1 Bab 1

Anna duduk dengan wajah yang pucat. Anna merasa takut dan gelisah dengan situasi yang ada di hadapannya sekarang ini. Di tangan kanannya terdapat sebilah pisau yang di penuhi dengan darah dan yang paling mengerikan di hadapan Anna seorang lelaki tua yang terbaring sambil menahan sakit perutnya yang berlumuran dengan darah.

Dengan keadaan yang masih seperti itu ambulans pun datang dan mebawa lelaki tua itu ke hospital. Sementara Anna di bawa ke balai polis untuk di siasat. Di balai polis, seorang pegawai polis yang berada di situ menanyakan banyak soalan tetapi Anna tidak menjawab satu pun soalan polis tersebut hingga membuatkan polis itu memarahi Anna.

Biarpun di bentak-bentak dan di maki hamun, Anna tetap mendiamkan diri dengan air matanya yang terus mengalir di pipi. "Cukuplah, semua bukti yang ada mengarah kepada dia. Sudah jelas diala pelakunya. Sekeras apa pun kita mencuba saya yakin dia tidak akan memberitahu alasan di sebalik cubaan membunuh ini. Kamu tahukan perkara ini berkaitan dengan orang yang berduit jadi sangat sulit untuk mengorek informasi. Saya juga yakin bahawa dia telah di ancam untuk tidak mengatakan orang di sebalik pembunuhan ini" ucap seorang polis di situ.

Ucapan polis itu di setujui oleh rakan-rakannya yang lain. Mereka membuat keputusan untuk memasukkan Anna ke dalam lokap. Di dalam lokap tersebut, Anna masih mendiamkan diri dengan air mata yang masih mengalir di pipinya. Anna duduk di samping pagar besi lokap tersebut sambil memeluk kedua-dua kakinya.

Di dalam benak Anna dia mengingati kenangan kehidupan dirinya yang sederhana dan tenang hinggala hal yang tidak di duga berlaku dengannya pada malam itu yang mengambil semua kenangan tersebut. Anna ialah seorang gadis yang masih berumur 24 tahun. Dia berkerja di sebuah restoran untuk memenuhi keperluan dirinya dengan satu-satunya adik perempuannya Aliska yang masih berumur 22 tahun yang sedang melanjutkan pelajarannya di luar negara dengan biasiswa penuh.

Orang tua Anna telah meninggal dunia kerana kemalangan. Setelah di tinggalkan oleh orang tua mereka Anna telah bekerja untuk memenuhi keperluan dia dengan adik perempuannya. Tapi kehidupan mereka tidak seburuk dengan kejadian yang telah berlaku kepada Anna. Dahulu kehidupannya dan adiknya sangatla tenang, aman damai dan di penuhi warna.

Adik perempuan Anna tidak dapat pulang selalu kerana uang yang tidak mencukupi. Sejak Aliska pergi belajar ke luar negara 2 tahun yang lalu, dia langsung tidak dapat balik ke CHINA. Biarpun mereka tidak pernah berjumpa 2 tahun ini. Tetapi mereka tidak pernah lupa untuk berkomunikasi mengunakan sebuah aplikasi chating untuk memberitahu khabar mereka di negara yang berbeza.

Anna menangis tersedu-sedu sambil menutup mukanya dan mengingati nasibnya yang malang. Dengan hanya satu kejadian yang tidak di sangka oleh Anna yang menyebabkan kehidupannya berubah 100%. Anna mengelap air matanya kemudian melihat tangannya yang bergetar. Air mata Anna yang mengalir membasahi pipinya membuat Anna terlelap di dalam ruang yang tidak pernah muncul di dalam benaknya untuk di tinggali dan ditidur.

******

Amai merupakan seorang pengusaha yang kaya raya dan terkenal di dunia. Dengan statusnya itu, Albert satu-satunya cucu Amai terpaksa menyembunyikan keadaan atuknya kerana dapat mempengaruhi kestabilan dan saham bisnes mereka.

Albert melihat atuknya yang masih belum sedarkan diri di dalam bilik yang mewah dan besar. "Kakek" ucap Albert sambil memegang tangan atuknya dengan air matanya yang masih tertahan di bola mata. Albert sangat menyayangi atuknya kerana atuknya sahaja satu-satu keluarga yang dia ada kerana kedua-dua orang tuanya telah meninggal dunia. Ibu Albert meninggal dunia kerana sakit dan ayahnya meninggal dunia kerana kemalangan.

Albert membelai wajah atuknya dengan lembut kemudian tatapan mulai dingin " Atuk aku akan membalas perbuatan mereka seperti mana mereka telah membuat ibuku terkena penyakit hinggakan dia menutup matanya begitula juga aku akan membuat mereka yang cuba membunuhmu" ucap Albert dengan hati yang penuh dengan dendam.

Hidup Albert memang di kelilingi dengan harta tetapi hidupnya juga bukan damai dan jauh dengan kegelisahan. Namun dia mesti berhati-hati dan menjaga sesuatu supaya tetap berada di tempatnya. Kerana hal tersebut Albert tidak muda mempercayai orang kerana mereka tidak bisa dipercayai sepenuhnya. Albert pernah dikhianati oleh orang yang telah dia anggap seperti keluarga namun mereka menghancurkan kepercayaan itu. Ibunya yang telah di racuni oleh pelayan mereka yang setia dan telah kerja dengan mereka berpuluh-puluh tahun yang menyebabkan ibunya meninggal.

Kerana hal itu, Albert membuat tersebut dan seluruh keluarganya membunuh diri mereka sendiri. Sedangkan ayah Albert di bunuh dengan sebuah kemalangan. Penjenayah itu telah memutuskan wayar break kereta ayah Albert yang menyebabkan pelanggaran yang kuat dengan kereta yang lain. Pelaku di sebalik pembunuhan ayah Albert belum di temui kerana semua bukti-bukti yang ada menghilang seperti habuk-habuk yang ditiup angin.

Beberapa bulan selepas kematian ayah Albert, sekarang dia di kejutkan dengan kejadian yang telah menimpa oleh atuk. Albert tahu kenapa ramai yang ingin mereka mati kerana harta yang mereka miliki telah membuat semua orang meningininya dan mengambil kedudukan mereka.

******

Beberapa orang lelaki yang berkot hitam menunggu di luar sel tahanan Anna dan seorang polis membuka pagar besi lokap tersebut, lalu menyuruh Anna keluar dari ruang itu. Ketika Anna mengikuti perintah polis tersebut beberapa lelaki yang berkot hitam itu menyuruh Anna mengikuti mereka.

Anna melihat polis yang membuka pintu lokap itu dengan bingung. "Cucu dari orang yang telah kau tikam itu telah menjaminmu. Jadi kau bebas sekarang dia juga ingin berjumpa denganmu. Wah, kau memang beruntung kerana wajahmu yang cantikka telah membuat cucu dari orang yang kau tikam hingga koma itu. Wanita sangat mengerikan" kata polis itu dengan nada yang merendahkan sambil tersengih-sengih.

Anna yang masih binggung itu masih mengikuti perintah para lelaki yang berkot hitam itu untuk mengikuti mereka. Meskipun Anna berasa takut dan cemas tetapi dia sangat bersyukur dapat keluar dari penjara. Anna menaiki sebuah kereta yang berwarna hitam dan menhantarnya ke sebuah rumah yang mewah serta sangat megah. Kehindahan dan kemegahan rumah itu sendiri membuat Anna memuji kecantikan rumah itu di dalam hatinya. Anna memasuki rumah tersebut. Para lelaki yang berkot hitam itu memberi salam kepada seorang lelaki yang tengah duduk santai sambil membaca beberapa lembaran kertas di tangannya lalu memerintah mereka untuk meninggalkan dia dan Anna berduaan di dalam ruang tersebut.

Pria tersebut melihat Anna dari hujung rambut hingga hujung kaki lalu meletakkan dokumen yang dia baca di atas meja. "Memang benar, seseorang tidak boleh menilai orang lain dari luarnya saja. Lihatla seorang gadis yang terlihat polos mencuba untuk membunuh atukku, katakan siapa yang menyuruhmu untuk melakukan pembunuhan ini. Aku akan memberikan kau uang yang lebih banyak daripada orang itu tapi jangan kau fikir aku akan melepaskan mu dengan mudah" kata Albert.

Perasaan lega Anna keluar dari penjara kini sudah musnah. Dia tahu lelaki yang berada di hadapannya itu sangat menakutkan. Anna hanya diam dengan mengenggam kedua-dua tangannya yang bergetar dengan erat. "Aku dengar kau langsung tidak membuka mulut mu saat polis menanyamu aku rasa kau tidak bisu. Jadi, kau masih tidak mahu memberitahuku hah?. Baikla kalau begitu aku ini orang yang baik kerana telah melepaskanmu. Tetapi hidupmu bukan seperti dulu lagi aku akan memberikanmu dua pilihan untuk tetap hidup. Kau harus memilih salah satu dari mereka" ucap Albert mendekati Anna.

Albert mengangkat dagu Anna supaya melihatnya sambil melihat Anna dari ujung rambut hingga hujung kaki. "Kau cukup cantik" ucap Albert. "Pilih salah satu, kau akan menjual tubuhmu untuk di nikmati oleh rakan bisnesku atau kau mahu menjadi budak yang akan mengikuti semua perintahku?" ucap Albert yang membuatkan tubuh Anna gementar.

Anna meneteskan air matanya selepas mendengar perkataan Albert. "Aku belum pernah bertemu dengan seseoarang yang sama dengan iblis. Dia bukan mahu membunuhku tetapi dia mahu menyiksaku dan membunuhku pelan-pelan" kata Anna di dalam hatinya.

Bersambung🙌

avataravatar
Next chapter