webnovel

Ia bukan kecederaan biasa

Oleh kerana ia sering bersikap lagak,jadi ia sudah keseringan mengacukan tumbukan terlebih dahulu sebelum memberi sebarang kata kalau ada yang membuat ia berasa marah.

Disebabkan itu juga ia sering membuat masalah ditempat kerjanya namun berkat pengurus Dan ia masih terselamat dari mana spekulasi dari wartawan.

Kini lelaki ini yang sedang mencuri perhatian ramai orang ditambah lagi kata khawin dengannya yang hanya artis tambahan latar.

"Kalau aku menolak bagaimana?"kali ini ia tidak lagi bersikap hormat,mulutnya sudah melompong jauh untuk berbicara baik ia tidak lagi ingin berada disitu lagi lalu ia pun berdiri dengan kasar sehingga bunyi nyaring berbunyi.

Streeett....

Bangku itu dibuat oleh besi jadi bila ia ditolak pada permukaan kasar seperti jubin batu,bunyinya akan lebih bising bila diseret kuat.

Hua Rong hampir naik angin apabila ia mendapati ia baru sahaja silap langkah lalu memilih untuk beredar cepat dari situ oleh kerana malu dengan pandangan orang yang tiba-tiba tertumpu padanya.

"Nanti!.."Qin Moyu ingin meraut tangan Hua Rong namun tangannya ditempis oleh Hua Rong dengan kasar sehingga berbunyi plak.

Pergelangan tangan kanannya sudah patah dan ia masih berdiri tegak ditempatnya melihat Hua Rong memandangnya seperti tatapan ia berasa bersalah kerana melakukannya.

Hua Rong mengeluh berat sebelum meraut tangan Qin Moyu dikiri oleh kerana kanan sudah patah.

Hua Rong membawanya berjalan menuju ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan pada tangan kanan Presiden Qin.

Sepanjang proses pembalutan ditangannya Hua Rong tekun memberi perhatian agar perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi.

"Mengapa kamu tidak beriaksi apa-apa pada saat tangan kamu dibaluti,apa kamu tidak boleh rasa sakit?"tanya Hua Rong prihatin.

"Tidak sakitpun"jawab Qin Moyu tenang.

Para bodyguard yang bersama dengan mereka hanya terdiam dan sedikit tidak selesa.Mengapa bos mereka menipu kenyataan bahawa ia menyakit,mengapa berpura-pura kuat,bos itu bukan kecederaan biasa ia adalah tulang yang sudah patah.Bos jangan bilang kamu sudah hilang akal, bagaimana kami harus laporkan kepada Nyonya Besar dan Tuan Besar kalau tuan mengalami cedera berat seperti ini.

Ditambah lagi bos menyuruh wanita itu membantunya membalut tangan bos,ia sudah menyentuh bos,bukan kah akan ada reaksi penolakan.Seperti muntah dan elergi.

Hua Rong yang sudah membalut tangan kanan Qin Moyu terdiam seketika.Ia menatap muka Qin Moyu dan merasa bersalah.Ia tidak dapat mengawal kekuatannya saat menempis tangan lelaki ini.

"Aku..... aku minta maaf,aku tidak sengaja melakukannya."Suaranya terdengar lebih lembut dari sebelumnya.

"Tidak mengapa,ini cuma luka kecil saja." jawab Qin Moyu yang menatap Hua Rong sejak dari awal mereka disitu.

"Ehem...maaf mengganggu tapi ini hospital bukan tempat burung bercinta disini,boleh tak kamu berdua dan bersama bodyguard anda keluar dari sini,saya sibuk kerana banyak lagi pesakit saya yang lain ingin datang berjumpa saya hari ini"teguran doktor membuat semua disitu terdiam,mereka terasa terpukul.

Setelah keluar dari hopital,Hua Rong terhenti lalu ia berbalik pada Qin Moyu.Ia kelihatan ingin mengatakan sesuatu namun ia tidak mengucapkan apa yang ingin ia ucapkan difikirannya itu.

"Apa kamu lapar?"soal Hua Rong sambil tersipu malu apabila mengingati kelakuannya tadi.Tangannya meraba leher kerana situasinya terasa janggal ditambah lagi ia berada dengan bodyguard Qin Moyu.

Mendengar soalan itu ia berfikir waktunya sudah dihabiskan banyak dan harus kembali ke pejabat semula.

Tapi melihat Hua Rong membuat tawaran dengan mengajaknya makan ia berfikir ia harus pergi bersamanya.

"Baiklah,kamu belanja saya".

"Mengapa harus aku_"Qin Moyu menunjuk menggunakan isyarat mata kearah tangannya yang patah dibalut.

"_baiklah,kali ini sahaja.Saya tidak tahu anda suka apa tapi jangan komen kalau tidak sama selera dengan apa yang Presiden Qin selalu makan."

Mendengar Hua Rong memanggilnya Presiden Qin membuatnya sedikit marah.

"Qin Moyu_nama aku"

Hua Rong terkejut dengan tiba-tiba sahaja ia memberitahu namanya akan tetapi ia mengingati awalnya tadi ia bertanya nama padanya.Ia ingat hanya bermain-main soal nama tadi.

"Hu...Hua Rong,panggil aku Hua Rong"gugup Hua Rong kerana sebelumnya ia tidak menjawab pertanyaan awal-awal tadi.

Qin Moyu berada dalam dirinya bahagia tiba-tiba sahaja Hua Rong memberitahu namanya sendiri.

Merasa mereka sudah mulai rapat,Hua Rong menggunakan kesempatan ini untuk bertanya setelah memastikan mood Qin Moyu sudah membaik.

"Qin...Moyu mengapa kamu keluar ditemani dengan berpuluh bodyguard disisi kamu?"

Qin Moyu pun menerangkan kejadian yang sebenar.

"Sebenarnya saya menghidap philophobia sejak lahir.Penyakit ini doktor kata ia sejenis takut untuk jatuh cinta atau suka sama seseorang.Ibuku cuba menyelesaikan masalah ini banyak kali cubaan namun gagal apabila seorang wanita datang dan cuba untuk menarik perhatian aku seperti menggoda,setiap kali ia terlihat seperti menggoda aku akan mulai muntah dan mengalami ruam alergi semacam.Jadi ibuku lagi risau kalau aku cuba dekat dengan wanita"jelas Qin Moyu tanpa nafas terhenti. Ia melirik Hua Rong lalu berkata.

"Ini kali pertama aku boleh mendekati wanita lain selain ibuku sendiri"

Lagi-lagi Hua Rong dibuat kejut oleh Qin Moyu. Ia tidak tahu penyakit sebegitu wujud tidak boleh kata ia muatahil kerana tidak ada yang mustahil di dunia ini.

"Jadi itu sebab kamu meminta padaku untuk berkhawin dengan kamu,untuk zuriat penerus keluarga Qin?"Hua Rong pasti sebab itu Qin Moyu memintanya untuk berkhawin dengannya kerana hanya dirinya mampu ia sentuh.

"Kamu boleh berkata begitu juga tapi aku lebih berharap kalau hubungan kita lebih dekat dan akrab,nanti macam mana saya nak cerita dekat anak kita nanti kalau mak dan ayahnya tidak pernah ada hubungan istimewa,sekurangnya saya nak beritahu anak kita hubungan kita sebagai pasangan adalah yang terbaik dari sesiapa pun."

Hua Rong merasa malu dengan ucapan Qin Moyu sebentar tadi nampaknya lelaki ini benar-benar cuba untuk mencuri perhatiannya.Lagipun siapa nak buat anak dengan kamu,dasar otak miang.

"Jadi kemana kamu membawa aku sampai menghalau bodyguard milikku?"tanya Qin Moyu sambil tersenyum menatap wajahnya sejak dari perbualan tadi,suara bertukar sedikit nada menggoda walaupun perlahan tapi kedengaran jelas.

"Didepan situ sahaja"Hua Rong menunjukkan kedai mereka tuju itu berada sambil menunduk ke bawah untuk menutup wajahnya yang terasa hangat.Mengapa ia terlalu menggoda.

Aaaaa...