webnovel

Takdir Terindah

Faeeq Danial merupakan seorang yang bersikap pembersih. Dia tidak akan bertolak ansur dengan habuk atau kekotoran.Kerjayanya sebagai C.O Pilot membuatkannya lebih teliti .Maira Melissa juga gadis yang sejenis tidak pandai membuat kerja rumah dan serabut .Dia juga gadis yang sejenis tidak suka akan lelaki yang poyo sepertinya . Jerman menjadi destinasi antara pertemuannya dengan si editor yang cemerkap seperti Maira Melissa. Rupa - rupanya dia bercinta dengan gadis yang tua 2 tahun darinya. Mampukah hubungan mereka untuk menjadi suami isteri akan kekal bahagia ? Mampukah Faeeq Danial menawan hati gadis itu ?

daisystarlight · Teen
Not enough ratings
3 Chs

Bab 2 : Bercuti

11 November 2017

Buat apalah kau berdebar sangat ? ni bukan pertama kali pun kau naik kapal terbang . Aku kena confident ! berkerut kerut mukanya melayani hati yang ligat bermonolog . Gadis yang jelita ini kemudiannya melangkah tenang memasuki KLIA . Dia duduk di kerusi hadapan sementara menunggu penerbangannya pada pukul 10.30 pagi. " Cik Maira , sila ikut saya " sapa seorang pramugari . Tanpa berlengah Maira mengangguk lalu mengikuti langkah pramugari itu ke penerbangan

~

Setibanya di Lapangan Terbang Frankfurt , dia segera mendapatkan teksi untuk ke Hotel Isha . Sebuah bilik yang ditempah secara online bagi mengelakkan sebarang masalah tempat penginapan sepanjang tiga hari percutian . Sebaik sahaja Maira menjejakkan kakinya ke bilik tiada lain yang dia ingin lakukan selain dari berehat . Dia meletakkan beg pakaiannya di tepi katil lalu merebahkan tubuhnya di atas katil yang begitu empuk .

Dia mecapai telefon bimbitnya lalu mendail

-Mummy-

"Iya , Ira baru aje sampai ni . Mummy janganlah risau ye . Mummy dan daddy jaga diri ya . Kirim salam kat Abang Haz ye ." ucapnya lembut seraya memutuskan talian . Alahai ! rindunya kat mummy dan daddy baru sekejap dah rindu , maklumlah anak mummy bisik Maira sambil tersenyum . Dia bangun dari katil lalu bersihkan badan . Biar esok sahajalah di menjelajah di bumi Jerman ni.

hi korang ! min minta maaf kalau chapter ni membosankan tapi min berusaha untuk menarik minat korang . terima kasih kerana sudi singgah di buku min . Terima Kasih !!

daisystarlightcreators' thoughts