webnovel

Honeymoon

Kami tiba di KLIA pada jam 8 malam. Oleh kerana baru sampai, Haziq bimbang aku masih keletihan. Jadi dia check in hotel berdekatan. Lagipun aku nampak dia sepertinya risaukan keselamatan aku. Kalaulah orang-orang hari tu tahu kami dah balik, mungkin aku tidak ada peluang utk lari lagi. Haziq juga cuba hubungi beberapa orang rakan utk bantu kami. Namun diorang boleh bantu kami esok pagi. Bagi diorang, malam adalah paling bahaya. Kami terpaksa menunggu beberapa bantuan.

Itulah malam pertama aku bersama LELAKI selain dari abang kandung aku. Agak janggal juga tapi dia adalah suami aku yg sah. Berdebar jantung aku. Kalaulah dia minta sesuatu, aku memang tidak bersedia. Banyak yg aku tidak tahu pasal utk menjadi seorang isteri ni. Tambahan pula hubungan perkahwinan kami di rahsiakan. Haziq juga telah memberi amaran kepada cikgu-cikgu supaya mereka simpan rahsia ini. Aku menunggu Haziq atas katil kerana dari tadi dia asyik menonton tv di ruang depan. Apabila aku mengintai Haziq, dia telah pun terlena di hadapan tv yg masih terbuka. Aku mencapai selimut dan menyelubungi dirinya yg kesejukan dan aku terus melangkah meninggalkan dia tidur di sofa dan aku tidur atas katil. Seorang diri. Fuh, lega! Tak perlu aku tanya-tanya. Nampaknya dia faham yg aku belum sedia.

Suara Azan subuh berkumandang di skrin hanfone aku. Aku mencapai hanfone aku dengan malas utk mematikan suara hanfone itu, namun aku harus bergegas bangun utk menyelesaikan solat. Lepas aku mandi dan solat subuh. Aku nampak dia masih lagi belum bangun. Jadi perlahan-lahan tanganku mengoyang bahunya dan dengan suara yg perlahan juga aku mengejut dirinya. Dia bangun dengan mudah dan hampir terkejut melihatku yg sedang bertelekung. Mesti minda dia sedang fikir yg bukan-bukan. Bila nampak jelas, barulah dia perasan itu adalah aku.

"abang, bangun subuh la!" teriak aku. Dia terus bangun terduduk sambil mengonyoh matanya yg pedih.

" Dah pukul berapa sekarang?" dia menyoal. Aku mengeleng

" Dah waktu subuh la. Takkan la Liya saje-saje je nak kejut abang tanpa sebab. Dah la.. cepat bangun! Nanti lewat subuh plak." sambungku. Dia terus bangun menuju ke arah bilik mandi. Manakala aku sambung tengok tv sambil mengemas beberapa pakaianku yg bersepah. Sedang aku mengemas beg, aku terjumpa satu kotak hadiah yg berbalut cantik. Dari Fiffy rupanya. Hadiah perkahwinan aku katanya. Aku membuka pembalut itu. Cantiknya. Sebuah rantai berloket. Kelihatannya seperti moonstone. Memang cantik. Sedang aku membelek-belek hadiah itu, Haziq mendekatiku. Aku terkejut dan menyimpan hadiah itu kembali ke dalam kotak.

"Hadiah dari siapa tu?" Haziq memulakan bicara.

"Hadiah dari Fiffy. Kawan baik Liya." Aku tersenyum. Dia membalas senyuman aku dan kemudian dia pula menghulurkan sebuah kotak kecil padaku.

" Ini hadiah dari abang. Semperna perkahwinan kita." Dia menenung wajahku. pandanganku teralih ke arah hadiah itu. Aku membukanya. Sebentuk cincin emas. Dia mengambil cincin itu, dan menyarungkannya ke jari manis ku. Aku tersenyum.

"Abang minta maaf. Abang tahu perkahwinan kita tidak sesempurna orang lain. Tapi abang buat ni semua bersebab. Abang nak jaga Liya supaya Liya selamat." Dia memulakan perbicaraan. Banyak persoalan yg aku nak sangat tanya padanya. Tapi belum sempat aku tanya. Dia sudah pun meletakkan syarat.

" Abang minta maaf Liya. Jangan tanya kenapa. sebab abang dah janji dengan seseorang supaya perkara ini di rahsiakan. Tapi abang janji sampai satu saat nanti abang akan bagitahu Liya. Abang juga harap sekurang-kurangnya bagilah abang peluang dan kepercayaan utk jaga Liya. Aku janji abang takkan sia-sia Liya." dia menenungku. sekali lagi aku jatuh pandanganku kebawah.

"Liya cuma nak tahu, apa status perkahwinan kita ni?"

" Perkahwinan ini abang harap ianya menjadi rahsia di antara kita. Kalau abang Azizul dan abang Hazim, Abang sulung Haziq dapat tahu, masak kita Liya." Lagi aku pelik dan hairan. Apa kena mengena semua ni dengan abang dia plak. Macam ada sesuatu yag aku perlu tahu. Kalau aku tidak dapat tahu dari Haziq, aku sendiri akan tanya abang Azizul.

" Abang tahu banyak soalan Liya nak tanya abang. Tapi abang janji suatu hari nanti abang akan bagitahu juga dekat Liya." Aku mengangguk tanda setuju dengan syarat yg di berikan. Mungkin sebab aku masih muda, dia tidak mahu mengongkong aku. Jauh lagi perjalanan hidup aku. Aku berfikiran positif sahaja.

" Liya takkan minta apa-apa pun dari abang. Liya pun harap lepas ni kita akan jalani hidup kita macam biasa. Liya harap abang boleh terima dan faham. Liya ni masih muda. Banyak benda lagi Liya nak capai dalam hidup ni." Dia mengangguk tanda setuju.

" Abang pun harap benda yg sama dari Liya. Cuma abang takkan abaikan tanggungjawab abang pada Liya. Walaupun kita tidakkan berjumpa dan bersama lagi tapi abanh akan sentiasa masukkan duit ke dalam akaun Liya. Utk nafkah Liya. Abang harap Liya tak tolak pemintaan abang ni. Liya belanja la guna duit itu utk apa-apa pun. Abang tak kisah. Kalau Liya nak guna duit utk sambung belajar pun, abang akan sediakan. Liya jangan risau. Abang tak akan lupa akan tanggungjawab abang pada Liya." pesan Haziq panjang lebar. Aku terkedu dan terdiam. Semua yang ingin aku sampai dan tak terfikir pun dah pun terkeluar dari mulat dia sendiri. Jadi aku ia kan sahaja dan akur dgn syarat yg dia dah sediakan. Lain aku tidak kisah sebenarnya, asalkan aku bebas. Bebas utk menikmati hari remaja ku dan kehidupan biasaku. Itu pun dah cukup buatku.

Waktu check out, aku tunggu Haziq di lobi. Sementara menunggu aku menghubungi nenek utk memberitahu yg aku sudah pun selamat sampai di tanah air. Dia agak kelam kabut kerana dia masih belum gerak dari rumah. Aku pun telah lewat memberitahu tentang kepulangan aku. Aku juga tertawa dengan sikap pelupa ku. Nasib baik tak kantoi.

"kenapa Liya baru bagitahu? Kan nenek dah pesan, kalau dari Airport sana bagitahu terus. Boleh la nenek standby awal-awal." omel nenek padaku.

" Tak pe la nenek. Salah Liya sebab lupa nak call nenek dari sana tadi. Tak pe la nenek. Liya balik naik Grabcar je ok? Apa-apa hal Liya call nenek." tambah aku.

" Emm.. Oklah. Hati-hati. Kalau ada pape hal, call nenek terus ye? Abang Zizul kau tak de. Merayap ke mana tah. Nenek call dari tadi, dia tak berjawab plak. Nanti dah sampai, call nenek tau!" pesan nenek padaku berulang kali. Aku hanya tersenyum dan hanya menjawab 'baiklah, nek' dan 'yelah, nek' berulang kali. Tidak mahu dia bertambah risau. Sejurus talian di matikan, aku pula yg resah. Mana nak dapat grab sekitar sini? Takut juga la nk balik naik grab sebab kawasan rumah dari airport pun agak jauh. Aku termenung sambil berfikir panjang di lobi yg lengang itu. Tiba-tiba dikejutkan oleh Haziq yg datang dengan beberapa orang lelaki yg mengekori Haziq dari belakang. Bila di tanya, katanya kawan. Aku mengangguk dan menceritakan tentang balik naik grab tadi padanya.

" Tak pe la. Biar abang hantar Liya balik. Bukannya abang tak tahu rumah Liya kat mana. Jom!" pelawa Haziq.

" Kejap! Nak balik naik apa? Abang pun baru balik kan? Mana ada kenderaan?" Soalku. Dia plak yang tergelak melihatku bertanya soalan sebegitu padanya.

" Balik naik kereta la, sayang. Ni ha budak-budak.. eh bukan, kawan-kawan abang dah bawa kereta abang ke sini. Kebetulan diorg nak pinjam kereta hari tu. Suruh diorg jagakan sekali. Meh la balik. Nanti nenek risau plak." pelawanya sekali lagi. Aku akur dan terus mengikutinya hingga ke kereta miliknya. Pada mulanya aku sangkakan kereta biasa-biasa je. Rupanya BMW 3 series. Walaupun aku tak tahu banyak pasal kereta. Yang pasti ini kereta mewah. Bukan calang-calang orang abang Haziq ni rupanya. Sebenarnya aku juga tidak pernah kenal dan tahu pasal keluarga dia. Cuma yg aku tahu, dia anak yatim piatu dan dibesarkan oleh abang kandungn satu-satunya, abang Hazim Syarif. Setakat itu sahaja yg aku tahu. Itu pun aku dapat tahu dari desas desus budak kelas aku juga. Mulut membawang lah katakan. Suatu hari nanti aku akan kenal juga siapa Haziq yg sebenarnya.

Next chapter