webnovel

My heart

" Jumpa tempat biasa!" 

Talian di putuskan. Aku melangkah perlahan ke Rine cafe. Di situ aku janji akan jumpa Jihan dan beberapa kawan-kawan lain. Aku sengaja datang awal supaya ada masa baca buku kegemaran sebelum kami mula bincang tentang trip ke Kundasang dengan yang lain. Sesampai di sana aku order black kopi macam biasa. Cafe lengang tiada pelanggan lain selain aku- aku suka suasana itu. Sunyi. Bolehlah fokus dengan bacaan.

" Airis.." 

Suara yang amat aku kenali dan serentak itu terasa bahuku ditepuk lembut. Aku mendongak. Wajah kacak Jihan tersenyum lebar. Entah kenapa aku lihat mukanya berseri-seri luar biasa hari ni.

" Duduklah.." 

Aku mengesot sedikit bagi ruang untuk dia duduk di sebelahku. Dia duduk.

" Awal kau muncul hari ni?" Tanya ku tanpa memandangnya. Mataku kembali terpaku pada helaian muka surat di depanku. Best cerita ni. Kacau sajalah Jihan ni. bisik hatiku.

" Sengaja!"

Aku angkat kening dan memandang Jihan yang melambai ke arah pelayan untuk ambil order.

"Ada yang special?" 

Dia senyum, matanya bersinar-sinar. Aku pandang penuh tanda tanya. Buku ku tutup lalu hadap dia dengan muka berminat. Jarang Jihan buat mimik muka macam tu. Macam ada sesuatu.

"Cuba teka?"

Aku tarik muka. Jihan ketawa.

"Cakap sajalah.. main teka teki lagi!" Aku protes. 

" Aik.. bosan lah kau ni!" Ejek Jihan. Aku jelir hujung lidah sambil mencebik kemudian ketawa kecil.  Aku suka tengok senyuman Jihan. Kawan aku yang sorang ni memang hensem!

" Aku akan bertunang tak lama lagi"

Dum! macam ada benda terjatuh di dadaku. Tunang?!

Aku terkebil-kebil memproses ayat Jihan. Biar betul. Aku terkejut! aku tenung muka Jihan dalam-dalam.

" Tak percaya? gadis tu pilihan keluarga.. Ibu yang pilihkan " Mukanya berseri-seri.

 Aku tak pernah sedar apa yang ada dalam hati ku sehingga lah saat ini dia memberitahu yang dia akan bertunang. Jihan akan bertunang. Bertunang dengan gadis pilihan keluarganya. Dia memberitahu dengan wajah penuh senyuman. Seolah-olah dia menerima gadis itu dengan tangan terbuka. 

dup.. dup.. dup.. tiba-tiba  irama jantungku berbunyi lain macam. Kenapa ni?!

" Kau dengar apa aku cakap?"

Jihan mencuit bahu ku bila lihat aku hanya melompong dengar berita itu. Cepat-cepat aku mengangguk. Debaran di dada berdenyut ngilu. Celaka! Kejutan itu membuat aku rasa sangat sakit. Ya! aku tak tahu kenapa ku rasa sakit hati. Senyuman gembira Jihan menambahkan rasa sakit hati. Tiba-tiba macam mau pecah rasanya dada. Dear heart.. What happens to you?

" Jadi apa komen kau?" Tanya Jihan lagi. Menatap muka ku mengharapkan riaksi. Aku cepat-cepat larikan pandangan, takut kalau ketara nampak muka sakit hati.

" Hurm.. Komen.. ? Jihan! mestilah terkejut! ... Tapi..tapi.. Kau terima saja pilihan keluarga kau?" Tanya ku tidak percaya dengan keputusan Jihan. Jihan tersenyum dan mengangguk yakin. Matanya bercahaya dan senyumannya ranum. Jihan nampak gembira.

" Waktu kali pertama mama tunjukkan gambar gadis tu. aku sudah setuju. Entah.. mungkin ... jatuh cinta pandang pertama haha!" Jihan ketawa. Dia seperti tidak percaya dengan perasaannya sendiri. Tapi sinar mata Jihan cukup jelas untuk ceritakan isihatinya. Dan itu menyakitkan. Aku senyum tawar. Terlalu palsu. Rasa malu sebab aku dapat rasa betapa palsunya aku tersenyum! ini parah!

 Oh god! aku sebenarnya mahukan Jihan sukakan Jihan? wtf

" Oi.. kau masih di bumi?" Tangan Jihan lambai-lambai depan muka ku.

" Eh.. kau ni. Just terkejut! kawan kesayangan aku ni akan jadi milik orang.." Ucapku sambil buat-buat ketawa.

" Oh really? kawan kesayangan?" Dia angkat kening. Senyum bangga.

" Kau sa....yang aku?" Tanyanya lagi masih senyum-senyum. Dia tenung mataku. Aku jadi gelabah.

"yup! sayang betul! sebab kau selalu ada duit kalau aku kehabisan duit.. yang sanggup pasang telinga dengar aku mengadu pasal bos aku sampai pukul jam 3 pagi.. mana lagi aku nak dapat kawan sebaik kau!" balasku cuba berseloroh. Buat-buat ketawa.

" Aik.. bunyinya aku macam bank bergerak saja... lain macam istilah sayang kau tu Airis" Jihan buat muka cemberut. Aku tergelak. 

" Well.. I'm happy for you Jihan.." ujarku dengan nada seiklas mungkin. Tapi aku tipu. Ngilu rasa hati hanya tuhan yang tahu.

" well its a good thing! Kau tahu kan aku ni jenis yang tak pandai mengorat.."

 Aku angguk setuju. Aku kenal Jihan. Dia tak pernah cuba-cuba mengorat mana-mana perempuan. Kami rapat sejak dari sekolah rendah lagi. Di mana ada aku selalu ada Jihan dan juga beberapa kawan lain. Tapi aku paling rapat dengan Jihan. Habis sekolah kami sambung belajar di kolej yang sama. 

.. Dan melihat Jihan bersiul-siul gembira, aku rasa macam celaka. Kenapa dengan aku ni?

"Macam mana kau tahu kau akan serasi dengan gadis pilihan mak kau tu Jihan? macam mana kau yakin yang dialah kau punya true love?" Tanya ku macam tak puas hati. Aku tenung dia dalam-dalam.

" Aku tak tahu.. tapi ada bak kata orang.. love is like a gambling.. haha bukan macam tu?" Dia mula pandai berfalsafah. Aku mencebik. Cinta itu macam judi? ceh...

" Serius la! ini soal masa depan kau.. there is no turn back lepas kau sudah kawin dengan dia nanti"Jelasku lagi.

Jihan ketawa.

" I don't know!  but its okay.. I have a feeling.. she is my true love.." Jawab Jihan dengan yakin. Aku terdiam. Aku memang tak ada tempat dalam hatinya. Jihan sudah bulatkan tekadnya untuk terima pilihan keluarganya. dup.. dup.. dup.. debaran menyakitkan makin mengigit jantungku.

" Hope so.." ujarku perlahan. Cuba menekan rasa sakit itu dalam-dalam.

" Kenapa? Kau jeles ?" Tanya Jihan tiba-tiba sambil meneliti muka ku. Aku jadi panik.

" eh..  jeles apa! mau jeles apa.. Aku kawan baik kau.. Aku tidak mau kau menyesal sebab cepat buat keputusan.." Tipu lagi. Aku berharap dia tolak pilihan ibunya supaya aku ada peluang. Baru saja Jihan ingin membuka mulut tiba-tiba Nina dan Susan datang.

" Faris dan Linda belum sampai?" Tanya Nina. Aku dan Jihan mengeleng serentak. Aku lega Nina sampai. Jadi rasa panik sebab dituduh cemburu oleh Jihan serta merta hilang. Tidak lama kemudian Faris dan Linda pun sampai. Kami pun berbincang tentang rancangan kami hendak ke Kundasang hujung minggu depan.

habis perbincangan kami bersurai.

"korang balik lah dulu.. aku mahu lepak kejap.." kata ku sambil angkat buku di tanganku pada mereka, tanda aku mahu lepak baca buku di cafe itu.

" oh.. okay. see you next weekend Airis"

kesemua mereka angkat kaki. Aku menghela nafas berat. Sebenarnya aku susah untuk fokus masa kami bincang pasal kundasang tadi. Dalam kepala ku asyik tergiang-giang hal Jihan akan bertunang. Aku tekan dadaku sambil tutup mata. Bayang senyuman Jihan. Tiba-tiba rasa sebak. Perlahan aku tanya diri sendiri. Aku suka Jihan? aku geleng kepala cuba buang fikiran itu. Tapi makin aku cuba nafikan, aku rasa dadaku makin berat.

*****