webnovel

Kau Tak Layak Jaga Dia

Aniq, Amir, Adam dan Liana sedang berada di dalam rumah mereka. Riak wajah kerisauan tampak di wajah setiap orang. Aniq dari tadi ke hulur ke hilir seperti tidak tentu arah. Adam dan amir menyandar di dinding rumah. Liana hanya duduk disisi Farhan.

" Urgh… " Farhan sudah mula menyedarkan diri. Kepalanya terasa sangat berat. Penglihatannya masih kabur. Farhan cuba untuk duduk sambal memegang kepalanya yang rasa berdenyut.

" Korang, Farhan dah sedar, " Liana memanggil yang lain dengan nada yang teruja. Dia menghulurkan segelas air untuk Farhan menyegarkan tekaknya. Tiga orang teruna itu dating mendekati.

" Apa yang jadi tadi? " Farhan yang masih separuh sedar cuba untuk mengetahui peristiwa yang berlaku tadi. Dia masih dalam kebingungan.

" Entah. Kau mengamuk kot. Kau bunuh kraken tu sekejap je, " Adam menerangkan soalan yang dituju oleh Farhan.

" Serangan apa yang kau guna tadi? Pedang kau berapi. Senang je kau tepis serangan kraken, " giliran Aniq pula menujukan soalan kepada Farhan. Namun, Farhan tidak mampu menjawabnya. Ingatannya masih pudar. Dia tidak mampu imbas semula perkara sebenar yang terjadi.

" Oh ya. Apa yang terjadi kat awak tadi? " Farhan menanya soalan yang tergantung semasa menyelamatkan Liana.

" Tadi, abang tiba – tiba jadi tak betul. Dia kata saya hanya layak jadi umpan. Lepastu dia tolak saya sampai jatuh. Waktu tulah awak selamatkan saya dari kena serang dengan kraken, " dengan wajah sedih, Liana menjawab soalan Farhan.

" Tch! Lelaki ni memang tak betul ke apa?! " Farhan melepaskan kemarahannya. Dia menghentakkan tangannya dengan kuat ke atas lantai. Getaran itu menambahkan rasa sakit kepalanya. Bertambah lagi rasa benci terhadap Fakhrul.

" Woi, aku nak ambil adik aku! " kedengaran seseorang menjerit dengan suara yang kasar dari luar. Satu suara yang amat dibenci oleh Farhan. Mukanya menjadi merah.

Seperti yang disangka, Fakhrul datang ke rumah mereka. Farhan bergerak ke arah Fakhrul.

" Apahal kau dating sini hah! " Farhan terus menengking Fakhrul. Dia tidak dapat mengawal kearahannya.

" Kan aku dah cakap, aku nak ambil adik aku. Kau pekak ke?! " Fakhrul membalas semula tengkingan Farhan.

" Adik? Kalau kau abang dia, kau takkan sanggup nak cuba bunuh dia! " Farhan menjadi lebih berang. Tidak puas hati dengan tindakan Fakhrul. Bukannya hanya boleh mencederakan Liana. Malah mambu membahayakan nyawanya.

" Tch! Mampus kaulah, berambus kau! " Fakhrul menolak Farhan ke tepi.

Darah Farhan menaik tinggi. Pantang dicabar. Lagi – lagi dengan manusia seperti itu. Farhan menggenggam kolar baju Fakhrul dengan ketat. Tindakan itu menyebabkan Fakhrul tercekik.

" Jangan sentuh dia! Kau tak layak jaga dia! " Farhan mengeluarkan segala kegeramannya.

" Habistu, kau lak sangatlah? Lantaklah. Bukannya berguna pun. Hanya menyusahkan, " Fakhrul menolak tangan Farhan untuk melepaskan dirinya.

" Dahlah tu korang! Jangan gaduh! " Liana cuba untuk meleraikan pergaduhan itu. Air mata sudah mula mengalir di pipi.

" Tch, berlagak! " Farhan melepaskan geramnya. Liana yang melihat kejadian itu hanya menangis tanpa henti. Tidak sanggup melihat mereka berdua bergaduh. Adam, Amir dan Aniq tidak bertindak dan hanya mendengar dari dalam. Fakhrul beredar meninggalkan tempat itu.