webnovel

kematian tragis seorang sahabat

Seika tersedar dan segera membuka mata.

Dan seika secara reflek batuk untuk mengeluarkan debu dalam tekak.

Dalam beberapa saat seika mula memfokuskan lagi kesedarannya dan mencuba melihat tetapi...

Gelap.

Itulah yang seika dapat lihat. Seika sama sekali tidak memahami situasinya, dan itu menimbulkan berbagai bertanya di benaknya, tetapi dia tahu bahawa pedang besar yang dipegang oleh makhluk itu sudah menghamtam permukaan bumi.

Tubuhnya dalam keadaan terpapar dan suasana tempat ini sangat gelap.

Tiba-tiba seika merasakan kesakitan yang luar biasa di kaki kirinya dan serta merta berkata di benaknya.

SAKIT!

Kakinya seolah-olah ditimpa oleh sesuatu yang sangat berat. Tidak, dengan kesakitan ini seika memahami bahawa dia tertimpa runtuhan atau lebih jelasnya, pedang besar itu menghamtam permukaan bumi serta mengakibatkan gempa bumi yang kuat dan membuat bangunan-bangunan seperti sekolah runtuh.

Nampaknya seika tertanam dalam runtuhan sekolah.

Seika mencuba menggerakkan kakinya yang ditimpa oleh runtuhan, tetapi tidak dapat digerakkan malah itu menyebabkan rasa sakit.

seika terus merasakan kesakitan yang luar biasa di sekujur tubuhnya, tetapi bukan itu yang seika kisahkan, seika tidak kisah kalau dia yang mengalami situasi ini,tetapi bagaimana kalau adiknya atau rakan-rakannya berada dalam situasi ini? Sudah tentu seika merasa lebih baik dia sahaja yang menerima situasi ini.

Dan hal membuat seika bertanya di benaknya.

'Bagaimana dengan luisa? Apakah dia okey? Bagaimana dengan akmal dan amir. Aku melihat akmal sempat melindung bawah meja, tetapi itu tidak akan menjamin keselamatannya.'

Walaupun seika tidak kisah kalau dia sahaja yang mengalami situasi ini, bukan bermakna dia ingin berada dalam situasi ini, sudah tentu seika juga tidak ingin merasakan rasa sakit ini.

Dalam pemikiran yang semakin dalam, tiba-tiba perasaan takut mula menguasai diri Seika serta membuat seika berusaha melihat kehadapan dengan sekuat tenaga.

Di hadapan juga gelap kerana tidak ada sedikit pun cahaya dalam runtuhan ini.

Perasaan putus asa semakin berkembang dan membuat seika menjerit meminta pertolongan.

"Tolong!! Sesiapa yang ada di luar sana! Apa ada yang mendengarkan aku!?!?"

Seika terus menjerit sekuat tenaga dalam beberapa minit sehingga membuat tekaknya kesakitan,tetapi tidak ada yang merespon.

Rasa putus asa yang semakin memburuk membuat seika berfikir negatif.

'apa aku akan mati di sini? TIDAK!!,TIDAK!!, aku tidak ingin mati...!!'

Situasi entah kenapa, mengingatkan seika dengan mimpi itu dan membuat mata kanannya sekali lagi sakit.

Seika mengangkat tangan dan meletakkan di mata kanannya. Seika dapat merasakan darah keluar daripada kepalanya.

Keadaan dia ini membuat dia merasakan takut dan sakit.

Hal itu membuat seika berkata dengan suara putus asa.

"sesiapa pun... Tolong..."

Seika merisaukan keadaan adiknya serta kawan-kawannya, tetapi dia tidak dapat melakukan apa-apa pun dan itu membuat seika mengertak kan giginya sehingga mengeluarkan bunyi.

Dalam keputusannya, seika hampir menyerah akan situasinya.tiba-tiba secebis harapan muncul.

"SEIKA!!!, SEIKA!!!. KAU DIMANA!!"

Ada suara yang memanggilnya dan seika sangat mengenali pemilik suara itu dan seika serta-merta menjerit sekuat tenaganya untuk memanggil pemilik suara itu.

"MAL!!!! AKU DI SINI!!!"

Seika dapat mendengar bunyi kaki yang sedang menghampiri lokasinya dengan berlari.

Bunyi perbatuan yang sedang dialihkan.

Cahaya sedikit demi sedikit mula menyedari tempat yang gelap ini, dan...

Seorang wajah lelaki berambut perang serta mengenakan anting-anting di telinganya terlihat berada di atas runtuhan.

"SEIKA!! kau okey tak?!?!"

"mal..."

Akhirnya seika dapat menghela nafas lega.

***

Seika dan akmal akhirnya dapat keluar daripada kawasan runtuhan sekolah dengan seika meminjam bahu akmal kerana kakinya yang cedera.

Seika dan akmal menuju ke padang sekolah di situ semua orang berkumpul.

Seika melihat pemandangan yang mengerikan, ramai yang cedera kritikal, ada yang hilang lengan, ada kaki yang putus. Mereka semua dirawat oleh guru-guru dan murid-murid yang tidak mengalami cedera yang teruk.

Bukan hanya itu sahaja, seika juga dapat melihat keadaan bandar Kuala Lumpur yang hancur diakibatkan gempa bumi.

Membayangkan berapa banyak korban yang meninggal membuat perut seika menggelegak untuk muntah, tetapi seika menahannya.

Seika dan akmal terus berjalan dalam keramaian dan seika mula mengajukan pertanyaan paling ingin seika ketahui lebih daripada ingin mengetahui situasi sekarang iaitu...

"Bagaimana... Dengan adikku mal, apa... Dia okey??"

Akmal tidak memandang seika dia terus menjalan dengan wajah kosong.

"Dia tidak mengalami cedera serius."

Jawapan yang singkat, tetapi itu membuat seika menghela nafas lega. Walaupun begitu, ada sesuatu yang aneh dengan akmal, itu yang dirasakan oleh seika,seika mencuba menepis bersoalan itu dan bertanya soalan yang lebih penting.

"Sudah berapa lama sejak tragedy ini bermula."

Akmal masih tidak berhenti berjalan dan berbicara.

"1 jam, itulah sejak mulanya kejadian ini, dan... Terima kasih seika, kalau bukan kerana kau mungkin aku mengalami nasib yang lebih buruk."

Oh... Ya, akmal sempat berlindung di bawah meja, jadi itu yang membuat dia selamat kah...

Dalam beberapa saat dalam kesunyian, seika baru ingat satu lagi bersoalan yang ingin dia tanyakan.

"Hei mal, bagaimana keadaan amir?"

Akmal tersentak dan tiba-tiba berhenti berjalan.

"Mal..?"

Akmal tidak menjawab, dia menurunkan mukanya sehingga seika tidak dapat melihat ekspresi muka akmal.

Akmal mula menjalan lagi tanpa menjawab pertanyaan seika dan itu membuat seika terhairan-hairan dan bertanya lagi sambil memandang tepi wajah akmal.

"Mal, apa yang terjadi dengan amir?"

"..."

"Mal!!"

"Sudah sampai."

Akmal berhenti, seika yang mencuba meredakan kemarahannya melihat apa yang ingin akmal tunjukkan.

Di hadapan ada adiknya yang sedang bersila menghadap tubuh seseorang yang sedang berbaring di tanah sambil berekspresi sedih.

Dalam beberapa saat luisa mula melihat abangnya dengan berekspresi sedih dan berkata.

"Kakak..."

Ada bekas tangisan di wajah adiknya.

Dalam beberapa saat melihat wajah adiknya sambil terdiam, seika melihat wajah orang yang berbaring itu.

Seika kenal siapa yang berbaring itu.

Dia adalah amir.

Seika terus melihat amir, amir tidak bergerak dia hanya terdiam di sana dalam keadaan matanya ditutup.

Tubuh amir diliputi darah di sekujur tubuhnya.

Kacamata yang selalu dikenakan oleh amir pecah dan kacamata itu berada atas dadanya.

Melihat itu sudah cukup membuat seika memahami situasi ini.

AMIR MATI.

Seika yang sudah tidak tahan melepaskan bahu akmal dan terjatuh serta mengeluarkan isi makanan yang berada di dalam perutnya.

Seika muntah.

Air matanya mula melimpah keluar daripada matanya dan meraung di benaknya.

'AMIR MATI!! AMIR MATI!! AMIR MATI!!'

Rakan yang selalu bersama seika, rakan yang selalu ada diwaktu sedih dan senang. Dan sekarang rakan itu... Tidak, sekarang Sahabat itu sudah tidak ada lagi.

Seika terus menangis dan meraung-raung kesedihan.

Semua orang dalam padang sekolah dapat mendengar tangisan seika. Tetapi mereka tetap meneruskan kerja mereka iaitu merawat pesakit. Mereka sudah mendengar tangisan seperti itu berkali-kali di padang sekolah ini dan mereka sudah terbiasa.

Dalam kesedihan seika, dia teringat punca dari semua kejadian ini. Dia adalah Orang yang sudah menghancurkan sekolahnya dan bandar serta orang yang membunuh Sahabatnya.

Seika mengalihkan perlihatannya ke orang yang melakukan tragedy ini.

Dia masih berada di tempat yang sama iaitu langit.

Dia memakai Armor di sekujur tubuhnya dan memegang sabit.

Akmal yang melihat seika yang berekspresi marah dan penuh kebencian, berkata.

"Jadi benarlah, dialah punca daripada Semua kejadian ini."

Akmal juga memandang makhluk yang terapung-apung di langit itu sambil memainkan anting-anting nya dengan ekspresi kosong.

Disertai juga oleh luisa dengan wajah yang penuh kemarahan dan kebencian memandang makhluk yang berbentuk seperti manusia itu.

***

Makhluk yang terapung-apung di langit. Dia memakai Armor berwarna perak di sekujur tubuhnya dan sayap ekor Armor-nya yang berwarna hitam berkibar-kibar ditiup angin serta memegang sabit berwarna ungu.

Makhluk itu sedang memandang keadaan tempat ini.

kawasan ini sedang kacau-bilau. Ramai yang mati akibat hentaman pedangnya, juga mati kerana gempa bumi akibat hentaman itu,serta bunyi jeritan dan tangisan.

Bangunan-bangunan tinggi di bandar ini roboh.

Bekas hentaman pedangnya berbekas di permukaan bumi. Bekas hentaman pedangnya itu berukuran panjang sehingga tidak dapat melihat hujung daripada bekas pedangnya itu.

Makhluk itu sepertinya tidak peduli dengan orang-orang yang sedang menderita di bawahnya.

Makhluk itu berfikir dan berkata di benaknya.

'Apa Rasputin menipu ku?! Aku tidak merasakan apa-apa pun kehadiran dari si bangsat itu...!!'

Makhluk itu sedang mencari seseorang di planet ini. Tetapi makhluk itu tidak dapat merasakan kehadiran orang yang dia cari.

Kemarahan mula menguasai makhluk beramor itu. walaupun tidak dapat melihat ekspresi wajahnya, di kerana kan Armor-nya,tetapi aura yang dipancarkan oleh makhluk itu dapat membuat bulu setiap orang dihadapannya akan menegang.

Dia mencengkam sabit sehingga berbunyi. kerana ingin melepaskan kemarahannya.

'cih... Sudah tidak berguna lagi aku berada di sini, nampaknya si bangsat itu tidak akan datang, atau dia sudah pergi dari planet ini.'

Makhluk itu menghela nafas berat kerana kecewa.

'sungguh tidak berguna. Apa aku harus menghadapi 'PAAS' mereka mana mungkin diam sahaja apabila aku melanggar janji itu.'

Semua perbuatannya sia-sia dan perbuatannya akan menimbulkan masalah baru. Jadi cara termudah untuk menghilangkan masalah yang akan muncul itu sangat senang, iaitu jangan tinggalkan bukti kejahatan atau dengan lebih jelasnya...

"jadi... MARI KITA HANCURKAN PLANET INI DENGAN SEKALI LIBAS!!!!"

Dengan menghancurkan planet ini akan menghilangkan bukti kejahatannya, dia dapat menghindar daripada masalah yang menyusahkan.

Sekali lagi sabitnya berubah bentuk dari sabit berubah menjadi pedang.

Dia mengangkat pedangnya ke langit dan serta-merta pedangnya membesar sehingga menembus atmosfera. Tetapi kali ini ada yang sedikit berbeza iaitu pedang diseliputi aura berwarna ungu yang mengelilingi pedang tersebut.

Setelah dia bersiap untuk menghamtam sekali lagi pedangnya tiba-tiba...

BOMMM!!!!

Cahaya berwarna hitam menghamtam permukaan bumi.

dia mendengar suara yang kuat serta sekilas melihat cahaya berwarna hitam. suara itu bukan akibat hentaman pedangnya kerana pedang masih tidak menurun, tetapi sesuatu bunyi yang lain, tapi bukan itu yang makhluk itu kisahkan. Makhluk itu dapat merasakan suatu kehadiran.

Makhluk itu serta-merta mengalihkan perlihatannya ke bunyi tersebut.

Dia dapat merasakannya, dia dapat merasakan kehadiran dari orang yang dia cari, kegemiraan menguasai diri-Nya.

Pedang yang tadi membesar tiba-tiba mengecil kembali dan berubah bentuknya semula menjadi sabit.

Selepas itu, dia melihat di mana tempat kehadiran yang dia cari itu, kehadiran itu berada di kawasan bangunan sekolah yang sudah runtuh dan makhluk melihat ke arah padang sekolah di mana seika,luisa dan akmal berada.

Makhluk itu tersenyum disebalik Armor dan berkata dengan suara yang sangat gemira.

"KAU ADA DI SANA YAAA~!"

***

Seika melihat, pedang makhluk itu akan menghamtam permukaan bumi lagi.

Pedang itu semakin membesar. Seika tahu pedang itu akan menghamtam permukaan bumi seperti tadi, tetapi entah kenapa seika merasakan kali ini lebih buruk daripada sebelumnya, kerana aura berwarna ungu yang meliputi pedang itu terlihat tidak biasa.

Keringat keluar dari tubuhnya dan seika merasakan ketakutan di dalam hatinya.

Dia tahu kalau pedang itu menghamtam sekali lagi kepermukaan bumi, dia dan adiknya serta akmal akan mati disini.

Hal itu membuat seika berkata di benaknya.

'tidak, aku masih tidak mampu membalas kan dendam amir, aku tidak boleh mati di sini!!'

Kekecewaan dan ketidakupayaan seika membuat hatinya tercabik-cabik.

Dia ingin selamat dari tragedy ini bersama adiknya dan akmal. Selepas itu, membalas kan dendam amir.

Tetapi dia tidak berdaya, dia akan mati disini dan tidak akan ada sesiapa pun akan membalas kan dendamnya.

Seika berada di ujung tanduk.

Dalam keputusasaan, seika melihat ke langit tiba-tiba...

Seika melihat cahaya datang dari langit. cahaya itu berwarna hitam. Cahaya tepat datang ke arahnya. Seika mengganggap itu mungkin meteor yang ingin menghempas bumi.

Tapi itu bukan masalahnya, cahaya berwarna hitam itu datang tepat ke arah padang sekolah mereka.

Akmal dan luisa melihat Seika melihat ke arah langit dengan ekspresi syok, turut ikut melihat dan mereka mendapati cahaya berwarna hitam yang aneh mendekati mereka.

900 meter

300 meter

Semakin mendekat dan...

"Ini tidak baik..." kata akmal.

BOOMMM!!!

CAHAYA ITU MENGHAMTAM SEIKA, LUISA DAN AKMAL, TEPAT PADA MEREKA.