webnovel

THE MAFIA IS MY HUSBAND

Tengku Melissa Bin Tengku Razlan merupakan seorang gadis yang cantik, lemah lembut dan peramah... Tetapi, kejadian yang menimpa mama kesayangannya iaitu Tengku Maria ketika dia berumur 15 tahun membuatkan gadis itu menjadi gadis yang paling kejam dan digeruni.. Dia bersama-sama dengan abang kembarnya iaitu Tengku Danial dan Tengku Danish mula berkecimpung dalam dunia gelap. Tidak lupa juga, dua orang sahabatnya yang selalu menyokongnya dan turut serta dalam dunia gelap ini, tak lain tak bukan, Zahirah dan Amanda.. Mereka berkawan sejak dari tingkatan satu lagi, tetapi selepas mengetahui tentang kemalangan yang menimpa mama Melissa, mereka bernekad untuk turut serta dalam perjuangan untuk membalas dendam... Tetapi, dalam dia mencari jawapan, Melissa terpaksa berkahwin dengan Tengku Amirul yang merupakan adik kepada Tengku Hafiz.. Tujuan utama Tengku Razlan (papa Melissa) menyatukan anaknya Tengku Melissa dengan Tengku Amirul ialah untuk membalas dendam kepada keluarga itu, tetapi keluarga itu sedikit pun tidak menyangka tentang hal itu... Melissa akur, kerana itu merupakan peluang keemasan dia untuk membunuh Tengku Hafiz yang telah membunuh mama kesayangannya. Tengku Razlan memberi tahu kepada Tengku Harith, merangkap daddy kepada Tengku Hafiz dan Tengku Amirul yang dia mahukan Melissa dan Amirul bersatu untuk mengukuhkan lagi urusan business diorang... And Tengku Harith bersetuju dengannya.. Tetapi dia tidak tahu, yang ajal anak sulungnya sudah dekat.. Tengku Amirul merupakan lelaki yang kejam, turut berkecimpung dalam dunia gelap dan merupakan ketua mafia yang terkenal dan digeruni.. Dia tidak menyukai perempuan and selalu berwajah dingin, tetapi wajah dinginnya itulah yang membuatkan ramai perempuan diluar sana cair... Adakah Melissa akan turut cair? Adakah Dendam Melissa akan terbalas? Adakah mereka akan jatuh cinta diantara satu sama lain? Kalau korang nak tahu, korang wajib baca...

Syafika_1111 · Urban
Not enough ratings
37 Chs

BAB 2:

"Ape yang Mirul fikir ni hah?! Mirul tahu tak disebabkan Mirul! Daddy hampir hilang berjuta-juta ringgit!!" Marah Tengku Harith.

"But, daddy... Perempuan gila tu yang start daddy!! I hate her!!" Marah Tengku Amirul kembali.

"Ingat! Ni first and last warning okeh?! Daddy taknak dengar dah lepas ni!" Tengku Harith memberikan amaran keras.

Tengku Amirul hanya membuat wajah menyampah.

Tiba-tiba,

Bamm!!

Pintu bilik meeting Tengku Harith ditolak dengan kasar and terpampang wajah Tengku Hafiz..

"Daddy... Boleh tak tinggalkan kitorang sekejap?" Soal Tengku Hafiz and mencuba untuk menahan marahnya. Tengku Harith mengeluh panjang and terus beredar dari situ and menutup pintu, taknak lah orang dengar, yelah... Diorang ade kat pejabat sekarang ni..

"KENAPA KAU BUAT MACAM TU HAH?!" Tengking Tengku Hafiz. Tengku Amirul Alexander tersentak. Sebelum ni abangnya tidak pernah memarahinya sebegini rupa.

"Aku buat ape?" Soal Tengku Amirul dengan dingin.

"KAU NAK BUNUH MELISSA KAN?!" Jerit Tengku Hafiz.

"Yang mane? Oh! That girl! Ha ah, aku nak bunuh dia semalam... Asal? Selama ni kau tak pernah pun nak kisah perempuan mana yang aku bunuh, asal macam tiba-tiba ni?" Soal Tengku Amirul. Tengku Hafiz terus mencengkam kolar baju Tengku Amirul.

"Kau ingat, kau jangan sesekali sentuh dia, or i will kill you idiot." Pesan Tengku Hafiz and terus keluar dari bilik itu. Tengku Amirul tersentak. 'Kau nak bunuh aku semata-mata untuk perempuan tu? Sape perempuan tu pada kau? Sedangkan selama ni kau tak pernah fikir pasal mana-mana perempuan pun.'Bisik hati Tengku Amirul. Benar... Tengku Hafiz memang seorang yang kejam, tetapi tidak sesekali kejam dengan keluarganya... And ni first time Tengku Hafiz ugut untuk membunuh Tengku Amirul. Penting sangat ker Tengku Melissa kepada Tengku Hafiz?

Tiba-tiba,

"Hey bro! Asal kau duk termenung tu?" Sapa Zack yang mengunyah gula-gula getah.

"Betul tu... Asal nampak kau macam tak okey ni?" Soal Rayyan pula.

"Korang tak perlulah nak masuk campur hal aku.." Balas Tengku Amirul dengan dingin.

"Bodoh... Orang nak tolong, boleh pulak dia cakap macam tu..." Balas Zack selamba badak.

"Kau diamlah bodoh! Aku just bengang dengan perempuan tak guna tu semalam!" Akhirnya terkeluar juga ape yang dipendamnya.

"Ha! Camni kan bagus! Berterus terang... Bukannya duk senyap, pendam sekor sekor..." Balas Zack.

Amirul membuat muka menyampah.

"Semak lah korang ni... Haih.. Pergi keluar sekarang.." Arah Tengku Amirul.

"Ek eleh... Tapi kan wei.. Aku rasa lah kan, sesuai doh kalau kau and Melissa tu jadi kekasih.." Sakat Zack.

"Itulah pasal... Aku pun rasa macam tu jugak.." Sokong Rayyan.

"Korang mengarut amende sial?!" Marah Tengku Amirul.

"Tak lah, aku just cakap jer... So? What your plan?" Soal Zack.

Tengku Amirul tersenyum sinis.

"Kau rasa?" Soal Tengku Amirul and tersenyum jahat.

"No..No..No.. Kau jangan cakap yang kau nak bunuh dia.. Bukanker daddy kau dah bagi warning?" Soal Zack dengan terkejut.

"Warning? Pastu kau ingat aku takut? Perkataan takut tak pernah wujud dalam kamus hidup aku." Balas Tengku Amirul.

"Eh sial la! Kau nak mampus ker?!" Marah Zack.

"Mampos? Never.. Hahaha" Balas Tengku Amirul and ketawa jahat.

"Aku rasa better kau jangan buat macam tu.." Pesan Rayyan.

"Kenapa?" Soal Zack.

"Kau fikir la wei... Kalau perempuan tu mati, mesti tercetusnya perang dunia ketiga.. Kau fikir lah, business daddy kau akan lingkup.." Balas Rayyan.

"Huh... Semak lah aku nak fikir.." Balas Tengku Amirul.

"Takpe... Jom... Kita pergi makan luh.. Perut kesayangan aku dah berbunyi ni.." Ujar Zack and menggosok perutnya.

"Same lah kita..." Balas Rayyan.

"Kannn.. Jom baby.." Ajak Zack. Zack ni memang, otak dia tak berapa betul sikit. Yang si Rayyan ni pulak melayan ajer..

"Ok, jom sayang..." Balas Rayyan.

"Babi... Nak muntah aku rasa bodo!!" Ujar Tengku Amirul dengan jijik.

"Lepas semua kerja kita settle baru kita pergi makan." Ujar Tengku Amirul dengan dingin.

Rayyan and Zack membuat wajah menyampah. Asyik kerja, kerja, kerja.

[...]

"Hello! Mel.. Mel, Amanda and Zahirah kat mana?" Soal Papa di corong telefon.

"Mel ade kat office ni Pa.. Kenapa?" Soal ku.

"Papa ade benda penting nak bincang, tolong balik rumah sekarang.." Balas papa.

"Okey pa.. Mel datang sekarang.." Balasku and terus mematikan panggilan telefon and aku terus meletakkan iphone 11 pro max aku kedalam poket seluar. Aku terus berlalu ke bilik office Amanda.

"Amanda! Jom.. Papa aku call, dia cakap nak bincang something.." Ajakku dengan dingin.

"Okeh.. Ade job baru ker camne?" Soal Amanda and meleret senyum.

"Maybe." Jawabku.

"Jap, aku pergi panggil Zahirah." Aju Amanda and terus berlalu pergi ke bilik pejabat Zahirah. Aku terus turun ke tempat parking kereta and menunggu mereka di situ.

Setibanya mereka disitu,

"Wei.. Asal ni hah?! Aku ni nak tidur tadi... Ek eleh... Yang si papa kau ni pun satu hal lah! Kacau betul!" Bebel Zahirah.

"Nak tidur amende siot?! Aku tengok kau dah meleleh air liur basi tadi.." Balas Amanda.

"Hahahahahah" Meletus ketawa aku and Amanda. Zahirah membuat wajah menyampah.

"Ni... Kau tidur rupanya.. Kau curi tulang ea.." Perli ku.

"Kisah pulak aku... Ni kan company papa kau punya.." Balas Zahirah.

"Dah la wei.. Melayan perangai korang ni buat aku naik semak.." Wajahku mula bertukar dingin. Amanda and Zahirah terus terdiam and mengangguk. Aku terus masuk masuk ke dalam perut kereta Lamborghini.

Amanda and Zahirah pula masuk ke dalam perut kereta Ferrarinya.

Setibanya kami di perkarangan rumah ku, kitorang terus masuk ke sebuah bilik yang khas untuk perbincangan antara kitorang...

"Pa.. Ape citer?" Soalku.

Tiba-tiba,

"Hey Melll!!!" Jerit Tengku Danish. Merangkap abang aku.

"Hey you! Bila balik bang!!" Aku dengan teruja terus pergi ke arah pintu and memeluk abang ku, abang Danish.

"Semalam lagi, papa bagitau ade benda penting nak bincang.." Terang Danish and mengusap lembut rambut ku. Kami pun meleraikan pelukan. Tengku Razlan tersenyum.

"Abang Danial tak balik sekali ker?" Soalku.

"Tak... Tak boleh tinggal kerja dia kat sane... Abang Danish balik ni pun dia dah bising.. Kesian dia kena hadap kerja sorang-sorang. Hahaha." Balas Abang Danish seraya ketawa. Aku pun turut ketawa. Amanda and Zahirah tersenyum. Lama dah tak nampak Melissa happy camtu.

Kitorang pun terus melabuhkan punggung di atas sofa. Semua orang membuat wajah serius. Kalau tengah meeting, memang takde sape sape yang berani nak bergurau.

"So, ape yang nak dibincangkan tu pa?" Soalku dengan dingin and aku meletakkan kedua-dua kaki ku diatas meja dihadapan sofa.

"Pembunuh mama." Jawab papa. Kitorang tersentak.

"Dah jumpa ker pa?" Soal abang Danish and tersenyum jahat.

"Yes, dah jumpa... And yang lebih teruk, anak kepada business partner papa." Jawab papa and tersenyum sinis.

"Who is he?" Soalku dengan dingin. Aku akan bunuh orang tu walau apa cara sekalipun.

"Anak kepada Tengku Harith." Jawab papa. Aku, Amanda, Zahirah and abang Danish tersentak.

"WHAT?!!!" Jerit aku and kawan-kawan ku.

"So yang anak dia semalam tu pembunuh Aunty Maria ker uncle?" Soal Zahirah dengan wajah serius.

"Nope... Tu adik dia.. Yang bunuh isteri uncle, abang dia.. Namanya Tengku Hafiz, yang korang jumpa semalam Tengku Amirul." Jawab Papa dengan serius.

"So.. Ape plan kita?" Soal Abang Danish.

"Papa dah ade plan, but... Semua ni melibatkan Melissa.." Jawab papa.

"Macamana tu pa?" Soal ku.

"Macam ni... Papa cadangkan Mel kahwin dengan Tengku Amirul.. Adik kepada Tengku Hafiz.." Terang papa. Zahirah and Amanda ternganga luas mulut diorang. Kahwin?

"Kahwin?" Soal Zahirah, Amanda and Abang Danish serentak.

"Yes.. If diorang kahwin, lagi mudah Melissa dapat bunuh Tengku Hafiz sebab kita taknak Tengku Harith tahu.. Korang pun tahu kan, macamana Tengku Harith tu.. Papa akan cakap yang korang berkahwin untuk menyatukan business kita." Terang papa panjang lebar.

Semua orang mengangguk tanda faham.

"But, pa! Macamana kalau Amirul buat benda-benda tak elok kat Mel? Papa pun tahu kan? Semalam dia hampir bunuh Mel?" Soal abang Danish.

"Itu papa akan uruskan.. Kita buat kontrak." Terang papa.

"Tapi pa.."Tengku Danish ingin membantah, tetapi sempat dipotong oleh ku.

"Mel terima... Anything for mama." Balasku dengan dingin.

"Okey.. Papa tetapkan perkahwinan Mel and Tengku Amirul hanya setahun, tak lama... And Papa nak, dalam masa setahun ni, Mel cari kelemahan and kelebihan Tengku Hafiz.." Terang papa. Aku mengangguk tanda faham.

"One more, seeloknya, jangan jatuh cinta dengan Tengku Amirul!" Papa memberi amaran keras.

"Huh.. Love? Are you kidding? Cinta tak pernah wujud dalam kamus hidup Mel pa.." Balas ku dengan dingin and tersenyum sinis.

Papa meleret senyum.

"But, pa... Boleh tak Mel nak mintak something?" Soal ku and tersenyum jahat.

Papa seperti sudah tahu maksud ku turut tersenyum.

"Ape tu?" Soal papa.

"Can I kill him after I'm kill his brother?" Soal ku and tersenyum jahat.

"Up to you, dear..." Balas papa and tersenyum.

Zahirah and Amanda tersenyum jahat seraya mengeluarkan rokok and merokok.