webnovel

THE MAFIA IS MY HUSBAND

Tengku Melissa Bin Tengku Razlan merupakan seorang gadis yang cantik, lemah lembut dan peramah... Tetapi, kejadian yang menimpa mama kesayangannya iaitu Tengku Maria ketika dia berumur 15 tahun membuatkan gadis itu menjadi gadis yang paling kejam dan digeruni.. Dia bersama-sama dengan abang kembarnya iaitu Tengku Danial dan Tengku Danish mula berkecimpung dalam dunia gelap. Tidak lupa juga, dua orang sahabatnya yang selalu menyokongnya dan turut serta dalam dunia gelap ini, tak lain tak bukan, Zahirah dan Amanda.. Mereka berkawan sejak dari tingkatan satu lagi, tetapi selepas mengetahui tentang kemalangan yang menimpa mama Melissa, mereka bernekad untuk turut serta dalam perjuangan untuk membalas dendam... Tetapi, dalam dia mencari jawapan, Melissa terpaksa berkahwin dengan Tengku Amirul yang merupakan adik kepada Tengku Hafiz.. Tujuan utama Tengku Razlan (papa Melissa) menyatukan anaknya Tengku Melissa dengan Tengku Amirul ialah untuk membalas dendam kepada keluarga itu, tetapi keluarga itu sedikit pun tidak menyangka tentang hal itu... Melissa akur, kerana itu merupakan peluang keemasan dia untuk membunuh Tengku Hafiz yang telah membunuh mama kesayangannya. Tengku Razlan memberi tahu kepada Tengku Harith, merangkap daddy kepada Tengku Hafiz dan Tengku Amirul yang dia mahukan Melissa dan Amirul bersatu untuk mengukuhkan lagi urusan business diorang... And Tengku Harith bersetuju dengannya.. Tetapi dia tidak tahu, yang ajal anak sulungnya sudah dekat.. Tengku Amirul merupakan lelaki yang kejam, turut berkecimpung dalam dunia gelap dan merupakan ketua mafia yang terkenal dan digeruni.. Dia tidak menyukai perempuan and selalu berwajah dingin, tetapi wajah dinginnya itulah yang membuatkan ramai perempuan diluar sana cair... Adakah Melissa akan turut cair? Adakah Dendam Melissa akan terbalas? Adakah mereka akan jatuh cinta diantara satu sama lain? Kalau korang nak tahu, korang wajib baca...

Syafika_1111 · Urban
Not enough ratings
37 Chs

BAB 34:

Krek!

Pintu bilik dikuak.

Aku terus memandang ke arah pintu.

"Ehh Mel... Kau dah bersiap ke belum?" Soal Zahirah kepada ku.

"Emm... Aku... Baru nak bersiap..." Balasku dengan dingin.

"Mel? Asal ni?... Cuba citer kat aku.." Aju Zahirah and terus duduk di sebelahku di atas katil.

"Dari semalam dia tak balik-balik... Mesti dia kecewa dengan aku kan?... Isteri jenis apa aku ni..." Ujarku and ketawa palsu.

Zahirah terus mengusap belakang ku.

"Mel... Kau jangan lah macam ni...Mirul mungkin ada kerja... Tu yang dia tak balik." Ujar Zahirah.

"Eh.. Aku turun ea? Nak gi tengok Amanda and Mikayla kat bawah tu, tak puas lagi main dengan anak kau.. Geram betul aku, comel... Kau bersiap cepat.. Nanti lambat pulak..." Aju Zahirah. Aku mengangguk. Zahirah terus keluar dari bilik. Aku terus bersiap, actually malam ni majlis perkahwinan Haikal and Farha. Diorang buat majlis waktu malam.

Usai bersiap, aku terus turun ke bawah...

Mata Zahirah and Rayyan terbuntang luas manakala Amanda and Zack pula ternganga mulut.

"Asal korang pandang aku camtu? Aku sumbat kasut dalam mulut tu kang.." Ujar ku.

"Mel! Kau beli kat mana dress ni weii?!! Aku rasa brand ni takde kat Malaysia!" Soal Amanda dengan teruja.

"Macamana kau tahu?" Soalku.

"Well.. Come on lah... Aku ni jenis up to date..." Ujar Amanda dengan bangganya. Kitorang membuat wajah menyampah.

"Dress ni Abang Danish yang belikan masa dekat UK." Balas ku.

"Ooo... I see.. My guess is right." Ujar Amanda.

"Ehh! Mel! You look pretty tonight... Tak sangka Mel pakai dress yang abang beli." Ujar Abang Danish yang baru muncul entah dari mana bersama Abang Danial.

"Aip! Jangan tertukar dengan pengantin sudah lah! Hahahahaha." Ujar Abang Danial and ketawa. Semua orang turut tertawa. Aku memuncungkan bibir. Aku terus memandang Mikayla yang berada di dalam dukungan Zahirah... Aku hairan, sape yang siapkan anak aku?

"Ehh! Sape yang siapkan anak aku ni?" Soalku kepada diorang.

"Mak Nab.." Jawab Zahirah. Aku mengangguk tanda faham.

"Korang... Jom lah! Nanti lewat pulak.." Aju Zack. Kitorang mengangguk.

"Papa mana?" Soal ku kepada Abang Danish and Abang Danial.

"Papa dah pergi dengan daddy tadi." Jawab Abang Danish. Aku mengangguk tanda faham. Kitorang terus berlalu pergi.

[...]

"Tahniah bro! Dah jadi suami orang dah pun kau ni...Tak sangka aku!" Ujar Rayyan and mengalirkan air mata palsunya.

"Jangan over boleh tak? Menyampah!" Ujar Zack dengan meluat.

"Ek eleh... Kau ni...Aku nak touching touching pun susah." Bebel Rayyan.

"Thanks korang sebab datang..." Ucap Farha.

"Mel... Mirul tak datang ker?" Soal Amirul kepada ku.

"Entahlah... Aku tak tahu..." Jawabku.

"Kau gaduh dengan dia ker?" Soal Haikal.

"Emm... Tak tahu..." Jawabku.

"Kau ni kan... Semua benda tak tahu!" Bebel Haikal.

"Ehh beku! Sejak bila kau banyak cakap hah?" Soalku kepada Haikal.

"Maybe sebab aku dah jumpa penawar beku aku." Ujar Haikal and melirik ke arah Farha. Wajah Farha merona merah. Wow! Dia punya ayat memang takleh blah lah wei!

"Ehem....Nak sweet sweet pergi jauh-jauh eh? Hormat sikit geng single." Ujar Amanda dengan meluat.

"Eleh... Jealous pulak dia... Zack! Lamar lah dia cepat-cepat..." Aju Haikal and ketawa kecil.

Wajah Zack and Amanda merona merah.

"Hye geng! Sorry lambat!" Sapa seseorang dari belakang.

Kitorang menoleh serentak.

"Wei! Bro! Asal lambat?" Soal Haikal kepada Amirul.

"Ade hal." Jawab Amirul. Aku melirik ke arah Amirul yang mengenakan Tuxedo berwarna hitam yang kemas itu. Handsome gila dowh!

"Kepada sesiapa yang ingin berucap kepada pengantin dan ingin mempersembahkan lagu, anda dialu-alukan untuk naik ke pentas." Aju seorang wanita di pentas hadapan. Maybe pengacara majlis ni.

Amirul terus berlalu naik ke pentas meninggalkan kitorang yang terpinga-pinga.

"Assalamualaikum, I am here to present a song to all of you and I am dedicating this song to someone I love." Ujar Amirul and melirik ke arah aku. Aku turut memandangnya.

Dia terus memulakan nyanyiannya.

"Don't go tonight

Stay here one more time

Remind me what it's like, oh

And let's fall in love one more time

I need you now by my side

It tears me up when you turn me down

I'm begging please, just stick around

I'm sorry, don't leave me, I want you here with me

I know that your love is gone

I can't breathe, I'm so weak, I know this isn't easy

Don't tell me that your love is gone

That your love is gone

I'm sorry, don't leave me, I want you here with me

I know that your love is gone

I can't breathe, I'm so weak, I know this isn't easy

Don't tell me that your love is gone

That your love is gone

Don't tell me that your love is gone

That your love is gone

Don't tell me that your love is gone

That your love is gone

That your love is gone

I know this isn't easy (easy)

That your love is gone" Nyanyi Amirul dengan penuh makna tersirat. Air mataku terus mengalir. Wajah Amirul turut sayu. Dia terus turun dari pentas dan datang ke arah aku. Amanda terus mengambil Mikayla di dalam dukungan ku dan beredar dari situ. Di ekori oleh Zack, Rayyan, Zahirah, Haikal and Farha. Nak bagi ruang lah dikatakan...Ceh!

"Sayang... Biyy tahu biyy tak sempurna, biyy banyak buat salah dengan sayang... Sayang, tolong jangan buat biyy macam ni... Biyy perlukan sayang..." Ucap Amirul dengan nada merayu. Aku kaku.

"Takpe, biyy faham... Biyy akan lepaskan sayang... Kalau tu yang membuatkan sayang bahagia." Ujar Amirul and terus memusingkan badannya ke belakang. Tanpa berlengah, aku terus memaut tangannya. Amirul tersentak. Dia terus menoleh memandang aku.

"Jangan tinggalkan sayang... Sayang mintak maaf, Sayang tahu sayang tak sepatutnya buat biyy macam ni...Sayang dah berdosa dengan Biyy.." Ucapku dengan lirih. Amirul terus meletakkan jari telunjuknya di bibir aku.

"Shhh... Sayang tak salah apa-apa pun... Biyy yang salah... Sayang, kita mulakan hidup baru, yer? Just biy, Sayang and Mikayla." Ujar Amirul. Amirul terus mengucup bibir ku dengan lembut. Aku terus melingkarkan tangan ku di lehernya dan membalas kucupannya. Kami tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

"Weii...Dah berbaik tuuu!!!" Ujar Zack.

"Yerlah... Wahh!! Tak sia-sia jugak perkahwinan aku ni... Boleh merapatkan hubungan suami isteri." Ujar Haikal dengan bangga.

"Ada-ada jer kau ni.." Balas Zahirah dengan meluat.

Aku and Amirul terus ke arah kawan-kawan ku dengan berpimpin tangan.

"Ewahh! Orang tu!! Sweet dowhhh!!! Piwitttt!!" Sakat Rayyan. Wajah ku merona merah.

"Kenapa? Salah ker aku nak sweet?" Soal Amirul and memandang aku sambil tersengih. Aku turut tersengih dan menyembamkan mukaku ke dada bidang Amirul.

"Ehh! Tertukar ker? Yang mana satu baby ni? Mikayla ker Mel?" Soal Rayyan and tersengih.

"Dua-dua baby aku." Jawab Amirul and terus mencium dahi ku.

"Aipp!! Terlebih sweet tuu..." Sakat Abang Danish yang baru muncul entah dari mana.

"Elehhh... Biarlah! Jealous lah tu.... Orang suruh kahwin taknak! Buekk!" Aku menjelirkan lidah kepada Abang Danish.

"Memang dah ada hajat nak kahwin, tapi dah jadi milik orang lain, nak buat macamana, sedih... Huhuhu..." Balas Abang Danish.

"Sabar, Nish... Dah nasib, nak buat macamana kan?" Haikal memberi kata-kata semangat.

"Amanda, bagi aku Mikayla... Biar aku dukung." Aju Amirul.

"Ehh.. Ingat lagi kat anak, ingatkan dah lupa anak tadi." Perli Haikal.

"Diamlah kau.." Balas Amirul. Amirul terus mengambil Mikayla didalam dukungan Amanda.

"Zack.. Rayyan... Mulakan sekarang." Aju Amirul. Semua orang memandang Amirul dengan hairan. Mulakan ape?

Wajah Zack and Rayyan mulai cuak.

"Mulakan apa?" Soalku.

"Just wait and see okey, darling?" Bisik Amirul. Aku mengangguk.

Zack terus berlutut di hadapan Amanda. Semua orang terkejut, kecuali Amirul.

"Ehh! Kau buat ape ni? Bangun lah.. Orang tengok.." Aju Amanda.

"Takpe Amanda, biarkan semua orang tengok, biarkan mereka menjadi penyaksian cinta kita." Balas Zack. Zack terus mengeluarkan kotak baldu merah di hadapan Amanda. Amanda tergamam. Semua orang ternganga.

"Tengku Amanda Binti Tengku Khuzairi, sudikah awak menjadi isteri saya?" Soal Zack kepada Amanda. Amanda tergamam. Air matanya mengalir kerana terharu. Yes! Memang ini yang dia nanti-nantikan selama ni. Tangan Zack terus naik dan mengelap air mata Amanda.

"Don't cry, honey..." Ujar Zack penuh romantik.

"So? Your answer? Yes or no?" Soal Zack kepada Amanda. Kedua-dua belah tangan Amanda terus menekup mulutnya. Sungguh dia terharu.

"Emmmm..." Amanda acah-acah berfikir panjang.

Zack mengeluh kecil.

"Yes!" Jerit Amanda. Zack terus tersenyum lebar dan menjerit kecil di dalam hatinya. Tanpa berlengah, Zack terus menyarungkan cincin ke jari manis milik Amanda. Zack terus bangun berdiri.

"Okeyhh, now, your turn. Rayyan...All the best.." Aju Amirul kepada Rayyan.

Rayyan terus berlutut di hadapan Zahirah.

"Ehh.. Kau jangan cakap yang.." Zahirah terus menekup mulutnya. Jelas di wajahnya menunjukkan dia terkejut.

"Zahirah... Saya tahu perangai saya ni kadang-kadang macam budak-budak, suka buat lawak bodoh, selalu tak serius... Tapi, saya nak awak tahu, Saya akan berusaha untuk bahagiakan awak." Aju Rayyan. Rayyan terus mengeluarkan kotak baldu merah.

"Tengku Zahirah binti Tengku Khalid, Will you marry me?" Soal Rayyan dengan penuh harapan. Zahirah kaku.

"Yes or yes? Saya nak dengar jawapan diantara dua ni jer.." Aju Rayyan. Zahirah memandang aku, Aku mengangguk. Kemudian Zahirah memandang Amanda, Amanda mengangguk.

"Cepatlah sayang... Jangan cakap no pulak... Malu saya nanti... Orang ramai tengok ni..." Aju Rayyan. Kitorang tergelak kecil.

"Yes!" Jawab Zahirah dengan teruja.

"She said yess!!!!" Jerit Rayyan dengan kuat. Terlebih happy kot sampaikan jerit. 🤣

Rayyan terus menyarungkan cincin ke jari Zahirah.

"Hmmm... Korang semua dah ada pasangan masing-masing... Aku dengan Danish jerlah yang still bujang... Sedih hidup..." Keluh Abang Danial.

"Takpe bang... Nanti aku carikan makwe untuk kau... Jangan risau, lagipun, aku dah jumpa dah.." Aju Abang Danish.

"Siyess arr? Nama ape? Tinggal kat mana? Cantik ker tak?" Soal Abang Danial bertubi-tubi.

"Banyak betul soalan kau ni kan, okey, takpe... Aku jawab satu-satu. Nama dia aku tak tahu, tak sempat nak tanya, dia tinggal kat hospital mental, cantik tu cantik lah jugak..." Aju Abang Danish and terus berlari dari situ.

"Anjirr kau!" Marah Abang Danial and terus berlari mengejar Abang Danish.

"Hahahahahhahahahaah" Meletus ketawa kitorang.

__________________________________________

Sorry lambat Update, Saya busy sangat-sangat lately ni... I'm so Sorry guys...🥺✨