1 1

( Cafe Green )

"Mia maafkan saya. Saya dah tak cintakan awak lagi. Kita putus?" Kata Syed sambil melihat seorang gadis di depannya.

Perempuan itu hanya menundukkan kepala seperti sedang bersedih.

Syed berasa kecewa kerana Mia tidak pernah mengkhianatinya tapi dia lah yang cintakan orang lain dan tidak menyukai Mia lagi. Kini dia sedang menunggu kekasihnya yang berada luar negara untuk pulang ke Malaysia lima hari lagi.

"Awak ni cek. awak tulislah berapa yang awak nak. saya dah tanda tangan" ucap Syed lagi memberi sekeping kertas.

Mia mengangkat muka dengan wajah mendatar seperti tiada apa-apapun yang berlaku.

"Betul ni saya boleh letak berapa pun nilainya"

"Betul. awak boleh letak berapa pun yang awak nak."

"Kalau saya letak RM50,000.00 bolehkan." Tanya Mia bersahaja melihat reaksi lelaki itu.

"Ehhh.. cek ni hanya boleh sampai RM20,000.00 jer" Terkejut Syed mendengar kata-kata Mia kerana dia tahu Mia bukan seorang kaki kikis ataupun mata duitan.

"Kata tadi boleh letak berapa pun yang saya nak letak."

"Tak. Cek ini hanya boleh sampai RM20,000.00 tak boleh lebih dari itu." Terang Syed dengan hati yang gelisah.

"Kalau macam tu saya ambil cek ni." Mia membuat keputusan untuk mengambil cek tersebut dan menyimpannya di dalam beg tangan kepunyaan.

Syed mengembungkan nafas

"Kalau macam tu mula sekarang kita bukan pasangan kekasih lagi. Kita membuat haluan masing-masing."

"Okeylah Awak Selamat Tinggal semoga kita tidak berjumpa lagi." Mia menarik kerusi meninggalkan Syed di meja makan tanpa melihat lelaki itu lagi.

avataravatar