webnovel

Bab 5

Di tiang itu,

Fahmi mengambil nafasnya setelah meluncur ke tiang tersebut.

"B*** betul lah kau ni!" jerit Fahmi sambil menuding jari kepada Muaz.

"Good, sekarang pergilah tengok apa masalahnya!" balas Muaz.

Fahmi mendengus, tetapi meneruskan apa tujuannya ke situ. Dia mengeluarkan pemutar skru dan membuka satu bahagian.

"Aik, mana motornya?" fikir Fahmi.

Tiba-tiba, kereta kabel mereka bergerak ke arah tiang tersebut. Mereka semua tidak menjangkakan perkara tersebut. Fahmi menyimpan pemutar skru dan bersedia untuk kembali ke kereta kabel. Kereta kabel mereka menghampiri Fahmi, dan dia bersedia untuk melompat masuk.

Kereta kabel melintasi tiang tersebut, dan Fahmi melompat ke kereta kabel sambil membaling kotak peralatan ke dalam kereta kabel. Fahmi sempat berpaut di tepi bukaan yang dibuat Muaz, dan masuk ke dalam kereta kabel.

"Ko jangan buat macam tu lagi kat aku!"kata Fahmi kepada Muaz.

"Ye lah. Cepat kau buat kerja" kata Muaz.

"Aku tak buat apa-apa pun" kata Fahmi.

"Hm, abis tu, asal kereta kabel ni bergerak?" kata Nadia.

"Rasanya sebab yang sama bila kita tiba di stesen. Jap, aku nak tengok balik peta tu." kata Kamal sambil mengeluarkan peta laluan kereta kabel.

Setelah seminit membelek peta laluan,

"Ok, Tadi tu adalah stesen yang ni" kata Kamal sambil menujukan jarinya kepada satu simbol stesen di peta itu.

"Jadi, sebenarnya takde function aku gi meluncur ke tiang tu ke?!" kata Fahmi.

"Kenapa kita stop dalam lebih kurang, 11 jam?" kata Nadia.

Mereka semua terdiam dan berfikir puncanya. "Hah! Waktu operasi!" kata Muaz dan Fahmi serentak.

"Oh, ye lah. Jadi, maknanya, perjalanan kita selama 6 hari, 18 jam, 52 minit dan 1 saat ni kena dikira semula lah ye?" kata Nadia.

"So, kita dah lalui..." kata Kamal.

Kamal melihat semula peta laluan tersebut. "Sekarang, kita ada lebih kurang, 1541 kilometer lagi. So, maknanya, 6 hari 17 jam, 52 minit dan 59 saat ini kena bahagi dengan 13 jam per hari, dapat 12.44 hari, iaitu 12 hari 10 jam 56 minit lah kan?" kata Kamal.

"Makin lamalah kita berumah dalam kereta kabel ni." kata Nadia sambil mengeluh.

"Takpelah Nadia. Bersabarlah. Setahun pun tak terasa seperti setahun." kata Muaz.

"Dan sekarang, kita dah boleh tengok atas waktu malam-malam" kata Fahmi.

"Cam mana kalau tetiba hujan?" kata Sarah.

"Ye tak ye jugak. Aku tak terfikir pun." kata Muaz sambil menggaru kepalanya.

Kamal mengeluh. "Jadi kita kena cari senapang, medkit dan engsel lah" kata Kamal.

"Bertambah lagi kerja kita." kata Nadia.

"Takpe, tiga barang je. Senapang, medkit dan engsel." kata Fahmi.

Kereta kabel mereka bergerak perlahan-lahan menuju ke stesen seterusnya.

12 hari, 7 jam, 43 minit.

Mereka tiba di stesen seterusnya. Kamal melangkah keluar sambil memegang senapang, diikuti dengan Fahmi dan Muaz di belakang.

"Biar aku check bilik ni dulu."kata Kamal sebelum dia perlahan-lahan masuk ke dalam sebuah bilik. Fahmi dan Muaz memerhati dari luar, melihat Kamal memeriksa bilik tersebut.

"Ok, bilik ni safe. Korang boleh pergi cari apa yang korang nak cari." kata Kamal.

Muaz melangkah masuk ke dalam manakala Fahmi mula membuka engsel pintu bilik tersebut.

"Alright, engsel pintu dah dapat!" kata Fahmi.

"Nice" kata Muaz.

Fahmi mula menyertai Muaz mencari peti pertolongan cemas dan senapang di dalam bilik tu.

"Woi, Muaz! Nah" kata Kamal sambil mencampak selaras senapang kepada Muaz.

Muaz menangkap senapang tersebut. "Nice. Tinggal medkit je." kata Muaz.

Kedengaran bunyi aneh datang dari arah luar. Kamal mengitai ke luar untuk melihat sumber bunyi tersebut. Dan kelihatan beberapa ekor raksasa sedang berada di luar bilik mereka berada.

"Muaz, mari sini" panggil Kamal dengan perlahan, kuatir didengari raksasa-raksasa tersebut.

Muaz perlahan-lahan bergerak ke belakang Kamal. "Benda tu ada kat sini eh?" kata Muaz dengan perlahan.

Kamal mula menghalakan senapangnya ke arah raksasa tersebut, bersedia untuk menembaknya. Jarinya berada di picu senapang tersebut. Muaz turut mengikut langkah Kamal, bersedia untuk menembak raksasa-raksasa tersebut. "Tembak di bahagian dada atau kepala" bisik Kamal.

"Kalau aku tembak tepat" balas Muaz.

Fahmi menjumpai peti pertolongan cemas yang dicari, dan perlahan-lahan menghampiri mereka berdua.

"Pssst, korang, jom" kata Fahmi.

"Ok, ko ke belakang sikit" kata Muaz.

Fahmi menuruti arahan dan berundur ke belakang sedikit.

Kamal dan Muaz menembak raksasa-raksasa tersebut serentak, dan menyebabkan dua daripada raksasa tersebut rebah ke tanah.

"Lari!" jerit Muaz sebelum dia berlari keluar dari bilik.

Fahmi dan Kamal turut berlari keluar mengikuti Muaz ke kereta kabel.

Raksasa-raksasa turut mengejar mereka bertiga.

Muaz yang pertama tiba di kereta kabel, dan dia melepaskan beberapa das tembakan kepada raksasa-raksasa tersebut. Kelihatan beberapa ekor raksasa itu rebah ke tanah.

Fahmi juga masuk ke dalam kereta kabel, diikuti dengan Kamal.

Muaz dan Kamal bergilir-gilir menembak raksasa-raksasa tersebut.

"Nadia! Berapa minit lagi?!"kata Muaz, sambil menembak raksasa-raksasa tersebut.

"Lima minit lagi!" kata Nadia.

"Alright kitorang hold raksasa-raksasa ni sekejap! Lepas kita gerak, baru kita check korang punya luka!" kata Muaz.

Lima minit berlalu,

Kereta kabel pun bergerak pergi dari stesen tersebut. Dari jauh, kelihatan raksasa tersebut tidak berpuas hati kerana gagal menangkap mereka.

"Berapa peluru yang tinggal?" kata Muaz kepada Kamal.

Kamal memandang Muaz sambil berkata "3 peluru dalam senapang, dan dua kotak peluru."

"Ok. Nadia, meh aku tengok balik tangan kau" kata Muaz.

Nadia menghulurkan tangannya kepada Muaz.

Muaz perlahan-lahan membuka balutan pada luka di tangan Nadia. Dia mengambil sesuatu dari peti pertolongan cemas dan titiskannya pada luka tersebut. Nadia mengerang sedikit menahan sakit. Muaz mengelap darah-darah beku di luka tersebut.

"Luka ni dalam juga. Nak kena jahit" kata Muaz.

"Jadi, nak buat macam mana?" tanya Nadia.

"Kita jahit je lah" sambungnya.

"Ook" kata Nadia dengan sedikit risau.

Muaz mengeluarkan jarum dan benang khas dari peti pertolongan cemas, dan mula menjahit luka Nadia. Yang lain berasa ngilu melihat Muaz menjahit luka Nadia.

"Alright. Dah settle." kata Muaz.

"Thanks, Muaz" kata Nadia.

Muaz menghulurkan plaster kepada Sarah. "Kau luka sikit je kan?" kata Muaz.

Sarah mengambil plaster tersebut dan mengatakan terima kasih.

12 hari, 6 jam, 3 minit.

Mereka sedang makan makanan yang dijumpai di stesen pertama.

"Nasib ada jugak benda untuk dimakan, kalau tak aku dah makan korang" kata Nadia, bergurau.

Mereka ketawa sedikit, sebelum sambung makan makanan.

"Alright, jom pasang engsel." kata Fahmi.

Dia mengambil papan yang asalnya bumbung kereta kabel tersebut, dan mengukur tempat yang sesuai untuk dia pasang engsel.

"Rasanya better aku pasang kat atas, senang nanti nak bukak." kata Fahmi.

Fahmi mula membuat lubang skru di papan besi tersebut sebelum dia mula memasang engsel. Kemudian, dia naik ke bumbung kereta kabel dan mula membuat lubang skru di bumbung.

Akhirnya, pintu ke bumbung siap dipasang.

TQ CG dan kawan2 yg tolong aku untuk selesaikan masalah matematik yg tetiba muncul dlm jalan cerita ni, I appreciate it!

Spy_030creators' thoughts