webnovel

BAB 2

Kiran yang sejak tadi terlena sudah terjaga. Terpisat-pisat matanya dibuka. Kemudian lelaki itu bangun dan duduk bersila. Memerhati dua rakannya yang khusyuk memandang ke arah satu tempat.

"Oi! Engkorang pandang apa di situ? Khusyuk benar nampaknya. Intai perempuan ya?" Soal Kiran. Suaranya sedikit kuat.

"Ssshhhhhhh..perlahan sikit. bukanlah.. Takkanlah dalam hutan begini ada perempuan. Kalau ada perempuan... " Belum sempat Shahril menghabiskan kata-katanya, Fadil sudah memintas.

"Kalau ada perempuan, bermakna? Pontianak.. jika tidak Pontianak, mungkin langsuir" ujar Fadil sambil tertawa.

"Usah kata begitu di tempat begini. Kau lupa kita semua ada di mana? Jangan sesekali berkata yang tidak-tidak. Nanti binasa. Siapa juga yang susah nantinya?" Ujar Shahril memberi peringatan kepada Fadil dan juga Kiran.

"Bertenanglah Shahril. Aku cuma bercanda dengan Kiran. Mana tahu selepas ini aku tidak dapat berbuat begitu lagi. Nanti kalau aku sudah tidak ada. Pasti kamu akan merindui aku"

Shahril dan Kiran saling berpandangan. Mereka berfikir mengapa Fadil berkata begitu. Dia sakitkah. Kalau sakit, mengapa nampak sihat-sihat sahaja dia.

"Ah! Mengapa aku berfikiran buruk. Nama juga bergurau senda." Bisik hati kecil Shahril sekadar untuk menyedapkan hatinya sendiri.

"Malam ini, kita mahu makan apa Shah?" Soal Fadil, air masak yang berada di dalam botol di tonggak terus masuk ke dalam mulut.

"Aku ada bawa sardin dengan beras sikit. Bolehlah untuk alas perut." Jawab Shahril sambil mencampakkan satu tin sardin kepada Kiran.

Shahril mengambil tugas mentanak nasi. Kiran di berikan tugas memasak sardin. Fadil pula di beri tugas mencuci pinggan dan mangkuk selepas digunakan. Petang sudah menjelang. Hanya tunggu masa untuk melabuhkan tirai malam. Pelita sudah bersedia untuk dinyalakan begitu juga dengan unggun api. Belerang sudah ditabur awal-awal agar mereka tidak lupa. Di dalam hutan, pelbagai haiwan ganas ada di situ. Bila-bila masa mereka akan di jadikan mangsa jika mereka sedikit terleka.

"Semua sudah siap?" Tanya Shahril. senapang sudah berada di genggaman.

"Sudah..Mari" kata Fadil berjalan mendahului Shahril dan Kiran sebagai ketua.

"Berhati-hati Fadil. Semak samun ini cukup tebal. Kita tidak pasti apa yang ada di bawah sana" pesan Shahril.

"Usah bimbang, Shah" pendek sahaja jawapan lelaki itu.

Setelah satu jam berlalu. Suasana hutan semakin sunyi dan sepi. Keadaan semakin gelap dan mereka bertiga berhati-hati melangkah melalui denai-denai kecil.

"Kita pasang jaring dulu. Senang nak tangkap ayam tu nanti." arah Shahril.

Setengah jam kemudian, keadaan hutan semakin bertambah gelap. Sedangkan seekor ayam pun mereka tidak berhasil perolehi. Shahril sudah putus asa. Semua peralatan segera di kemas.

"Shah! Aku nak buang hajat dululah. Kau tunggu aku sebentar ya" kata Fadil meminta izin lalu dia terus menghilang dicelah-celah pokok yang merimbun.

Shahril hanya mampu memandang Fadil sehingga rakannya itu hilang dari pandangan.

"Shah"

Shahril menoleh ke belakang setelah dia merasa ada seseorang yang mencuit bahunya.

"Fadil ke mana?" Soal Kiran setelah melihat Fadil yang berlari anak masuk ke dalam semak.

"Buang hajat katanya" balas Shahril pendek.

Mereka menunggu sehingga Fadil muncul, tetapi lelaki itu masih tidak muncul lagi. Hati kedua temannya merasa gusar.

"Krraaakkkkk..kreeekkkk.. praakkkk"

Shahril dan Kiran kaget. Ada bunyi patah di dalam semak sana. Di mana tempat Fadil berada. Dengan keadaan yang sudah malam, sukar untuk mereka memastikan apa yang ada di hadapan.

"Fadil!" Jerit Kiran sekuat hati. Namun tiada balasan dari lelaki itu. Mereka sudah merasa gusar dan bimbang. Takut jika berlaku apa-apa kepadanya.

***

Fadil berlari pantas menuju ke arah satu rimbunan pohon untuk melunaskan hajat. Selesai sahaja urusannya, Fadil segera beredar. Namun, langkahnya terhenti apabila dia terdengar ada suara orang memanggil namanya dari arah rimbunan pohon tersebut. Suara itu seakan-akan menyerupai suara Shahril dan seorang lagi rakannya.

Fadil berdiri tegak di situ untuk mendengar dengan lebih teliti.

"Shah? Kiran? Kau ke tu? Jangan main-main"

Namun panggilannya tidak bersahut.

"Sssssss...sssssss.."

Fadil tergamam. Bebola matanya tepat memandang ke arah pokok-pokok dan semak samun yang bergerak. Fadil menyuluh kerana mahu memastikan sesuatu. Deria pendengarannya juga dapat menangkap bunyi desiran yang agak kuat. Jantungnya berdegup kencang menanti apakah sesuatu yang bersembunyi di sebalik celahan semak samun yang meninggi.

Fadil mengundur ke belakang. Mencari jalan untuk melarikan diri sepantas mungkin. Dadanya kian berdebar kuat dan keringat kasar mengalir deras membasahi wajah dan juga tubuhnya.

"Uuu..itu uuuu...uuullaaarrr" terketar-ketar suara Fadil apabila lidahnya menyebut sebaris perkataan itu.

Perlahan-lahan seekor ular berwarna hijau muda, bersisik hitam dan bermata putih bersinar keluar dari persembunyiannya. Lidahnya yang berwarna merah dan bercabang terjulur panjang di hadapan Fadil. Lelaki itu langsung kaku tidak bergerak. Tenggorokkannya menjadi kering dan lidahnya keras untuk bersuara.

"Sekian lama aku tidak melihat ada manusia di sini...sssssss... Apa yang kamu lakukan di kawasan jajahan ku, hah?"

Sekali lagi, Fadil merasa terkejut. Ular yang berada di hadapannya bukanlah ular sembarangan tetapi ular jadi-jadian. Besar ular ini adalah sebesar pokok bersaiz 3 pemeluk. Tingginya setinggi pohon kelapa. Cukup besar dan gagah.

"Apa yang ada di dalam jajahanku, ianya adalah milik aku. Tidak akan ada sesiapa yang berani menyentuhnya."

Fadil menelan air liur.

Fadil cuba untuk melarikan diri, namun tanpa sempat berbuat begitu..ngaaapppp!

Sekelip mata separuh tubuhnya berada di dalam mulut ular besar itu. Tubuh Fadil kemudiannya di lambung ke atas dan seterusnya menghilang di telan oleh sang ular.

Kiran dan Shahril yang bersembunyi di sebalik semak, terbuntang matanya. Masing-masing terkejut dan dalam masa yang sama rasa teruja.

"Inilah makhluk yang orang-orang tua kampung kita ceritakan. Aku tak sangka rupanya dia benar-benar wujud Kiran" ujar Shahril. Matanya masih lagi terpaku memandang makhluk besar itu.

"Kita perlu pulang, Shah. Jangan kita pula yang menjadi mangsanya. Ayuh lekas!"

"Tapi ayam hutan kita tak dapat lagi. Kesian dengan si Wati. Dia mahukan sangat ayam itu" dahi Kiran berkerut seribu. Di masa-masa begini lelaki itu masih nemikirkan tentang ayam dari keselamatan dirinya.

"Kita cari ke tempat lain sahaja. Usah di sini. Kau mahu matikah? Tak kasihan sama bini kau dan Anak kau yang bakal lahir? Kau lebih pentingkan ayam dari nyawa mu? Ah kau ni Shah, sinting akal mu itu." Kata Kiran panjang lebar, marah dan geram dengan sikap goblok temannya itu.

"Yalah.. Mari kita pulang lekas." Jawab Shahril. Dia akhirnya mengalah dengan Kiran. Benar apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Ayam hutan bila-bila masa boleh di cari. Tapi nyawa tidak boleh.

Baru sahaja mereka ingin bergerak.. terdengar bunyi desiran kuat berhampiran mereka. Dengan pantas Shahril dan Kiran menyembunyikan diri di sebalik pokok-pokok yang tumbuh rapat di situ.

Bersambung