webnovel

1 - Tattoo

"Arghhh!!" Laju saja Seungwoo berlari ke tingkat atas apabila mendengarkan jeritan dari tingkat itu. Matanya membulat apabila Aera sedang menekup telinganya sambil terduduk di atas lantai yang sudah penuh dengan kaca yang dipecahkan oleh gadis itu. Terus saja dia memeluk Aera ke dalam pelukannya. Gadis itu masih saja menjerit seperti sedang mengerang kesakitan.

"Shhh Aera tenang..Aku ada dekat sini..Tenang.."

"Arhhhh s-sakit!"

"Hyung, wae aku deng- Yahhh Aera?!"

Minhee muncul dihadapan Seungwoo & Aera. Memandang Aera yang masih mengerang kesakitan sebelum memandang Seungwoo. Seungwoo hanya mengangguk seakan memberi isyarat kepada Minhee sebelum namja itu menyentuh kedua belah tangan Aera yang masih menekup telinganya. Dia mengangkat kepala Aera supaya gadis itu menghadapnya & sebaik saja Aera membuka matanya yang tertutup, Minhee terpaku.

"Hyung..Mata Aera.." Terus saja Seungwoo memandang mata Aera yang sudah bertukar kepada ungu gelap.

"Kau kena cepat, Minhee.."

"Aera, tengok aku.." arah Minhee & Aera terus menurut meskipun pandangannya kini kabur untuk melihat namja dihadapannya ini. Beberapa saat kemudian, mata Aera kembali bertukar kepada light brown & tangannya diturunkan dari menekup telinga. Pantas saja Minhee menyambut Aera apabila gadis itu hampir tumbang.

"Wae jadi macam ni lagi?" Minhee

"Ini maknanya diaorang tahu Aera masih hidup. Diorang cuba seksa Aera lagi." Seungwoo

"Perlu ke kita bagitahu yang lain?" Minhee

"Eo..Kalau diaorang dah tahu Aera masih hidup, kemungkinan besar diaorang tahu dia ada dengan kita. Keselamatan kita pun dalam bahaya sekarang."

Badan Aera diangkatnya gaya bridal style lalu diletakkan di atas katil bersaiz queen dalam bilik itu. Minhee menarik selimut menutup badan Aera sebelum mengusap kepala gadis itu. Seungwoo hanya memandang dari tempat yang Aera berada tadi. Dia memandang ke luar tingkap bilik.

Bulan yang kebiasaannya berwarna putih itu kini bertukar ke ungu gelap, sama warna dengan mata Aera sebentar tadi membuatkan dia mengeluh kecil..Dia berjalan ke arah pintu bilik sambil dilihat oleh Minhee. Sebelum keluar, dia menoleh, memanndang tepat ke arah Minhee yang masih berdiri disebelah Aera yang sudah tidak sedarkan diri itu. Mungkin saja gadis itu sudah kelelahan sehingga pitam.

"Tolong jagakan Aera. Biar hyung yang bagitahu yang lain." Seungwoo

"Arasseo.."

◾◾◾

"Joahae.."

Jaemin memandang kosong yeoja yang kini berdiri dihadapannya sambil tersenyum malu. Dibelakangnya terdapat 2 orang lagi yeoja yang mungkin rakannya turut tersenyum, mungkin teruja apabila rakan mereka meluahkan perasaan kepada jejaka terhangat sekolah & mungkin menjangkakan yang rakan mereka akan diterima namun...

"Mian..Kau bukan taste aku."

Terus saja Jaemin meninggalkan gadis itu, rakan² gadis itu serta Jeno & Haechan yang sudah ternganga itu. Haechan menahan gelaknya dari terburai apabila melihatkan reaksi gadis itu yang kelihatan tidak percaya dirinya ditolak mentah² oleh Jaemin sebelum menarik Jeno untuk mengekori langkah Jaemin dengan laju. Bahu namja itu dipeluk sebaik saja tiba disebelahnya.

"Woahh kaulah manusia pertama yang tolak si Yoora tu.."

"Siapa Yoora?" Jaemin mengerutkan kening

"Heol..Kau memang tak berminat dengan yeoja ke? Yeoja yang kau reject tadi tulah Yoora. Leader cheerleader sekolah kot." Haechan

"Patutlah diva.." Jaemin

"Yang tu aku setuju" sampuk Jeno

"Tapi dia hot kot.." Haechan

"Hot kalau mengada, tak jalan juga." ujar Jeno

Jaemin tersenyum kecil sebelum menggelengkan kepala dengan sikap rakannya.

"Arhhh.." Jaemin memegang dadanya yang tiba² sakit itu. Badannya dibongkokkan sedikit & kakinya berhenti melangkah membuatkan Haechan serta Jeno turut berhenti.

"Yahh gwenchana??" kalut Jeno

"E-eo..C-cuma dada aku tiba² sakit." Jaemin

"Kebelakangan ni kau selalu sakit dada. Kau tak pergi periksa ke?" Haechan

"Dah cuma doktor cakap aku okay je. Jantung aku pun sihat.." Jaemin

Dia sendiri pelik apabila doktor memberitahu yang dia tidak apa². Jika boleh dia mahu saja bertekak dengan doktor ketika itu namun memikirkan yang Pn. Na turut ada di dalam bilik itu & dia tidak mahu menimbulkan kekecohan di hospital, dia hanya mengangguk & menganggap ianya mungkin kerana dia terlalu penat akhir² ini.

"Ke ni sebab kau asyik reject yeoja jadi kau dah kena sumpah akan sakit dada setiap kali kau reject yeoja." duga Haechan

"Yahh jangan mengarutlah.." Jeno meluku kepala Haechan

"Aishhh manalah tahu, kan?" Haechan mencebik

◾◾◾

Aera memandang kosong pasu bunga yang terisi bunga ros yang sudahpun layu itu. Sudah banyak kali juga Seungyoun menawarkan diri untuk menggantikan bunga itu dengan yang baru namun tetap saja ditolak oleh Aera & kini, hatinya yang sakit melihat bunga itu sudah layu. Mungkin hatinya mengharapkan bjnga itu akan berkembang mekar kembali.

"Aera, jom makan?"

Kepala ditolehkan ke arah Hyeongjun yang tersenyum manis ke arahnya sebelum dia membalas senyuman itu & menggeleng kecil membuatkan namja itu memuncungkan bibirnya. Dia menghampiri Aera lalu memegang gadis itu sebelum dihayunkan. persis kanak² yang sedang cuba memujuk ommanya untuk membeli gula².

"Alaaa jomlah..Nanti Wooseok hyung marah aku lagi." pujuk Hyeongjun

"Aku tak lapar, Jun.."

"Alaaa tipu..Kalau tak lapar pun, makan la sikit. Kau dahlah makin kurus sekarang." Hyeongjun

"Apa masalahnya kalau aku kurus?"

"Yahhh kurus pun ada batasnya. Bukan kurus rangka macam kau.." tanpa banyak soal terus dia menarik tangan Aera supaya mengikutnya keluar dari bilik. Mahu tidak mahu, terpaksalah dia ikut jejak langkah Hyeongjun. Meskipun mempunyai paras rupa & ketinggian yang comel, kekuatannya tetap saja kekuatan seorang lelaki. Aera akui itu..

Sebaik saja tiba di ruang makan. Semua orang memandang Aera yang berada disisi Hyeongjun yang sedang tersenyum itu. Mata Aera memandang setiap wajah disitu sebelum terpandangkan Eunbin yang hanya menjelingnya. Aera tersenyum sinis lalu berjalan ke tempat duduk yang kosong. Hangyul memerhatikan Aera sebelum perasankan mata Aera.

"Hyung, mata Aera.."

Semua orang kembali melihat ke arah Aera, atau lebih ke arah mata gadis itu yang sudah bertukar ke merah kegelapan. Gadis itu hanya beriak selamba namun matanya asyik menikam ke arah Eunbin yang jelas berani membalas tatapan itu.

"Eunbin.." panggil Seungyoun namun ianya cukup tegas

"Tskkk.." Terus saja Eunbin bangkit dari duduk & berjalan ke dapur, diikuti oleh Hangyul.

"Aera, tenang.."

Bahu Aera disentuh lembut membuatkan dia menoleh & terpandangkan wajah Yohan. Namja itu tersenyum lembut membuatkan dia mengeluh lalu memandang kembali yang lain..

"Inilah sebab kenapa aku tak nak turun makan. Aku rosakkan segalanya.." ujarnya

◾◾◾

Matanya terbuka luas secara tiba². Nafasnya tidak teratur seperti baru saja selesai marathon. Kepalanya ditolehkan memandang jam yang terdapat pada dinding bilik. Sudah hampir pukul 3 pagi..Otaknya keliru..Dia tidak mengalami sebarang mimpi, tiada yang mengganggunya tidur & fikirannya namun mengapa dia masih tersedar..

Suhu biliknya juga elok saja seperti selalu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk bangkit dari baring untuk turun ke dapur, meminum sedikit susu. Petua dari ommanya apabila mengalami gangguan tidur. Namun belum sempat dia melangkah keluar dari biliknya, dia mengerang kesakitan apabila tangannya terasa pedih yang amat seperti ditoreh ataupun dibakar.

Sedaya upaya dia menahan diri daripada untuk tidak menjerit agar tidak membangunkan sesiapa namun rasa sakit yang dirasainya tidak membolehkan dia menahan diri daripada menjerit. Dan dengan itu, beberapa saat kemudian pintu biliknya dibuka dari luar lalu diserbu oleh 3 orang namja yang kelam kabut menghampirinya. Lampu bilik dibuka..

"Jaemin, kenapa ni???" Jeno

"T-tangan aku sakit arghhh!!"

Salah seorang dari mereka terus duduk bertentangan dengan Jaemin sebelum menyelak lengan baju Jaemin yang sedang memegang tangannya sambil menahan perit. Membulat mata mereka bertiga apabila terpandangkan tattoo di tangan namja itu. Tidak cukup dengan itu, tattoo itu seakan mengalirkan bara api di dalamnya membuatkan ada sinar merah yang kelihatan.

"W-wae...Macam mana hyung boleh ada tattoo?"

Mereka saling memandang tidak percaya malah Jaemin turut kebingungan. Rasa sakit itu semakin memudar namun tattoo itu masih disitu, pada lengannya meskipun sudah tidak mengalirkan bara.

"T-tapi aku tak.." ujar Jaemin separuh, tidak dapat menghabiskan kata-katanya

'Akhirnya masa kau telah tiba, Na Jaemin..'

"S-siapa tu?" Jaemin memandang sekeliling apabila ada suara asing kedengaran..

"Wae, Jaemin?" Jeno

"A-aku dengar suara orang..Korang tak dengar ke?" Jaemin

"Ahh hyung..Jangan main² la! Sekarang dah malam!" Jisung memeluk badannya

"Tapi-"

'Mereka takkan dengar suara aku, Jaemin..Hanya kau yang akan dengar aku malah hanya kau yang akan nampak diri aku kalau kau tengok depan kau sekarang.'

Jaemin terkedu mendengarkan penjelasan suara itu. Dia agak teragak-agak namun lambat² dia mengangkat juga kepalanya untuk melihat satu figura lelaki dihadapan mereka berempat namun hanya dia yang mampu melihatnya. Figura itu tersenyum manis lalu berjalan ke hadapan sedikit untuk mempamerkan keseluruhan wajahnya. Seorang lelaki...

"Annyeong..Aku Jimin..Aku adalah diri kau.."