webnovel

Percutian

Kami transit di Bangkok Airport tepat jam 430 ptg dan sambung menaiki kapal terbang ke Koh Samui Island pada pukul 530 ptg. Kami tiba di Samui Airport tepat jam 620 ptg. Airport yg kecil dan kurang pengunjung membuatkan kami lebih teruja. Memang rata-rata pengunjung yang datang ke sini adalah utk menikmati pantai dan air terjun mereka yg memukau. Terdapat banyak juga aktiviti yg boleh kita sertai di situ.

Kami terus menaiki van pelancongan yg telah pun menunggu ketibaan kami ptg itu. Ketika itu juga azan Maghrib telah pun berkandang dan kami terus di bawa menuju ke hotel yg hampir dengan pantai Chaweng. Antara pantai yg agak terkenal di kalangan pengunjung. Kami menginap di hotel villa yg boleh memuatkan kami dalam 30 termasuk 3orang guru dan 4 senior. Setiap bilik akan ada 1 orang guru atau 1 senior bersama 3 orang student. Aku dan Fiffy di kecualikan. Oleh kerana trip ini telah di sponser oleh nenek aku, jadi nenek aku telah menempah bilik villa utk aku. Bilik aku memang hanya utk 2 orang dan terdapat private pool dalam bilik. Enjoy sakan aku dengan Fiffy hari itu. Tanpa pengawasan dari sesiapa.

Setelah kami mendapat kunci bilik masing-masing, kami di ingatkan tidak keluar dari bilik tanpa pengetahuan guru atau senior yg bertugas. Pada mulanya, aku juga dah lupa yang aku sepatutnya bersama senior aku, abang Haziq. Sebab aku rasa macam dia juga tidak hiraukan aku langsung. Jadi aku just buat hal masing-masing. Tantitif program mereka telah jadualkan. Jadi aku tinggal ikut dan tunggu yg lain. Kakiku terus melangkah ke arah bilik tanpa berkata apa-apa. Mungkin sebab masih dalam keadaan gayat atas kapal tadi dan sebab itu juga aku seperti tak hiraukan yg lain. Ketika aku masuk dalam bilik, benda pertama yg aku cari ada lah katil. Badan di hempas ke katil dan mata terus tertutup tanpa fikir panjang dan perkara lain.

Lena ku di kejutkan oleh Fiffy yang dari mula lagi cuba mengoyang-goyangkan badanku untuk bangun dari tidur.

"oit, dah mati ke apa ni? Kot ye pun kau ni penat. Orang lain pun penat juga tau. Cepat siap. Diorang dah tunggu kita kat lobi ni utk dinner. Nanti kau juga yg lapar." Omel si Fiffy.

Aku bangun dengan malasnya. Belum sempat angkat kaki ke tandas, hanfone aku tiba-tiba plak berbunyi. Dengan malas aku patah balik ke meja utk mencapai hanfone. Tanpa melihat nama yg tertera atas skrin aku terus mengangkatnya dengan malas. Aku sangkakan abang aku atau nenek yg call utk tanya khabar aku. Rupanya aku salah andaian. Aku terdengar suara lelaki yg membalas helo aku tadi. Aku melihat semula ke skrin hanfone. No yg tidak di kenali. Sekali lagi aku bertanya siapa di hujung talian. Rupanya abang Haziq yg call. Dari mana dia dapat no fone aku pun, aku tak tahu. Malunya aku ya Allah. Hanya tuhan je yang tahu bertapa tebalnya muka aku ketika itu. Fiffy memandangku hairan. Aku menjawabnya dengan agak gagap kerana tidak sedia.

"ye abang Haziq. Mana dapat no Liya ni?" aku menyoal.

"Masa kat KLIA tadi kan semua student akan bagi no kat penjaga dia kan? Abang dapat dari kawan-kawan Liya la." Dia membalas lembut. Cair aku mendengarnya.

"ada apa hal abang cari Liya ni?" aku menyambung.

"are u ok, Liya? sebab tadi abang nampak Liya macam tak sihat je. Terus masuk bilik tak minta permission abang pun." Suaranya masih manja. Lunak di gegendang telingaku. Ketika itu, kalau dunia ni boleh terbalik, bukan kata dunia, dengan aku-aku sekali tergolek. Happy giler!

"oh! hehe.. maaf la bang. Liya ok je. Cume biase la. Kalau dah penat, orang belakang pun tak kisah." Aku sambung. Dia hanya tergelak kecil

"ada-ada sahaja adik si Azizul ni. Cepat turun ye tuan puteri. Semua orang sedang menunggu kelaparan." perli abang Haziq lagi. Aku malu-malu dan meminta maaf pada nya kerana buat semua tertunggu. Aku hang up the calls dan terus menuju ke toilet dan dengan kadar segera aku terus menuju ke lobi.

Seawal 6 pagi kami dikejutkan utk memenuhi aktiviti jadual percutian yg telah ditetapkan itu. Pagi itu, selepas selesai solat subuh, kami ke tepi pantai utk program senam pagi dan jog. Kami berlari keliling kawasan pantai Chewang itu hingga nampak matahari terbit. Ketika itu permandangannya memang amat cantik dan menarik hingga aku lupa utk mengambil gambar. Sejurus program senam pagi, kami terus bergegas ke cafe hotel itk sarapan pagi. Yang menariknya, hotel itu menyediakan masakan halal dan agak sedap juga utk masakan thai. Memang tak dapat di nafikan masakan tomyam di sini jauh berbeza dari malaysia. Memang terbaik. Selepas kenyang, kami melepak di bilik hingga Zohor. Selepas zohor, kami mengunjungi beberapa tempat bersejarah seperti Fisherman Village, rainforest extreme flying fox, Samui Culture Centre, Samui Shooting Range, Namuang Waterfall (purple waterfall), Secret Buddha Garden, Lad Koh View Point dan juga terdapat beberapa masjid di sekitar pulau Koh Samui ini. Tetapi yang paling tertarik ialah Masjid tertua di Koh Samui iaitu Masjid Nurul Ihsan. Masjid ini juga terletak di tengah pulau pekan kecil dan bersebelahan juga masjid di raja mereka. Kawasan itu menyediakan makanan halal murah dan sedap utk pengunjung islam. Terdapat beberapa orang mengatakan bahawa orang islam di sini amat menitik beratkan soal agama. Hampir separuh hari kami berada di sekitar pulau. Lawatan kami berakhir selepas selesai makan malam di kawasan masjid itu.

Pagi yang segar dan nyaman bila aku dapat tahu program kami hari itu bermula selepas makan tengahari. Sempat aku berendam dalam private pool yg ada dalam bilik aku itu. Fiffy juga tidak ketinggalan mengikuti aku yg sudah sekian lama tidak keluar bercuti bersama. Kami berborak panjang hingga aku tersedar bunyi panggilan dari hanfone aku di dalam. Aku mengenakan tuala dan cepat-cepat menjawab panggilan itu. Nama abang Haziq di talian. Aku agak terkejut. Namun aku terus menerima panggilan itu.

" Assalamualaikum, maaf Liya ganggu. Abang nak tanya sikit ni. boleh?" Lembut suaranya.

"Walaikumsalam, boleh je. Apa dia bang?"

" ada abang Liya cakap apa-apa tak sejak kebelakangan ni? maksudnya macam ada orang ikut Liya ke atau ketuk pintu bilik Liya ke? " Lain macam betul soalan tu. Pelik juga bunyi nya. Macam aku di ancam bahaya. Aku menidakkan soalan abang Haziq. Dia menarik nafas lega.

" kalau tak ada apa-apa, baguslah. Risau juga abang biarkan Liya tanpa penjaga. Abang Azizul telah amanahkan abang Haziq utk jaga Liya kt sini. Kalau jadi apa-apa, mesti abang Azizul marah abang nanti." Aku terdiam dan lantas berfikir. Sejak bila pula abang aku ambil berat tentang aku. Selama ini dia tak pernah pun nak ambil tahu pun.

" Liya? are u still there?" Aku mula mengelabah. Terkejut oleh fikiran yang sedang melayang.

" Err.. Liya ok je bang. Jangan risau. Hari ini ada aktiviti apa ye?" aku cover malu aku dengan menukar topik.

" Lepas lunch, program kita bebas. Oleh sebab itu abang nak ajak Liya ikut abang jalan-jalan kat Chewang Night Market dengan Centrel Festival malam ni. Oleh sebab hari ini program kita bebas, jadi abang nak spend time dengan Liya sebelum balik KL. Boleh?" badanku melayang bagaikan mahu terbang.

Seronoknya ada orang ajak aku keluar. Inilah pertama kali aku menerima jemputan dari lelaki. Selama ini kalau aku keluar kemana-mana mesti bersama nenek atau abang aku. Memang aku tidak pernah keluar dengan kawan-kawan sekali pun. Aku membalas ye jawapan Abang Haziq dan mengakhiri perbualan itu. Dengan segera, aku mencari pakaian yg paling sesuai utk berjalan malam nanti. Fifiy karget dengan tindak tandukku. Dia faham namun hanya mampu menggelengkan kepala sahaja dengan melijat gelagatku. Senyumanku berpanjangan hinggalah tiba waktu maghrib. Aku mula rasa gugup. Malu utk berjumpa dia nanti. Mampukah aku mengontrol sikap aku nanti? Kalau nanti silap cakap macam mana? aduh tiba-tiba banyak pula soalan yang bermain di kepala.

Ketika didalam kapal terbang, aku dan Fiffy sibuk mencari tempat duduk dan tempat utk menyimpan hand luggage. Datang beberapa org pramuraga dan pramugari ke arah kami yg sedang sibuk dan utk mengelakkan daripada kesesakan disitu, mereka cuba membantu kami. Selepas selesai, kami di beri layanan yg baik walaupun hanya beberapa minit sahaja berada di dalam pesawat itu. Setiap penumpang akan di beri minuman dan makanan secara percuma.

Next chapter