webnovel

Saya Betul-betul Tak Nak ke Penjara

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Tangning tidak mendedahkan mereka. Dia hanya tersenyum. Jika An Zihao boleh menyembunyikan perasaannya sekalipun, Chen Xingyan tidak boleh.

"Sekarang bayi ini dah lahir, kamu akan kembali berlakon?" An Zihao sudah mula memikirkan masa depan Tangning lebih awal. "Lakonan kamu sangat bagus. Kamu tak boleh bazirkannya begitu saja. Kru 'Gundik Ning' sedang menunggu kamu."

Renungan Tangning bertukar lembut ketika dia melihat Chen Xingyan mendukung salah seorang bayi itu. "Mari cakap pasal itu nanti. Budak bertuah dua orang ini tak boleh pergi dari sisi saya buat masa sekarang."

"Kamu tak rancang nak umumkan kepada orang ramai lagi?"

"Saya perlu biarkan tajuk utama itu untuk Song Xin dulu."

Renungan An Zihao bertukar dalam ketika dia memandang Tangning. Dia asalnya menyangkakan, selepas semua muslihat yang dilalui Tangning dalam industri hiburan, wanita itu sudah tidak terkesan. Tetapi, realitinya, dia keinginannya untuk berlakon masih membara.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com