1 Bab : 1

🌷Salah Faham🌷

Dua tubuh tercampak ke atas lantai dengan serentak.

Sementara pelajar yang lain hanya memerhati kejadian yang berlaku di koridor itu di tepi. Mereka tidak berani hendak masuk campur apatah lagi menghalang orang yang sedang berdiri mengepal penumbuk di hadapan dua orang pelajar lelaki tersebut.

Dua pelajar lelaki tadi bingkas bangun dari lantai lalu berdiri menghadap perempuan yang menendang mereka tadi. Masing-masing berkerut muka keberangan!

"Berani kau masuk campur kan?"tunding Joshua ke arah Hera.

"Kau ada masalah kau sendiri!Asal tak uruskan aje masalah kau tu!"sampuk Alan pula.

Hera Xiana, si gadis berambut perang brunet kerinting halus yang diikat satu ke belakang hanya berdiri memandang mereka tanpa sebarang ekspresi sewaktu dirinya di pandang oleh Joshua dan Alan. Mereka masing-masing memegang muka dan perut yang sakit akibat serangannya tadi.

Mereka pandang tidak puas hati ke arah Hera.

Hera melentokkan kepala sedikit saat mendengar kata-kata itu.

"Kau yang bawa mulut dekat dekan sampaikan dia dah hantar surat gantung dekat parent kita orang!Puas hati kau sekarang!"bentak Alan hingga tegang urat lehernya.

Senyuman sinis meleret terukir di bibir. Dia mengusap perlahan kepalan penumbuknya yang berasa sengal dek menumbuk dua makeluk menjengkelkan di depannya tadi. Lalu dia bawa tangannya naik menyelak anak rambut yang jatuh menutupi mata kanan ke belakang telinga.

"Serius...aku tak tahu apa yang kau orang anginkan sangat ni?"ujar Hera dengan tenang semasa tunduk mengutip beg sandang yang tergeletak di bawah kaki. Ia terjatuh saat dirinya di serang oleh Joshua dan Alan tadi.

Joshua bergerak hendak mendekati Hera, namun langkahnya terhenti apabila Hera mengerling tajam ke arahnya seakan memberitahu 'kau dekat kau siap' kepada dia ketika itu.

"Jangan pura-pura tak tahu!"marah Joshua.

"Siapa lagi kalau bukan kau yang suka sangat menyibuk dan jaga tepi kain orang lain!"tuduh Alan. Lebam di bahagian kening kanan dan pipi kirinya kelihatan jelas, menunjukkan lelaki itu teruk ditumbuk!

Hera memandang pelik ke arah dua orang di depannya. Sumpah!Dia tidak faham sepatah pun apa yang mereka sibuk katakan sejak tadi.

Beritahu dekan?

Tentang apa?

Jaga tepi kain orang?

Untuk apa?

Adu kepada dekan hingga dapat surat gantung?

Apa yang mereka merepekkan?

Serius!Dia langsung tak ada ingatan tentang apa yang mereka berdua sibuk tuduh kepadanya sejak tadi. Lagipun dia memang bukan jenisnya suka jaga tepi kain orang. Sebab masalah mereka bukan masalah dia untuk di fikirkan!

"Aku tak tahu apa yang berlaku dekat kau orang berdua.surat gantung?Jaga tepi kain?bawa mulut? Nah!I have no idea about it!" jawab Hera dengan nada bersahaja tidak pedulinya.

Oleh itu, Joshua yang sudah merinding keberangan gerak mendekati Hera dan mencekau kolar baju dress yang dipakai oleh Hera sewaktu itu. "Hei perempuan jalang tak guna!berhenti berlakon macam orang tak bersalah!semua orang tahu perangai bermasalah kau ni perempuan!"deramnya di depan muka Hera.

Hera berdengus, dia dongak memandang Joshua tapi mengedipkan mata. Sikit pun tidak takut akan lelaki lampai di depannya ini. "Kalau betul aku yang beritahu, sediakan bukti yang kukuh. Lepas tu baru kau boleh salahkan aku untuk apa yang menimpa diri kau orang berdua "

Joshua buat muka 'what the f*ck' sebaik mendengar bait kata Hera. Hairan dia dengan perempuan di depannya ini. Macam mana Hera boleh buat muka selamba lepas apa yang Hera lakukan terhadap mereka berdua!Perempuan ni tahu tak situasi apa yang terpaksa mereka hadapi kerana isu ni! Boleh pulak cakap selamba macam orang tak bersalah! Macam sh*t je punya perangai.

"Kau memang nak kenakan!"Alan muncul dari belakang mahu menyakiti Hera.

Tetapi belum sempat Alan hendak berbuat begitu, ketika itu muncul seseorang dari celah pelajar-pelajar di situ dengan mengejut.

"Kenapa kamu semua berkumpul begini?Apa yang telah berlaku?"Puan Deena muncul, Dekan kolej itu ternampak akan Joshua dan Alan berdiri di situ dengan Hera di dalam cengkaman mereka. "Joshua!Alan!"

Kedua-dua kepala itu tersentak. Mereka palingkan kepala ke arah suara itu lalu membutang mata terkejut. tanpa berlengah, Joshua dan Alan cepat-cepat lepaskan Hera dan berdiri tegak.

Sementara Hera di situ pandang silih ganti akan Joshua dan Alan serta dekan di depannya ketika itu.

Dia tertanya-tanya, isu apa yang telah buatkan dua cencorot ni begitu marah kepadanya?

Paling penting....masalah apa lagi yang dia hadapi kali ni?

avataravatar
Next chapter