku terus mengambil mouse aku dan terus menuju ke noti tersebut

Click

Skrin tersebut mempaparkan seorang wanita yang sedang di rasuk dan disebelahnya terdapat seseorang yang aku tahu adalah seorang bomoh. Bomoh tersebut membaca ayat seperti ayat mantera yang aku tidak pasti ape maksudnye. Sedang aku menonton video tersebut aku mendapati yang wanita itu tersenyum dengan lebar tetapi bukan ke arah bomoh tersebut tetapi ke arah kamera. Aku mula tidak sedap hati dengan video ini jadi aku pun cepat-cepat terus ke kaunter untuk memberi tahu yang aku sudah siap menggunakan komputer

sampai sahaja aku di rumah aku terus mengeluarkan henfon aku dan terus call boss.

"Hello boss, kerja boss yang boss saya buat tu dah siap dah nanti saya bagi kat boss eh?

"Dah siap dah? oke nanti awak boleh bawak file tu kat saya esok"

"okay boss"

Esoknya

11:30 pagi

"najime !" jerit boss aku

"ye?"

"file yang yang semalam yang awak cakap tu awak ada bawak?"

"ade boss bila saya nak bagi?"

"awak bagi saya dalam pukul 1 petang nanti boleh sebab saya ade hal lah kat luar"

"boleh-boleh"

Aku terus menuju ke meja aku dan membuka komputer aku untuk mencari file yang aku buat semalam

"eh nie bukan ke..."

1:13

"Eh mana si najimie?" tanye aku kepada rasyid

"Entah lah boss tak nampak pon dia"

"Hmm kalau macam tu takpe lah saya dia sendiri"

semasa aku hampir sampai di meja najimie aku terdengar suara seperti seseorang menangis di tempat meja najime berkerja. aku terus bergegas ke arah meja najimie tersebut dan melihat najime sedang menangis teresak-esak sambil berkata..

"make it stop pls make it stop"

"eh najimie kamu kenapa nie kamu okay tak?"

"BOSS PLS STOP THAT VIDEO ON THAT SCREEN"

"video?"

aku terus melihat komputer yang di tunjuknye oleh najimie,tapi ape yang aku nampak ada lah skrin kosong

"najimie takde bend-"

najimie terus memeluk aku dan terus berkata

"minta maaf ye tuan~~ "

BALAI POLIS

"TADI ADE ORANG LAPORKAN SEORANG REMAJA BUNUH BOSS DIA GUNA PISAU. AKU NAK KORANG BERSIAP CEPAT!!! AKU TAKNAK KORANG LAMBAT!!!

DETECTIVE ROOM

aku terus terbangun dari tidur kerana terdengar suara polis yang sangat kuat.aku terus bangun dan terus menuju ke pintu dan terlihat ramai orang sedang bersiap sedia.

"oi kenapa nie?" tanya aku kepada salah seorang polis di situ

"ada orang bunuh boss dia kat office sekarang"

hmm stress sangat kot

tiba-tiba polis ini berkata

"nak ikut?"

kalau nak dikatakan malas tapi aku nie detective kot mana boleh malas

"yeah im in"

VIDEO

-TAMAT-

avataravatar