webnovel

Tunang Paling Sweet

Apa yang korang akan buat bila ditunangkan dengan orang yang tidak dikenali ? Lebih-lebih lagi time korang baru break dan hati masih hancur kebaboom? Begitula nasib si Iliya Humairah.Sudahla bakal tunang poyo semacam! "kenapa awak setuju nak tunang dengan saya? Saya rasa boleh je awak tolak?"-Iliya Humairah "ada nampak muka saya ni macam kaunter pertanyaan ke?"-Tengku Harraz Arshad Semenjak bertunang si encik tunang sering buat hati cair tak henti! Oh tuhan, makin lama makin jatuh sayang! "orang suap pun comot. Nasib muka comel" "aik? Tadi kata muka saya cam monyet?" "yela monyet yang comel" Siapa sangka dulunya dingin sekarang pandai bermain kata? "kahwin lari la jom?" "pala bana,kalau ya pun orang kahwin lari kat siam. Awak bawa saya kat tepi curam,ni nak terjun sama-sama ke acaner?" Hal yang merunsingkan adalah,kenapa Encik tunang kacak sangat!? "lain kali tukar tinted cermin kereta, saya nak semua cermin kereta awak warna hitam biar orang tak nampak awak dalam kereta ni" "aik kenapa pulak?" "menyampah tau time awak jemput saya balik mesti ada budak sekolah saya puji awak lebih-lebih, saya pun tak pernah puji awak macamtu" "Alaaa firstime tunang saya jealous,happy pulak saya" "asal lak?" "yela, saya baru sedar awak sayang saya" "tunang saya kot..gi-gila tak sayang" Orang ketiga? Haha never ,tiada lansung konflik orang ketiga antara mereka. "Jangan berhenti sayangkan saya. Jangan berhenti cintakan saya. Jangan..tinggalkan saya" Tetapi dalam setiap kebahagiaan pasti ada cabaran,so jom baca kisah diorang!

qasha_lova · Teen
Not enough ratings
22 Chs

Bab 21

"like seriously,kau tampar dia . Aku kagum weh ! Panas perut mengandungkan kau" kata Najihah drama selamba baring di atas katil bersebelahan Iliya yang tengah baring.

"ish asal kau yang teman aku duh. Kenapa bukan orang lain. Kau menyakitkan hati aku tau!" selamba iliya menolak tubuh Najihah dari katilnya menggunakan kaki

"kira beruntung aku jaga kau!" marah Najihah dan bangun lalu dibetulkan tudungnya yang terkena debu lantai.

"okay good,pergi belikan aku roti cepat pattt"arah iliya lalu menyelukkan tangan kedalam poket. 2 helai Rm1 dihulur kepada Najihah yang sudah tercengang

"amboi,buat aku cam bibik."katanya tapi kaki melangkah juga keluar dari bilik rawatan.

Keluar sahaja kelibat Najihah,terus dia membaringkan tubuhnya kembali. Sebenarnya dia takda la parah sangat kena bola tadi cuma cikgu sekolah ni terlalu pentingkan keselamatan dia.

Yela, walidnya seorang yang mempunyai pengaruh besar di sekolah ni. Bunyi ja kena bola terus dia diarak masuk ke bilik rawatan khas.

Iliya tidak pula membantah,bila lagi nak rileks time kat sekolah. Feeling lain macam sikit.

Tiba tiba pintu dikuak dari luar,terkedu iliya dibuatnya melihat gerangan itu. Iliya yang tadi elok berbaring terus bangun dan bersila.

"belakang leher awak dah okay?" soal Aqim selamba masuk

"kau nak apa?"soal iliya mendatar dan menoleh ke arah lain.

Nak kena tamparan yang kedua pula ke?

"saya risau je.."jawabnya dan mengunci pintu bilik rawatan itu.

Meremang bulu roma iliya melihat kelakuan aneh bekas kekasihnya itu. Lebih lebih lagi dia pergi kunci pintu bilik rawatan tu.

"k-kau keluar sekarang" pisau yang entah dari mana muncul,dia capai dan sorok bawah bantal.

"wait...let me explain"pujuk Aqim. Dia mengambil tempat duduk di sebelah katil iliya. Iliya apa lagi. Mengensot menjauh la dia.

"explainla takyah dekat dekat" jawabnya dengan nada cemas. Aqim ketawa perlahan.

"sejak bila awak malu dengan saya ni?" usik Aqim lagi. Tapi tak dapat sambutan iliya. Huh tak perasan lagi ke aku tak maafkan kau lagi!?

Aqim berdehem bila iliya buat tak endah dengan kehadirannya.

"memang saya yang sepak bola tu..tapi sumpah tak perasan awak kat situ. Lagipun Nabil tu sengaja mengelak dari bola supaya bola tu pergi kat awak. " jelas Aqim bersungguh

"oh " jawab iliya tak berminat. Dia membuang pandangan ke arah lain sambil berpeluk tubuh.

Aqim mengeluh.

"saya minta maaf tinggalkan awak demi Kamila" ucapnya lalu mendongak memandang iliya.

"ouh"

"saya masih cintakan awak"

Iliya terkedu. Dia mengemam bibirnya sebelum memandang wajah Aqim. Wajah itu tampak ikhlas tapi dia tak bodoh untuk terima lelaki itu kembali.

Sayang? Ya dia masih sayang pada lelaki itu.

Cinta? Ya,tak berkurang sedikit pun.

Tapi takkan dia nak tinggalkan Harraz demi Aqim?

"tak rindu saya ke?" soal Aqim lagi. Cuba memancing hati gadis itu.

Iliya mendongak merenung kedua belah anak mata Aqim. Cuba mencari keikhlasan dari anak mata jejaka itu.

"r-rindu.." jawabnya perlahan. Dia seolah terpukau.

"terima saya semula?" soal Aqim separa merayu. Dia cuba memegang tangan iliya namun pantas iliya mengelak .

Iliya,apa kau buat ni? Kau cakap rindu kat dia iliya? Kau sedar tak?

"keluar.."

"iliya,"

"aku kata keluar!" matanya bertukar merah . Dia cuba menahan air mata daripada menitik dihadapan jejaka itu.

"please give me one more chance please.."

"AKU KATA KELUAR LA KELUAR!!" Jerit Iliya seperti orang tidak waras. Dia bertindak agresif dengan mengapai barang yang ada di atas meja disebelah katilnya lalu dia baling satu persatu ke arah Aqim.

Aqim tanpa banyak cakap terus bangun menyelamatkan diri. Bukan mahu memujuk malah dia melarikan diri dari amukan iliya.

"babi,,aaaaa...."dia cuba menjerit perlahan dalam esakan tangisannya. Dia menggenggam erat cadar katilnya sambil terhinjut hinjut bahunya naik kerana menangis.

"tak guna,dasar lelaki semua dayus!" katanya lagi dan mengesat kasar air matanya. Habis selebet tudung sekolahnya.

"tak semua dayus ,awak.." tegur seseorang. Terjeda seketika tangisan gadis itu,tapi air mata tetap mengalir.

"saya kan ada?" kata Harraz senyum nipis lalu duduk di birai katil iliya. Kedua belah tangannya naik memegang lembut kepala iliya yang sudah senget tudungnya.

Dipegang kepala itu supaya mendongak memandang wajahnya.

"janganla nangis sebab lelaki lain, ada yang cemburu nanti"ujar Harraz perlahan lalu dia ambil tudung iliya yang lapisan dalam dan dikesat air mata gadis itu. Sekali seluruh muka dia kesat.

"c-cemburu?" soal iliya hairan.

"yela,pakguard rumah saya dah lama berkenan kat awak tau" kata Harraz tak bersalah.

"menganjing.."iliya mencebik dalam tangisan.

Harraz menggeleng perlahan melihat cik tunang yang masih menangis.Dia mengeluarkan roti dari plastik bewarna merah lalu dikoyakkan bungkusan roti chicken floss itu.

"bila awak beli?" soal iliya sambil mengelap air mata.

"Najihah suruh bagi awak. Tadi terserempak dengan dia,dia minta saya bagi kat awak sebab dia nak masuk kelas"Harraz mengeluarkan roti dari bungkusan tersebut dan disua ke mulut cik tunang.

"saya makan sendirila.." jawab iliya dan cuba mengambil roti dari tangan Harraz.

Harraz awal awal lagi dah mengelak . Diangkat roti tu tinggi tinggi

"janganla bergurau..malu la awak suap,dahla besar gedebak awak nak suap tu. Comotlah saya"rungutnya dan bermain dengan hujung jari.

"dahtu biar saya cubit satu satu. " Harraz menggapai pinggan di atas meja berhampirannya.

Dia meletakkan roti chicken floss itu di atas pinggan sebelum dicubit satu satu bahagian roti itu menjadi banyak bahagian.

Disuap satu persatu cebisan roti itu lalu disua ke mulut iliya.

"i'm not a baby.." kata iliya tapi tetap dia mengangakan mulut untuk disuap oleh Harraz.

"yes you are not a baby" jawab Harraz perlahan. Kesan krim di tepi bibir iliya dilap dengan ibu jarinya.

Berkerut dahi iliya,tangisan masih belum redha,encik tunang pula buat sweet scene. Mahu merah semerah darah period wajahnya sekarang.

"but you are my baby" sambung Harraz. Tersedak iliya dibuatnya.

Kalut Harraz bangun dari duduknya dan bergerak ke belakang iliya. Ditepuk perlahan belakang badan gadis itu.

Dalam tersedak roti chicken floss,mata iliya kian membulat. Cuba mentafsir ayat Harraz.

Selang beberapa puluh saat,iliya berdehem apabila kerongkongnya sudah clean.

"nak air?" soal Harraz tapi iliya pantas menggeleng dan pandang kebawah.

Harraz diam seketika. Kedua belah anak matanya masih merenung kesan kotoran di belakang tudung sekolah iliya yang bewarna putih.

"sakit ke?" soal Harraz dan menyentuh belakang leher iliya.

"tak sakit sangat dah..tapi tadi memang bergegar juga la otak ni " jawab iliya dan senyum kecil.

"asal awak datang?"

Harraz angkat kening. Dia mencapai air mineral di atas meja lalu dituang sedikit ke tapak tangannya.

"walid call saya suruh jenguk awak. Cedera katanya...and lepas apa saya tengok.." Harraz menjedakan ayatnya. Dia kembali membelek tudung iliya bahagian belakang yang amat ketara kesan kotoran itu.

"tell me siapa buat ni" Harraz bertanya mendatar lalu di sapu sedikit air mineral ke atas bahgian kotor di tudung iliya.

Digosok sedikit cuba menghilang kotoran itu.

"takpela..saya okey je ni" jawab iliya dan memegang tangan Harraz lalu dijatuhkan menjauhinya.

"tak payah susah susah,saya basuh sendiri balik nanti..yer?" kata iliya dan memandang depan seolah termenung

Harraz tak menjawab,dia angguk seketika sebelum duduk kembali di birai katil berhadapan iliya yang sudah mengukir senyuman manis

Tadi nangis,sekarang senyum pulak..kuatnya budak ni.

"promise me something?" Harraz merenung wajah iliya

"what?"

"jangan nangis nangis lagi yer? "

'comel sangat sampai rasa nak peluk' tapi ayat terakhir itu diucap dalam hati.