1 Prolog;

Amyra Husna itulah namanya. Gadis yang pendiam, tidak bersosial dan hanya mengetahui untuk belajar. Sikapnya mulai menjadi pendiam sejak ibunya meninggal dunia semasa dia berumur sembilan tahun. Farhah Mahirah menjadi kawan baiknya sejak di tingkatan dua sehingga sekarang. Walaupun, mereka berkawan baik tetapi Amyra jarang menegur. Farhah sajalah yang selalu menegurnya dan selalu ingin berborak dengannya.

Ammar Haziq seorang lelaki pujaan. Menjadi kegilaan sesetengah wanita. Badan yang tegap, hidung mancung, berkulit sawo matang dan kacukan Melayu Eropah. Dalam diam dia telah terjatuh hati dengan seorang gadis yang selalu dia hina. Disebabkan itu, dia nekad untuk melupakannya dengan cara dia bercinta dengan seorang gadis disebelah kelasnya iaitu Farisya.

Farisya mulai perasan akan sikap Ammar yang acuh tidak acuh terhadap cinta mereka. Oleh itu, Farisya nekad untuk mengetahui sebabnya.

Apakah pengakhirannya?

Siapakah gadis yang Ammar cintai itu?

Dapatkah Farisya mengetahui hal itu?

avataravatar
Next chapter