1 Prologue

1995 November

"Tuan-tuan dan puan-puan, Saya sebagai presiden Amerika syarikat ingin mengucapkan Terima kasih atas sokongan anda semua selama ini, kami telah mengembangkan beberapa teknologi yang dapat kita gunakan di masa hadapan"

"Dengan menggunakan teknologi ini kita dapat mengurangkan kematian tentera Tuan-tuan dan puan-puan, harini saya dengan senang hati merasmikan teknologi Cyborg!" ucapan yang diberikan oleh presiden Amerika syarikat

Sementara itu di bangunan Nasa, Berlin

"Hey botak ada satu signal yang sedang melintas ruangan orbit bumi"

"Signal apa? Aku mengantuk ni, taik bintang kot? Sudahlah aku nak tidur" balas botak sambil mengambil bantal peluknya.

"Tidur ke apa bendanya! Bukannya malam lagi sekarang siang"

[siren amaran kecemasan berbunyi]

"Woi botak bangun sekarang! Siren kecemasan sudah bunyi" belol menjerit sambil menampar pipi botak.

"Hey belol kau periksa data tadi!" Botak terus bangun dan terus duduk didepan komputernya.

"Hah! Baru nak menggelabah yang tadi kerja tidur je tahu! Dasar"

"Sudah-Sudah kita sekarang kena fokus, kau belol telefon pejabat dan menteri pertahanan sekarang juga!"

Nasa telah mengesan objek yang akan menghentam bumi.

"Tuan, benda itu nampak seperti meteorit, apa yang perlu kita buat?"

"batu ini nampak seperti kristal dan sangat besar. Pindahkan semua penduduk awam yang berada di Itali itu, sekarang juga!"

Semua penduduk awam yang berada di Itali dipindahkan ke Brazil untuk sementara waktu.

Tiberium adalah bahan kristal asing yang tiba di Bumi melalui hentaman meteorit berhampiran sungai Tiber di Itali pada tahun 1995. Ancaman eksistensial terhadap kehidupan berasaskan karbon dan juga sumber yang sangat berharga.

1996 July, BBC News

"Ya seperti yang saya katakan tadi batu ini bukan batu kristal yang biasa, batu ini mengandungi jenis-jenis zat yang tiada di bumi. Bahkan ilmuan ilmuan dan saintis-saintis di seluruh dunia tidak dapat jawapan tentang jenis zat di dalam batu ini, tapi saintis-saintis membuat eksperimen terhadap serpihan batu kristal itu dan batu kristal itu sangatlah beracun dan boleh merebak mengembang di bawah tanah"

"Ringkasnya, Jikalau Batu kristal ini menyesuaikan bentuk muka bumi, dedaunan dan persekitaran di bumi, sesuai dengan sifat asingnya sendiri. Sekiranya ini berlaku, tuan-tuan dan puan-puan, kita menghadapi pembunuh di luar mimpi buruk kita yang paling bergolak. Bukan keterlaluan untuk menyatakan bahawa masa depan seluruh planet mungkin dalam bahaya. Semoga Tuhan merahmati jiwa kita" ucapan daripada professor geno membuatkan orang di seluruh dunia ini ketakutan.

Selepas itu, terjadinya peristiwa yang sangat mengerikan dan mengejutkan. Entah dari mana datangnya puak ini. Membuat kekacauan di seluruh dunia dan menghasut orang membuat rusuhan terhadap Kerajaan Dunia. Puak ini dikenali sebagai The Brotherhood of Nod yang diketuai oleh pemimpin tertinggi yang hebat Kane dan beberapa Komander yang dikendali olehnya.

1998 February

Semasa Perang Tiberium Pertama, GDI bertempur dengan pasukan Nod di banyak bidang, yang diketuai oleh jeneral brigadier Amerika Mark Jamison Sheppard. Akhirnya, usaha propaganda Nod melukiskan GDI sebagai bertanggungjawab atas kekejaman seperti penyembelihan seluruh penduduk Białystok, melalui serangkaian siaran berita palsu yang dirakam oleh Greg Burdette, yang memaksa GDI menarik diri dari banyak wilayah yang kemudian dengan cepat diambil alih oleh penyokong Nod. Ini memuncak pada PBB yang terpaksa menghentikan pembiayaan GDI secara terbuka kerana ketakutan akan reaksi masyarakat. Nod mula menyerang kubu kuat GDI di mana-mana, percaya bahawa organisasi tersebut telah dilemahkan dengan teruk oleh usaha manipulasi ini.

Ternyata, PBB telah memalsukan pengeluaran kewangan mereka dalam usaha untuk mengalahkan pemimpin Nod, Kane, seorang yang cemerlang dan berkarisma. Rancangan itu berjaya, dan pasukan Nod sangat terkejut apabila mendapati pangkalan yang mereka serang dikuatkan dengan kuat. Sebilangan besar serangan adalah kemenangan lengkap untuk GDI. Namun, pertempuran terus berlanjutan, sehingga operasi GDI akhirnya menempatkan ibu pejabat global utama Nod, yang disebut "Temple of Nod", tepat di luar Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina. Kuil itu dihancurkan setelah perkarangan Nod dikepung, Kane dinyatakan mati, dan Nod dilumpuhkan, dengan berkesan mengakhiri Perang Tiberium Pertama.

"Kedamaian melalui kuasa"

avataravatar
Next chapter