7 Kisah Penderitaan

⚠️ Before you read this story, please follow my account ⚠️

Sesampainya di rumah agamnya,Steven berjalan memasuki bilik.Setelah itu,Steven meletakkan diari biru yang diambil ke atas meja.Kemudian,dia masuk ke ruangan almari pakaian yang besar.Banyak tuksedo dan baju T yang bergantungan di situ.Tidak lupa juga dengan deretan jam tangan mewah dan susunan kasut yang berada di sebalik kaca almari.Disini dapat dilihat bahawa Steven merupakan seorang lelaki yang kaya dan berkuasa.

Steven melepaskan tuksedo berwarna kecoklatan itu  lalu kelihatan six pack di bahagian abdomennya.Tubuh atletis itu kemudiannya memasuki bilik mandi untuk membersihkan diri.Air yang mengalir di badan itu membuatkan tubuh ideal itu nampak mengghairahkan.

.

.

.

Beberapa minit kemudian,Steven keluar dari bilik mandi dengan menggunakan pijama putih di badannya.Rambutnya yang masih basah menampakkan keseksian dirinya.Kemudian Steven teringat akan diari biru milik gadis idamannya lalu mengambil buku itu untuk dibaca.

Steven membuka diari yang ada di tangannya itu dan ternampak nama sang pemilik diari.

"Selena Rosellea Parker?Ah,nama yang indah sekali..."ujar Steven sambil tersenyum.Hatinya berbunga-bunga setelah mengetahui nama gadis yang dirindui.Steven pun meneruskan tindakannya untuk membaca is kandungan diari itu.Dia membaca isi diari yang pertama.Riak wajah Steven pun berubah dingin.

'Wahai diari,

Untuk pertama kali aku berpindah ke sekolah ini kerana aku memohon untuk ke sekolah ini.Pada mulanya suasana hatiku amat gembira dan bersyukur dapat bersekolah disini.

Apa yang aku bayangkan untuk pertama kali tiba di sekolah ini adalah mendapat rakan yang ramai namun sebaliknya.Aku dibuli oleh salah satu geng,iaitu geng Edora Patrick kerana latar belakang aku yang miskin.

Pada hari itu,aku memasuki tandas perempuan dan tiba-tiba aku disimbah air mop yang kotor di seluruh badanku.Rambut aku basah kuyup kerana ulah Edora.Namun aku tidak berani untuk melaporkan kejadian buli itu kerana ibubapa Edora merupakan antara orang berpengaruh di Bandar ini.Aku hanya diam sahaja.'

Steven merasa sungguh murka apabila membaca isi pertama diari itu.Dia kemudiannya meneruskan untuk membaca isi yang kedua pula.Dia meninju tilamnya sendiri.

'Wahai diari,

Beberapa hari telah berlalu,namun penderitaan aku di sekolah ini masih berterusan.Hari ini aku dibuli lagi oleh si Edora itu.Aku dipaksa untuk menulis kerja rumah Edora sehingga tanganku memerah dan perih.Saat ini juga aku hanya mampu diam.Aku tidak mampu melawan mereka yang sering membuli aku.Untuk menenangkan hati,selalunya aku akan pergi ke bilik muzik kerana tempat itu sunyi dan tiada sebarang gangguan...'

Steven merasa sungguh kecewa apabila mengetahui penderitaan Selena.Steven masih teruskan untuk membaca diari itu.Dia membelek helaian lain diari yang dipegangnya.

'Wahai diari,

Hariku di sekolah hari ini sungguh buruk kerana buku-buku aku dikoyak oleh si Edora sehingga menjadi cebisan kecil.Bukan itu sahaja,aku turut dibuli oleh Gerard Parkinson yang merupakan anak orang kanan  Keluarga Mafia Hilderson.Dia telah meletakkan sampah di atas meja belajar aku....-

"Gerard Parkinson?Orang kanan Keluarga Mafia Hilderson?Jadi...Gerard ini anak Encik Parkinson...!"atmosfera bilik itu mula menurun suhunya.Wajah Steven bertukar masam kerana yang membuli Selna ialah anak orang yang sangat dikenalinya.

'....Mereka menertawakan aku ketika itu.Aku menahan tangis daripada terhambur keluar.

Aku Berharap akan ada malaikat yang yang akan membantu aku harungi penderitaan ini.'

Steven membelek helaian yang seterusnya.Helaian itu bertarikh pada hari ini bermaksud pada pertama kali dia bertemu dengan gadis itu.Dia membaca isi kandungan helaian itu.Dia ingin mengetahui mengapa gadis itu menangis hari ini.

"Wahai diari,

Aku merasa tidak tahan lagi dengan penderitaan ini.

Hari yang sungguh sial.Saat itu aku berada di bilik muzik kegemaranku.Tanpa aku sedari ada orang yang sedang memperhatikanku memainkan piano.Ketika aku menyadari kehadirannya dia mula mendekati aku seperti orang mesum.Dia tetap mendekati walaupun diteriaki beberapa kali.Dia menarik aku dan cuba melakukan benda yang tidak senonoh kepadaku.Aku sempat melarikan diri dari genggaman lelaki itu.Namun nasib aku hari ini tidaklah baik kerana Gerard juga membuliku dengan membuat aku tersadung lalu jatuh ke lantai.Kemudian,dia membuang sampah ke atas ku lalu pergi sambil ketawa gembira.Aku sudah tidak tahan lagi,Tuhanku!'

Setelah Steven membaca isi yang terakhir dia merasa sungguh kasihan kepada Selena.

"Beraninya mereka menyentuh orang tersayang aku...Aku akan membalas mereka satu persatu...!Huh,tunggu dan lihat!Aku akan membuat korang semua bersujud di kaki wanitaku!"ujar Steven dengan marah.

"Selena kau akan menjadi wanitaku dan aku akan menjadi malaikat untuk membalas semua perbuatan mereka terhadapmu..."ujar Steven lagi.Aura dingin di wajahnya tampak mengerikan bagai Dewa Kematian  yang ingin mengambil nyawa.

.

.

.

Psst, votes and comments are free ✿ ♡

avataravatar
Next chapter