webnovel

Spreader Of Joy

Ia dikisahkan dalam sebuah kehidupan yang penuh dugaan yang harus dihadapi oleh seorang gadis semuda Revi Brilliant. Dalam dunia fantasi yang dibawakan oleh penulis untuk memukau hati Dan minda para pembaca. selamat membaca

Nellafantasia5330 · Fantasy
Not enough ratings
16 Chs

chapter 8

Bukankah aku sepatutnya rasa bersyukur kerana tidak perlu datang membersihkan bilik muzik? Inilah kejadiannya apabila anda sudah mula terbiasa melakukan sesuatu tugasan, anda akan merasakan sesuatu yang kurang. Perasaan itu sangat menghantui diri anda dan mengalami ketidakpuasan hati kerana tidak mampu berbuat apa-apa pun. Begitu juga dengan diri ini yang mana terasa kehilangan... merindukan sesuatu yang tidak pasti. Sehingga langkah kakiku membawa aku ke tempat ini, kembali ke sini... wahai hati kenapa engkau membawaku ke sini?

"Saya tak diperlukan di sini..." kataku perlahan lalu membuka langkah untuk meninggalkan tempat ini.

Tempat yang tidak pernah mengundang kedatanganku. Akan tetapi langkahku segera terhenti pada saat telinga terdengar sebuah alunan muzik yang menyentuh halus kalbuku. Ia sebuah lagu yang indah... sama seperti Papa yang mana lagunya mesti begitu indah dalam pendengaranku. Namun, aku segera meninggalkan tempat itu kerana takut kehadiranku akan diketahui. Setiap kali disebabkan kelalaianku sendiri yang bakal mendapat padah. Lebih baik mengelak daripada terjadi apa-apa diluar kawalanku.

Semua orang kelihatan begitu sibuk menjalankan kehidupan dalam kolej ini, hanya aku seorang sahaja yang masih berdiri tanpa arah tujuan. Setiap hari, aku bangun dari tidur membawa kepada persoalan semalam. Persoalan tentang kewujudanku di tempat ini. Apakah yang telah ditakdirkan untukku sebenarnya? Hidup dalam kesunyian... kesedihan dan kelukaan. Aku telah kehilangan begitu banyak masa yang berharga, adakah aku akan berpuas hati pada penghujungnya? Kadangkala aku terfikir untuk melarikan diri dari sini. Mungkin itu adalah yang sebaiknya... huhh.. aku mengeluh dalam diam. Pandangan mata kulemparkan ke luar tingkap. Berada di satu tempat yang sunyi dan menenangkan hati ini. Tidak ada sesiapa yang dapat menggangguku di tempat ini, aku sangat pasti akan itu!

"Brielle..." panggil satu suara.

Tersentak aku ditempat dudukku sendiri. Begitu jauh fikiranku melayang... aku melihat ke arah gerangan yang telah menyeru nama palsuku itu. Prudens sedang berdiri dihadapanku ketika ini. Bagaimana dia boleh mencari aku di tempat ini?

"Boleh kita bercakap kejap?" Soalnya lagi...

Aku hanya menganggukkan kepala seraya berkata, "boleh."

Apa yang pernah dikatakan oleh Hayley Bright itu adalah benar, menjawab gunakan mulut bukan isyarat kepala. Nanti dianggap kurang ajar dengan kakitangan kolej pula.

"Minggu depan awak dah nak cuti semester, awak dah merancang nak habiskan cuti kat mana, ke?"

Aku terdiam sekejap mendengarnya... disebabkan sudah melalui hari-hari yang berat dan panjang, aku tidak dapat merancang tentang apa yang aku kena lakukan. Sememangnya, aku tidak mahir dalam perkara itu... sangat mengecewakan. Menunggu ketibaan Nicky untuk melawatku namun batang hidungnya tidak pernah timbul. Entah bagaimana keadannya sekarang..?

"Saya tak tau nak ke mana sebab Nicky tidak pernah datang melawatku. Saya mau pulang ke tempat asalku."

Iya... itu yang aku nak lakukan sebenarnya, pulang ke tempat aku sendiri. Berjumpa dengan Eric, terasa berbunga dalam hati ini apabila teringatkannya. Seseorang yang sangat kurindu... sahabatku saban waktu.

"Kalau begitu, awak nak tak pergi ke tempat saya?"

Soalan Prudens itu... membuatkan aku buntu. Kepala otakku tidak dapat memikirkan sebarang jawapan yang realistik. Buat apa dia nak bawa aku ke tempatnya pula?

"Tidak! Dia tidak akan pergi ke tempat awak!"

Kali ini aku dan Prudens segera memandang ke arah suara itu. Tidak berkedip mataku ketika ini... sangat! Kerana Hayley Bright yang berkata sedemikian.

"Prudens! Awak berdua buat apa kat sini?"

"Dia adalah milik saya, Hayley! Saya yang telah daftarkan dia masuk ke dalam kolej ini."

Apa yang sedang mereka cakapkan ini? Kenapa satu benda aku tak faham? Bila masa pula aku adalah milik Prudens?

"Jawab saya, Prudens! Kenapa awak boleh datang ke tempat larangan awak ni?"

"Saya mengekori Brielle sampai ke sini."

"Betul ke, Si Lembab?"

Masih dengan gelaran yang sama dia memanggilku... persoalannya itu, aku tidak tahu sama ada Prudens betul-betul mengekoriku sebab aku dah duduk dalam dewan bilik muzik ini selama beberapa waktu tanpa pengetahuan sesiapa. Aku mencuri masuk ke dalam sini juga...

"Saya tak tau, Prof... sebab saya yang lebih awal datang ke sini daripadanya." Jawabku jujur.

Dan ada sedikit getaran pada nada suaraku disebabkan ketakutan dengan Professor Hayley Bright.

"Awak buat apa datang ke sini? Prudens... awak boleh keluar sekarang sebab tempat ini tidak mengalu-alukan kedatangan awak!" Tegas Hayley dengan suara garangnya...

Kenapa mereka kelihatan seperti bermusuhan? Pandangan mata mereka sungguh tajam antara satu sama lain.

"Boleh... tapi Brielle kena ikut dengan saya!" Kata Prudens seakan-akan tidak mahu mengaku kalah.

Tersengih mengejek Hayley mendengarnya... kali ini bebola matanya merenung tajam ke arahku pula. Menelan liur terus aku jadinya...

"Mulai sekarang awak adalah anak murid saya, Si lembab!"

Bernafas... aku tidak dapat rasakan aku tengah bernafas sekarang. Kata-kata Hayley itu tidak dapat kuhadam dengan baik. Adakah aku sedang bermimpi? Katakan kepadaku yang semua ini hanyalah sebuah mimpi sahaja... sepertimana papa pernah hadir dalam mimpiku, aku inginkan ini juga merupakan sebuah mimpi. Berat bebanan dalam kepalaku mempertimbangkan segala-galanya. Ditambah lagi dengan persoalanku selama ini, aku tidak sekuat itu untuk menanggung sakit pada bahagian kepalaku. Lebih menyakitkan daripada Auntie Allyn membelasahku. Kenapa? Ya Tuhan... kenapa semua ini harus terjadi kepada diriku? Penat aku... terasa tiada rehat bagi mindaku. Berfikir untuk berbagai-bagai perkara.

"Si Lembab..."

Hanya itu yang sempat aku dengar sebelum aku terjatuh pengsan. Kata-kata Hayley Bright menyeru namaku, namun duniaku kian gelap. Tanpa sebarang pencahayaan. Aku telah kembali kepada hidupku yang penuh dengan kegelapan... di mana rasa rendah diri yang menyesatkan aku ke dalamnya. Tidak mempunyai semangat untuk meneruskan kehidupan yang berbaur macam ragam aku tempuhi selama ini. Aku melapangkan dada dan bersedia untuk mengakhiri kehidupan ini, sangat aku perlukan kebebasan. Kebebasan yang mendamaikan hati kerana cuma itu yang kudambakan... segenap hidupku.

"Revi...."

Suara itu.... merupakan satu suara yang sangat kurindu selama ini. Ia menghidupkan rasa gembira pada hati ini.

"Papa!" Aku melaung memanggilnya dalam kegirangan.

Aku tercari-cari keberadaannya... akan tetapi masih gagal untuk menemui papa. Perasaanku beransur berubah kepada kesedihan. Hampa hati ini apabila tidak melihat bayangan papa. Adakah ia hanyalah sebuah mimpi yang tidak akan pernah berlaku ke atas diriku? Kejam.... kerana baru sahaja memusnahkan harapan kegembiraanku sebentar tadi.

"Revi Brilliant, anak papa... berdiri atas namamu itu, nak. Jadilah seorang yang kuat bukan lemah seperti ini. Awak layak mendapat lebih daripada ini."

Aku menggelengkan kepala kerana tidak mahu itu semua, apa yang lebih penting adalah berada dekat dengan papa! Hanya itu yang aku inginkan...

"Tak, pa... Revi tak nak! Revi cuma mahukan papa. Bawa Revi pulang ke tempat papa. Revi tak mahu tinggal sendirian.."

"Sayang... sini bukan tempatmu, nak. Lagipun, papa tak boleh bawa Revi bersama. Ingatlah, biar kita tidak berjumpa tapi asalkan Revi simpan dalam hati itu sudah mencukupi. Satu hari nanti akan tiba masanya kita akan berkumpul bersama."

Kali ini... Aku dapat melihat bayangan papa yang sungguh bercahaya dan cahaya itu sangat luar biasa! Tidak memedihkan mata kerana aku boleh melihatnya dengan jelas sekali. Papa membawaku ke dalam pelukannya. Hatiku menjadi begitu tenang... hilang segala kerisauan dan persoalan yang bermaharajalela dalam kepala otakku selama ini. Aku terbuai dalam pelukan papa, memang ini yang kurindukan sejak sekian lama. Diriku seperti diperbaharui buat beberapa waktu.