webnovel

Sayang, Cinta atau Benci?

Qasdina Nur Aisyah. Nama seindah wajahnya. Namun sayang, peribadinya tidak kelihatan sopan seperti namanya. Dia seorang yang panas baran dan amat susah dijangka. Dia menghargai setiap insan yang hadir dalam hidupnya. Dia amat membenci insan yang pergi dari hidupnya dengan alasan yang tidak kukuh. Konflik dalam keluarga dan juga pengalaman hidup menjadikan dia tidak percaya tentang wujudnya cinta dan kasih sayang. Baginya, cinta dan kasih sayang hanyalah fantasi yang mengaburi mata insan agar harapan sentiasa ada. Dia membenci perkataan cinta dan kasih sayang namun tidak pula dia membenci insan yang menyebarkan cinta dan kasih sayang. Datangnya seorang jejaka bernama Fariz mengulang semula rasa yang pernah wujud di hatinya. Sungguh dia tidak suka akan perasaan itu namun dia juga tidak mampu untuk menidakkan rasa itu. Namun, dia tidak mahu tergesa-gesa. Pelbagai maklumat mengenai diri Fariz digali daripada Aini, rakan baiknya yang merupakan bekas kekasih Fariz. Apabila rasa kian menggunung hingga tidak mampu dibendung lagi, dia pun meluahkan rasa hatinya kepada Fariz. Tidak disangkanya, Fariz menerima dirinya. Pengalaman hidupnya di waktu dulu menjadikan dia seorang yang kuat cemburu dan secara tidak sedar, dia telah melukai hati Fariz. Fariz mula mengabaikannya. Dia berasa sedih dan terluka namun dalam masa yang sama, dia juga sedar bahawa dia sendiri penyebab kepada jurang perhubungan antara mereka berdua. Dia merasakan yang dirinya tidak layak untuk menjadi peneman Fariz. Akhirnya dia sendiri memutuskan hubungan yang baru terjalin selama 2 bulan itu. Fariz menerimanya dengan hati yang terbuka. 2 minggu selepas itu, Aisyah dikejutkan dengan berita bahawa Fariz menyukai rakan baiknya sendiri, Syakira. Sungguh. Hatinya sakit dan terluka. Namun mengenangkan bahawa Fariz bukan lagi miliknya, dia hanya memendam rasa. 2 bulan berlalu tanpa Aisyah dan Fariz bercakap antara satu sama lain. Mereka bagaikan orang asing. Syakira yang tidak pernah mengetahui tentang hubungan masa silam antara Aisyah dan Fariz berasa teruja apabila mengetahui yang Fariz mahu menjadi kekasihnya. Terus sahaja dia menerima. Berita itu disampaikan pada Aisyah, Aini dan Wina. Wina yang juga tidak mengetahui apa-apa memberi galakan kepada Syakira namun tidak Aisyah dan Aini. Aini mengerti akan perasaan Aisyah dikala ini namun dia tidak mampu berbuat apa-apa. 3 tahun berlalu. Pelbagai perkara telah berlaku. Akhirnya mereka semua berjaya menamatkan pelajaran. Fariz bertekad untuk pergi melancong ke serata dunia. Syakira, Aini dan Wina mula mencari kerja melalui kelulusan masing-masing. Namun tidak Aisyah. Dia menyambung pelajaran ke luar negara dengan tawaran biasiswa. Dia gembira apabila mendapat peluang itu kerana dia dapat lari dari kehidupannya sekarang. Selama 5 tahun berada di sana, pelbagai perkara yang tidak diduga berlaku. Aisyah berasa tertekan namun gembira. Dia meneruskan hidupnya seperti biasa namun, rahsia Allah siapalah yang tahu.. BACALAH KISAH INI UNTUK MENGETAHUI KISAH SELANJUTNYA

Rembo_Kental · Fantasy
Not enough ratings
1 Chs

BAB 1

Bunyi decipan burung-burung kedengaran sangat indah di pendengarannya. Angin pagi yang segar dan mendamaikan menyapa lembut rambutnya yang dibiarkan terurai. Biarlah ia begitu. Selagi matahari masih ada, selagi nyawa dikandung badan, dia mahu menikmati segalanya sepuas-puasnya.

"Ecah, kau tak nak pergi kolej ke? Berangan kat tingkap tu sorang sorang kenapa?" sapa Aini yang hairan melihat tingkah sahabatnya itu. Ecah tersenyum mendengar sapaan Aini.

"Aku nak pergilah nanti. Sekarang baru pukul 7.30 pagi. Kelas aku lagi 2 jam. Kau tu pula, tak pergi kolej ke?" tanya Ecah pula.

"Hari ni, aku tak ada kelas pagi. Kelas aku petang je," jelas Aini. Ecah hanya mengangguk. Malas rasanya mahu menanyakan apa-apa soalan.

"Aku dah siapkan sarapan. Kalau kau rasa nak makan, turunlah. Syakira dan Wina rasanya tidur lagi tu," pelawa Aini. Ecah mengangguk. Aini beredar. Rasanya Ecah tidak mahu diganggu.

Setengah jam lamanya Ecah berada di tingkap. Kemudian, dia mencapai tuala yang digantungnya dan masuk ke bilik mandi. Pakaiannya hari ini ringkas sahaja. T-shirt tebal tapi selesa berwarna merah, seluar berwarna putih dan tudung shawl berwarna merah lembut yang dililit ringkas.

Sejurus sahaja kakinya menapak di dapur, dia melihat Syakira, Aini dan Wina sudahpun berada di meja makan. Dia mengambil tempat disebelah Aini yang kosong.

"Ingatkan tak nak makan tadi. Aku baru terfikir nak ambil kau punya makanan tadi," kata Syakira. Ecah menjeling Syakira dengan jelingan mautnya yang pasti mengerunkan sesiapa yang melihat. Syakira tertunduk seketika. Walaupun sudah bersahabat dengan Ecah sejak di sekolah menengah, dia masih lagi gentar akan jelingan maut Ecah.

"Ecah, kita nak makan ni. Simpan dulu jelingan kau tu. Nanti la ye jeling orang. Nanti ada pula yang tarik muka," kata Aini. Takut pula mood Ecah hilang pagi-pagi ni. Yang susahnya mereka. Habis semua orang diamuknya nanti.

"Ala.. Aku gurau je. Tak payahlah ambil serius sangat pasal apa aku cakap tadi ye?" pujuk Syakira.

"Yela," balas Ecah ringkas. Dikunyahnya sandwich buatan Aini. 'Hmm.. Sedap juga,' desis hatinya.

"Ada lebih tak sandwich ni?" tanya Ecah. "Ada. Kau nak ke?" tanya Aini. Ecah mengangguk. "Pack dalam bekas. Aku nak bawa," kata Ecah. Aini bergegas menuju ke almari yang menyimpan bekas makanan.

Diletaknya 4 potong sandwich di dalam bekas makanan yang berwarna kuning. "Nah," ujar Aini sambil menghulurkan bekas tersebut. Ecah mengambil bekas tersebut dengan senang hati. "Thanks," katanya.

"Ecah. Jom kita pergi sama-sama. Kelas aku pun pukul 9.30," ujar Wina yang diam sedari tadi. Ecah mengangguk. "Okey."

"Berapa pakcik?" tanya Ecah sejurus sahaja dia keluar dari teksi. "10 ringgit nak," kata pakcik tua yang mungkin berada dalam lingkungan 50-an. "Terima kasih tolong bayar," kata Wina sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Banyak cantik kau. Tak ada. Kau kena bayar jugak RM 5. Kau pun naik sekali kan tadi?" kata Ecah sedikit keras. Wina menarik muka masam. 'Heshh... Aku ingat naik sekali dengan dia boleh la tumpang duit dia. Tapi ni tak. Kena bayar jugak. Tahi hidung masin betul,' omel hati kecil Wina.

"Apa yang kau menungkan tu? Mengumpat aku la tu," kata Ecah. Wina tersentak. 'Aisey.. Macam mana boleh kena pula tekaan dia ni?' tanya Wina di dalam hati.

"Dah dah la tu mengumpat orang. Pergi masuk kelas kau. Tinggal lagi 10 minit kelas nak mula," kata Ecah lalu mula mengorak langkah menuju ke dewan kuliahnya yang mengambil masa tujuh minit untuk dia sampai ke sana.

Masuk sahaja di dewan kuliah, dia terus sahaja mengambil tempat dihadapan sekali. Tempat dimana tiada seorang pun mahu duduk di situ melainkan dirinya. Dia segera mengambil buku novel yang baru dipinjamnya semalam lalu memulakan pembacaan.

Apabila pensyarah masuk, Ecah segera menutup novel tersebut.

"Assalamualaikum semua," ujar pensyarah kecil molek bernama Dr. Nur Afifah itu. Bagaikan sudah dirancang, seluruh dewan menjawab dengan nada suara yang bersemangat. Dr. Nur Afifah kelihatan berpuas hati.

"Bagus. Saya suka semangat kamu semua. Baiklah. Hari ini saya nak perkenalkan kamu dengan seorang pelajar baru disini. Dia sepatutnya mula belajar disini pada 3 bulan lepas. Namun, atas sebab kerana kesihatannya yang kurang memberangsangkan, dia terpaksa masuk kesini 3 bulan lewat dari kamu semua. Mari masuk," kata Dr. Nur Afifah.

Sejurus sahaja Dr. Nur Afifah menamatkan ucapannya, seorang jejaka melangkah masuk ke dalam dewan kuliah. Dia kelihatan santai dengan memakai t-shirt berwarna kelabu dan seluar jean. Wajahnya juga bersih. Dia kelihatan sungguh kacak dan menawan. Ada juga gadis-gadis gedik yang menjerit tatkala terlihat jejaka itu.

"Assalamualaikum semua. Nama saya Fariz Azraf Bin... Err... Bin Faiz Naim. Saya berumur 18 tahun. Saya harap anda dapat menunjukkan kerjasama yang baik dengan saya," ujarnya sopan.

Ecah hanya memandang jejaka itu sekilas. Dia tidak melihat jejaka itu sebagai rakan sekuliahnya namun sebagai musuhnya. Selama ini, dia adalah pelajar terbaik di dalam jurusan tersebut. Mana mungkin dia sanggup melepaskan gelaran itu kepada jejaka yang bernama Fariz Azraf ini.

"Baiklah Fariz. Silakan duduk," kata Dr. Nur Afifah. Fariz tersenyum dan mengangguk sahaja. Dia meliarkan pandangannya ke segenap dewan itu. Namun, gadis bertudung merah lembut yang hanya tunduk ke bawah amat menarik perhatiannya. Terus sahaja langkah kakinya diatur menuju kearah gadis itu.

"Hai," kata Fariz riang. Ecah hanya memandang sekilas jejaka itu. 'Alahai mamat ni. Dalam banyak-banyak tempat kat sini, kenapa dia nak duduk sebelah aku? Semak je,' gerutu hati Ecah.

"Awak, hai. Nama awak siapa?" tanya Fariz. " Kenapa nak tahu?" tanya Ecah tidak senang. 'Tak senang rupanya..' desis hati Fariz. "Takkanlah saya tak boleh tahu nama rakan sekuliah saya sendiri?" ujar Fariz.

"Bila masa saya jadi kawan awak?" tanya Ecah. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu bercakap langsung dengan jejaka kacak itu.

"Sejak saya melangkah kedalam dewan ni," kata Fariz. Aduhai. Gadis dihadapannya ini sungguh comel. Matanya yang bundar. Kulitnya yang putih kemerah-merahan. Bibirnya yang merah. Tambahan pula, gadis itu memakai baju berwarna merah. Memang cun habis. Tapi kenapa dingin je eh?

"Fariz, Ecah. Saya tahu awak berdua nak berkenalan. Tapi ini bukan masanya. Selepas ini awak boleh la berkenal-kenalan. Sekarang, fokus. Okey?" ujar Dr. Nur Afifah tegas.

Ecah tersentak. 'Aduh.. Mamat ni bawa malang la. Tak pasal pasal aku kena marah dengan Dr. Nur Afifah. Hesh.. Mulut tu tak reti nak diam? Aku hempap dengan batu karang..'

"Baik cikgu. Maafkan kami," kata Fariz. Dr. Nur Afifah mengangguk. "Kau ni kan. Pembawa malang betul. Kalau tak ada kau, mesti Dr. Nur Afifah tak warn kita. Ini kali pertama tau Dr. Nur Afifah bercakap dengan nada yang tegas terhadap aku. Benci betullah. Kau duduk jela dekat tempat lain. Menyakitkan mata aku yang memandang je," ujar Ecah meluahkan segala ketidakpuasan hatinya.

Fariz tersenyum. 'Aku tahu gadis yang bernama Ecah ini sedang marah, tapi.. Dia ni comel betullah. Rasa nak kiss kiss je pipi dia.. Haih.. Kalau dapat buat bini ni..' khayal Fariz dalam dunia ni sendiri.

"Oi! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" Sergahan Ecah mematikan lamunan Fariz. "Apa dia sayang?" tanpa diduga perkataan 'sayang' muncul. Fariz juga terkejut dengan kata-katanya apatah lagi yang mendengarnya.

"Excuse me? What did you say ?" kata Ecah sedikit geram. 'Tapi suka pun ada,' hatinya menggumam sendiri. Fariz kalut. Tidak tahu bagaimana mahu mengawal keterlanjuran kata-katanya.

"Dah lah tu. Kita kena tumpukan perhatian. Nanti Dr. Nur Afifah marah pula. Dah eh?" kata Fariz lalu mengenyitkan matanya kearah Ecah. Ecah terpana. Fariz pula menganggap seperti tiada apa yang berlaku dan fokus kehadapan.

Ecah kaku. Pertama kali dalam sejarah hidupnya, lelaki memanggilnya sayang dan mengenyitkan mata. Dup dap dup dap. Duhai hati, sabarlah. Pergilah degupan yang hadir.

Ecah cuba untuk fokus dalam kelas itu namun dia gagal. Walau satupun ilmu tidak mampu masuk dalam otaknya. Aduhh.. Nampaknya dia terpaksa mengulangkaji pelajaran apabila pulang nanti. Dia tidak mahu ketinggalan walau satu topik.

"Ecah! Tunggu sekejap!" Ecah memberhentikan langkahnya. 'Macam pernah dengar suara tu. Tapi bukan suara perempuan...' Ecah berfikir sejenak. Tiba-tiba, satu cuitan hinggap di bahunya. "Hai. Tak nak tunggu saya?" tanya Fariz dengan senyuman lebar.

Serta merta, wajah Ecah menjadi masam. Lebih masam dari buah mangga tak masak. "Buat apa aku nak tunggu kau? Bukannya kau tu kekasih aku pun," kata Ecah bengang. Sebenarnya dia lapar. Kebiasaannya dia akan makan pukul 11 pagi untuk makan pagi. Tapi hari ini dia sudah lewat untuk makan pagi.

"Kalau saya jadi kekasih awak, tak boleh ke?" kata Fariz, selamba. Terjegil biji mata Ecah tatkala Fariz berkata begitu. "Encik Fariz, awak kena sedar ya. Awak tu baru sehari belajar disini. Jangan nak tunjuk belang awak sangat ya? Untuk pengetahuan awak, saya adalah Qasdina Nur Aisyah. Number one student. If you want me, please do something that can impress me," kata Ecah sedikit bongkak. Ah. Biarlah jadi bongkak. Biar dia tak datang dekat aku. Awal-awal lagi aku dah nampak yang dia ni bala.

"Kalau awak number one student, saya adalah number one naughty boy you've ever met," kata Fariz nakal.

"Isshh.. Fariz, awak nak apa sebenarnya? Jangan la kacau hidup saya yang aman bahagia tanpa awak," kata Ecah.

"La.. Puas saya tunjuk dari tadi, awak tak nampak ke?" tanya Fariz ingin menduga Ecah. "Tak. Saya tak nampak. Saya buta. Tolonglah jadi mata saya. Apa yang saya tak nampak Encik Fariz?" Aduh.. Boleh jadi gila dibuatnya dengan lelaki ni.

"Cik Ecah, saya nak berkawan dengan awak. Saya tak kenal dengan sesiapa pun sejak saya melangkahkan kaki ke sekolah ini. Tapi, sejak saya jumpa awak, saya dah tahu seseorang. Jadi awak kena bertanggungjawab. Saya dah kenal awak. Jadi, nak tak nak, awak kena jadi kawan saya. Kalau tak, saya akan bunuh diri,"

Aduhai.. Bagaikan ayat budak tak matang saja lagaknya. "Whatever," Ecah sudah malas mahu melayan mamat gila ini. Lebih baik dia mengisi perutnya yang lapar dan sedang berkeroncong ini. Sekurang-kurangnya, dia akan kenyang. Daripada melayan Fariz ni, bukan boleh kenyang pun.

Baru saja dia ingin melangkah, tangannya digenggam erat. Dengan segera, Ecah menjeling Fariz dengan jelingan mautnya. Fariz terkesima. Bagaikan terkena renjatan elektrik, dia tidak mampu bergerak.

'Ini masanya,' desis hati Ecah lalu dia merentap tangannya daripada pegangan Fariz. "Tadi kata nak kawan je kan? Tak payahlah sampai nak pegang bagai. Ingat. Awak tu bukan muhrim saya. Haram hukumnya. Kalau awak nak buat maksiat, itu masalah awak. Tapi, jangan libatkan saya," kata Ecah tegas dengan dadanya yang turun naik menandakan dia sedang marah sekarang.

"Maaf. Tapi, saya cuma nak tanya. Awak nak pergi mana?" Giliran Ecah pula yang terkejut. Nada suara Fariz langsung tidak menggambarkan yang dia gerun akan jelingan maut yang dihadiahkannya sebentar tadi. Apa lelaki ini tidak punya perasaan?

"Saya nak pergi makan," jawab Ecah ringkas.

Rasa tidak patut pula. Dah la mamat ni baru masuk sekolah. Lepastu asyik kena marah je dengan aku. Haisshh.. Tak patut betullah. Apalah salahnya kalau kau layan dia sebagai pendatang baru?

Ecah.. Ecah.. Tadi tak nak sedar. Sekarang baru nak sedar? Kenapa tak sedar tahun depan je?

Suara sindiran dari hatinya itu kian melembutkan hati Ecah. "Hmm.. Kau nak ikut tak aku pergi makan? Kalau tak nak, tak apa," kata Ecah sekadar ajak ajak ayam.

"Gila tak nak?! Mestilah nak!" ujar Fariz riang. Seperti kanak-kanak berusia 5 tahun saja lagaknya. Ecah tergelak kecil. Tercuit pula hatinya dengan telatah Fariz.

Mereka berjalan menuju ke kafeteria bersama-sama. Ada juga mata yang memandang mereka berdua namun Ecah mahupun Fariz tidak peduli tentang semua itu.

Mereka mengambil tempat duduk di sudut kafeteria yang agak tersorok. Bukan kerana mahu membuat maksiat, tetapi kerana Fariz kononnya mahu mengenali antara satu sama lain dengan lebih dalam lagi.

"So, awak tinggal dekat mana?" kata Fariz memulakan perbualan. "Saya tinggal tak jauh dari sini. 8 km je. Saya tinggal dengan lagi tiga orang kawan saya. Kitaorang sewa rumah tu. Tak adalah mahal sangat. Sebulan RM 800. Kami share la nak bayar sewa rumah," jelas Ecah panjang lebar.

Fariz terangguk-angguk mendengar penjelasan Ecah. 'RM 800 je rupanya,' desis hati kecil Fariz. "How about you?" tanya Ecah pula.

Fariz tersentak mendengar soalan Ecah. "Saya? Saya tinggal dengan.. err.. dengan family saya," jawab Fariz jujur.

"Awak masih ada mak ayah?" tanya Ecah sauu. Fariz mengangguk. Takut pula kalau dia cakap banyak-banyak. Mana tahu ia akan mengguris hati si Ecah ni.

"Awak pula? Macam mana dengan family awak?" tanya Fariz. Hatinya mendesak ingin mengetahui tentang keluarga gadis ini. Bukan untuk meminang pastinya. Mereka masih muda.

"Tak ada apa yang menarik pun pasal keluarga saya," kata Ecah seolah-olah ingin menyembunyikan perkara sebenar. Fariz ingin bertanya lagi namun Ecah lebih sempat memintas.

"Makanan dah siap tu. Saya pergi ambil ya?" kata Ecah cuba untuk mengukir senyuman walau dalam keterpaksaam. Kepemergian Ecah dihantar dengan lirikan mata penuh mata daripada Fariz.