webnovel

THE MAFIA IS MY HUSBAND

Tengku Melissa Bin Tengku Razlan merupakan seorang gadis yang cantik, lemah lembut dan peramah... Tetapi, kejadian yang menimpa mama kesayangannya iaitu Tengku Maria ketika dia berumur 15 tahun membuatkan gadis itu menjadi gadis yang paling kejam dan digeruni.. Dia bersama-sama dengan abang kembarnya iaitu Tengku Danial dan Tengku Danish mula berkecimpung dalam dunia gelap. Tidak lupa juga, dua orang sahabatnya yang selalu menyokongnya dan turut serta dalam dunia gelap ini, tak lain tak bukan, Zahirah dan Amanda.. Mereka berkawan sejak dari tingkatan satu lagi, tetapi selepas mengetahui tentang kemalangan yang menimpa mama Melissa, mereka bernekad untuk turut serta dalam perjuangan untuk membalas dendam... Tetapi, dalam dia mencari jawapan, Melissa terpaksa berkahwin dengan Tengku Amirul yang merupakan adik kepada Tengku Hafiz.. Tujuan utama Tengku Razlan (papa Melissa) menyatukan anaknya Tengku Melissa dengan Tengku Amirul ialah untuk membalas dendam kepada keluarga itu, tetapi keluarga itu sedikit pun tidak menyangka tentang hal itu... Melissa akur, kerana itu merupakan peluang keemasan dia untuk membunuh Tengku Hafiz yang telah membunuh mama kesayangannya. Tengku Razlan memberi tahu kepada Tengku Harith, merangkap daddy kepada Tengku Hafiz dan Tengku Amirul yang dia mahukan Melissa dan Amirul bersatu untuk mengukuhkan lagi urusan business diorang... And Tengku Harith bersetuju dengannya.. Tetapi dia tidak tahu, yang ajal anak sulungnya sudah dekat.. Tengku Amirul merupakan lelaki yang kejam, turut berkecimpung dalam dunia gelap dan merupakan ketua mafia yang terkenal dan digeruni.. Dia tidak menyukai perempuan and selalu berwajah dingin, tetapi wajah dinginnya itulah yang membuatkan ramai perempuan diluar sana cair... Adakah Melissa akan turut cair? Adakah Dendam Melissa akan terbalas? Adakah mereka akan jatuh cinta diantara satu sama lain? Kalau korang nak tahu, korang wajib baca...

Syafika_1111 · Urban
Not enough ratings
37 Chs

BAB 5:

Aku, Zahirah and Amanda berjalan masuk ke perkarangan rumah Tengku Harith dengan lemah lembut.. Mana taknya, kasut tumit tinggi doh! Tersilap sikit, boleh tersembam aku and Zahirah... Amanda cool jer sebab dia dah biasa dengan benda-benda ni..

"Eh... Dah sampai pun.." Ujar Tengku Harith dengan teruja.

Aku, Zahirah, Amanda, papa and abang Danish tersenyum.

"Ha! Jomlah masuk.." Ajak Tengku Harith.. Kitorang pun mengekori langkah Tengku Harith dari belakang.

Sebaik sahaja kami ingin masuk,

"Hai!" Sapa tiga orang jejaka yang tampan dari belakang membuatkan langkah kitorang terhenti. Kitorang memandang ketiga-tiga jejaka itu serentak. Ketiga-tiga lelaki itu berpakaian tuxedo hitam yang kemas. Mataku tertancap pada Tengku Amirul. OMG! His eyes! So perfect!

Ternganga luas mulut tiga orang jejaka itu.

Tengku Amirul seakan-akan terpukau untuk seketika, melihat diriku yang dalam berpakaian Dress Lace Muslimah itu and dengan mekaup diwajahku, ditambah pula dengan rambut panjang yang lurus.

"Pretty." Laju saja perkataan itu meniti di bibir Tengku Amirul.

Semua orang tersentak.

"Em... Jomlah masuk..." Ajak Tengku Amirul. Kitorang mengangguk and terus masuk.. Sebaik sahaja aku ingin melangkah, entah macamana kaki aku boleh tak stabil kerana disebabkan kasut tumit tinggi itu and membuat aku hampir terjatuh.. Tapi hairan, kenapa badan aku still tak menghempas ke lantai lagi erh? Aku membuka mataku perlahan-lahan.And aku mendapati terdapat tangan seseorang melingkari pinggang ku.

And yang lebih mengejutkan, wajah ku dengan wajah Amirul hanya beberapa inci saja... Semua orang yang melihat aksi itu tersentak.. And tiada sesiapa pun yang bersuara..

Aku masih merenung mata Amirul yang berwarna coklat cair itu.. OMG! Amirul juga turut memandang mataku.. Tapi macam biasa lah, wajah dia always dingin..

'Why you so cute honey?' Bisik hati Tengku Amirul. Kalau boleh nak jer dia lontarkan senyuman, but... No! Dia tak boleh...

Aku terus bangun dari pelukannya and berdiri tegak.

Semua orang terus masuk ke dalam rumah and tiba-tiba,

"Hai Melissa!" Sapa seseorang. Diluar rumah hanya tinggal aku, Amirul, Zack and Rayyan diluar.

Aku memandang orang yang memanggil aku tadi. Aku terdiam seketika.

"Em.. Hai.." Balas ku seraya tersenyum.

"Emm... My name is Tengku Hafiz.. Or you can call me abang Hafiz.." Terang Tengku Hafiz and menghulurkan tangan ingin bersalam. Aku tersentak and terus merenung wajahnya dengan sakit hati. 'So kau lah?'

Aku terus menghulurkan tangan and berjabat tangan dengannya.

"Ohh.. Nice to meet you.." Balasku seraya tersenyum paksa.

"Can I call you 'adik'?" Soal Tengku Hafiz and tersenyum manis.

"Yes, of course.." Balasku and tersenyum.

Aku menggenggam erat tangannya. Mata kitorang bertentangan.

Amirul yang melihat situasi itu terus mengheret aku masuk ke dalam rumah dengan kasar... Aip! Jealous ker Amirul?

"Lepaslah babi!" Bisikku perlahan.

"Bodoh! Kau diam jerlah bangang!" Bisiknya kembali.

"Sengal." Balas ku perlahan.

Amirul memandang ku dengan dingin.

"Kau suka dia?" Soal Tengku Amirul dengan wajah dingin.

"Sape?" Soalku dengan hairan.

"Sape lagi? Jantan tak guna tuh la! Abang aku!" Jawabnya.

"Kau gila? Eh! Kau ingat aku hadap sangat ker kat abang kau and kau? Just remember, kalau bukan sebab papa aku and daddy kau yang satukan kita, aku tak hingin nak bersuamikan kau!" Ujarku perlahan tetapi kedengaran tegas.

"Pastu? Kau ingat aku ni nak sangat ker kat perempuan macam kau? Hipokrit. Acah-acah pakai baju macam perempuan melayu terakhir lah sangat.." Balas Tengku Amirul dengan menyampah.

"Kau ingat aku nak sangat pakai benda ni? Kalau bukan sebab kawan aku yang bengap tu, takde lah aku nak pakai sial!" Aku sudah mula hilang sabar.

"Kau ingat ea? If kau dah jadi my wife nanti, aku takkan treat kau macam suami orang lain kat luar sana.. Aku akan seksa kau hidup-hidup." Amirul memberi amaran keras.

"Seksa? Are you kidding idiot?" Soal ku and tersenyum sinis.

"What?" Soalnya.

"Your dad tak bagitau kau ker bangang? About kontrak?" Soal ku and tersenyum sinis.

"Kontrak?" Soal Tengku Amirul dengan hairan.

"Nampak sangat bodoh!" Balas ku and ingin melangkah, tapi langkah ku terhenti. Aip! Mana dapur ni?

"Kau nak pergi mane?" Soal Tengku Amirul dengan dingin.

"Dapur lah bodoh! Takkan nak masuk jamban pulak! Bodoh punya ayat!" Balas ku selamba.

"Dah tu pergilah." Balas Amirul selamba.

"Emm.. Emm.. Kat mane eh?" Soal ku seraya menggaru kepala.

"Tulah, lain kali jangan tunjuk bagus sangat!" Balasnya and tersenyum sinis.

"Shit!" Bisikku perlahan.

Dia terus merangkul lengan ku.

"Amende ni babi?" Soalku dengan bengang.

"Kau diam jerlah..." Balasnya dengan dingin and terus melangkah. Aku hanya menurut saja... Malas nak bertengkar dengan manusia ni.. Bukan aku menang pun..

Setibanya kami di meja makan..

"Lahh.. Ni ker Tengku Melissa? Cantik... Sesuai sangat jadi menantu mummy.." Ujar Seorang perempuan lingkungan umur 40-an yang berada di meja makan itu. Aku tersenyum manis.

"Kalau diikutkan, tak lah cantik mana pun aunty.." Balas zahirah selamba badak.

Aku menjeling Zahirah dengan tajam. Ada-ada jer nak kenakan aku..

"Ehh.. Duduklah.."

"Ok, aunty.." Balasku.

"Nope, call me mummy.."

Aku mengangguk tanda faham.

Aku pun duduk di sebelah Zahirah..

"Kau apesal hah bangang?" Bisik Zahirah perlahan.

"Amende bodoh?" Bisik ku kembali.

"Kau datang sini nak kahwin dengan sape?" Soal Zahirah.

"Ngan Amirul lah.. Takkan kau pulak.." Balas ku dengan sakit hati. Eh soalan tak logik akal betul lah..

"Pastu? Yang kau duduk kat tepi aku ni apehal? Kau pergi lah duduk kat sebelah bakal suami kau tu." Balas Zahirah dengan geram.

"Dah kenapa pulak?" Soalku.

"Eh bengap! Dia bakal suami kau bodoh!" Balas Zahirah.

"Dah ni tempat kosong? Tak boleh ke aku nak duduk?" Soalku.

"Ek eleh semak lah kau ni.. Aku nak Rayyan duduk kat sini.. Bukan kau.." Balas Zahirah dengan bengang.

"Dah tu.. Yang kau nak berbasa basi dengan aku apehal? Suami lah, ape benda lah... Straight to the point jerlah.." Ujarku dengan geram.

Aku terus bangun dari tempat duduk ku and terus menuju duduk di tepi Tengku Amirul.

"Kau dah kenapa duduk kat sini bongok?" Bisik Amirul.

"Diam lah babi!" Bisik ku kembali.

"Emmm... Bisik-bisik ape tu?" Celah Tengku Hafiz membuatkan kitorang terus memandang ke arahnya. Dia mengambil tempat di hadapan aku.

"Ehh.. Takde ape pun abang Hafiz.." Balasku dengan kekok. Semua orang tersentak.

'Abang hafiz?'

"Ehem.." Abang Danish berdehem.

Semua mata tertumpu kepadanya.

"Emm.. Tolong hulurkan tu, abang Danish.." Pinta ku.

"Abang? Jantan ni kau panggil abang?!" Soal Tengku Hafiz kedengaran biadab. Semua orang tersentak.

"Emm... Dia abang saya.." Terangku dengan lemah lembut.. Amanda and Zahirah memandang ku dengan menyampah. Jarang Tengku Melissa nak cakap lemah lembut macam perempuan Melayu terakhir ni..

"Abang? Huh.. Abang lah sangat.." Balas Tengku Hafiz.

"Kau dah kenapa? Buang tebiat ker?" Soal Tengku Amirul dengan hairan.

"Aku keluar jap, ambik angin.. Menyampah dengan manusia hipokrit." Pamit Tengku Hafiz and berlalu keluar.

"Dah kenapa tu?" Soal mummy dengan hairan.

"Emm.. Saya ade salah cakap ker?" Soalku dengan hairan.

"Eh.. Takde... Em.. Biarkan jerlah dia.. Nanti okey lah tu... Penat sangat kot." Balas mummy and tersenyum.

"Emm... Biar Mel pergi bercakap dengan dia kejap.." Ajuku. Tengku Amirul tersentak.

"Takyah.." Tangan ku diheret olehnya.

"Takpe lah awak... Saya pergi kejap aje.." Ajuku. Fuhh! Geli gelemang aku sebut perkataan 'awak.'... Rasanya kejap lagi kena basuh mulut aku dengan clorox..

Tengku Amirul terus melepaskan tangan aku. Aku pun terus berlalu keluar... Aku tersenyum jahat apabila melihat Tengku Hafiz berada di luar rumah dengan wajah sayu. Aku terus menghampirinya.

"Hai.. Buat ape kat sini sorang-sorang?" Soalku. Kalau ikutkan aku, nak jer aku bunuh kau... Sasaran depan mata gaisss...

"Oh.. Emm... Takde ape.. Saje ambik angin malam.." Balasnya.

Aku mengangguk tanda faham.

"Emm... Adik tak pergi makan ker?" Soal Tengku Hafiz.

"Emm.. Kalau abang Hafiz tak makan, adik taknak makan.." Ajuku. Tengku Hafiz tersenyum and terus memeluk aku. Aku kaku... "I miss you.." Ucap Tengku Hafiz and aku tersentak... Aku terus menolak badannya.

"Korang buat ape kat sini? Tak reti nak masuk dalam ker macamana?" Soal Tengku Amirul yang muncul entah dari mana.

"Em... Aku masuk dulu." Aju Tengku Hafiz and terus masuk ke dalam rumah.

Aku terus mengikuti langkahnya.. Tiba-tiba, Amirul mengheret tanganku.

"Aku tak sangka,, walaupun kau ketua Mafia, kau boleh tahan gatal jugak eh?" Soal Tengku Amirul and tersenyum sinis.

"Kau cakap ape ni sial?" Soalku dengan hairan.

"Kau ingat aku buta? Kau peluk abang aku tadi?" Soal Tengku Amirul and tersenyum sinis.

"Kau nak kisah apehal? Kau jealous ker ape?" Sindirku. Tengku Amirul tersentak.. Yer tak yer jugak... Asal dia tak puas hati? Takkanlah jealous...

Tengku Amirul terus masuk ke dalam rumah dengan wajah dingin. Aku mengekori langkahnya.

Kami pun mengambil tempat di meja makan..

"Em... Boleh mummy nak tanya?" Soal mummy. Aku and Amirul mengangguk.

"Mirul and Mel nak kahwin bila? Dah tetapkan tarikh ker?" Soal Mummy seraya tersenyum manis.

Sebaik sahaja Amirul ingin membuka mulut,

"Minggu depan diorang berkahwin terus.." Terang Tengku Harith dengan selamba.

"Yer... Lagi cepat lagi bagus kan?" Sokong papa.

Aku and Amirul tersedak.

"Kau apehal?" Soal Zack kepada Amirul.

"MINGGU DEPAN?!" Soal aku and Amirul serentak.

"Cepat sangat tu uncle... Lagipun, kita tak buat persiapan lagi.." Balasku.

"Call me Daddy, not uncle okey?" Ujar Tengku Harith. Aku mengangguk tanda faham.

"Pasal persiapan jangan risau, daddy dah arrange everything." Terang daddy.

"Oh... I see..." Balasku seraya mengangguk.

Usai makan,

"Em... Razlan, Amirul, Melissa, jom... Ade benda yang nak dibincangkan." Ujar daddy. Aku, Amirul and papa mengangguk and kitorang terus mengikut daddy ke sebuah bilik yang agak besar... Bilik meeting agaknya. Sebaik sahaja pintu tertutup, kitorang terus melabuhkan punggung di atas sofa yang lembut itu.

Daddy terus mengambil kertas yang berada di dalam laci berhampiran dengan sofa yang kitorang duduk.

"Emm.. Mirul... Mirul kena tandatangan ni." Aju daddy. Aku tersenyum sinis.

"Ape ni daddy?" Soal Amirul dengan hairan.

"Surat perjanjian.." Terang Daddy and terus memberikan surat kepada Amirul. Amirul terus membaca surat perjanjian itu and tertulis,

PERJANJIAN PERKAHWINAN TENGKU MELISSA AND TENGKU AMIRUL:

'1.Sepanjang perkahwinan, Tengku Amirul tidak boleh mengambil tahu tentang hal peribadi Tengku Melissa.

2.Tengku Amirul tidak boleh sesekali menyakiti Tengku Melissa walaupun sedikit calar, jika hal itu terjadi, Tengku Razlan tidak teragak-agak untuk membatalkan gabungan business antara keluarga Tengku Harith and Tengku Razlan.

3.Tengku Amirul perlu berkerjasama dengan Tengku Melissa dalam hal business.

4.Perkahwinan ini ditetapkan untuk setahun.'

Terus ternganga luas mulut Amirul.

"Ape benda ni?" Soal Tengku Amirul dengan tidak puas hati.

Aku tersenyum sinis. Huh, nak seksa aku konon.. Tengok sekarang, sape yang tersiksa.. Padan muka kau Amirul!

"Tandatangan jerlah.. Takyah banyak cakap." Arah daddy. Amirul membuat muka menyampah, and menjeling tajam ke arah aku. Dia pun terus menandatangani perjanjian itu.

"Good." Ucap papa.

'Kau memang hebat Melissa... Memang hebat... Permainan kau sangat licik..' Bisik hati Tengku Amirul seraya mukanya merah menahan marah.