webnovel

si gadis pendam

Ada seorang gadis berumur 15 tahun dan dia tinggal bersama keluarganya yang sempurna . Gadis ini suka memendam apa yang dia hadapi termasuk masalah dan perasaannya . Pada mulanya , dia seorang yang ceria dan tidak pernah bersedih walaupun hal yang dihadapinya begitu sukar . Dia mula berubah kerana mengikut tindak - tanduk kawan kawannya yang terlalu berkehidupan ' sosial ' . Dia menjadi bebas sehinggakan terlupa batas perbuatan dengan lelaki . Pada 22.1.19 , dia telah berkenalan dengan seorang lelaki yang sebaya dengannya . Mereka memulakan ' chatting ' antara satu sama lain . Setiap hari mereka ber ' chatting ' tidak mengira waktu . Gadis ini juga mengabaikan pelajarannya dan keluarganya setelah mengenali lelaki itu . Mereka saling jatuh hati dan dari situ mereka merapatkan lagi hubungan mereka itu dengan hubungan yang dipanggil ' cinta monyet ' . Si gadis terlalu sayangkan teman lelakinya sehingga dia sanggup menipu ayahnya hanya semata mata untuk berjumpa dengan teman lelakinya itu . Mereka bahagia pada mulanya dan lama - kelamaan teman lelakinya mula berubah . Si gadis tertanya - tanya mengapa teman lelakinya berubah secara tiba tiba ? Adakah dia telah membuat kesalahan tetapi tidak sedar ? Teman lelakinya tidak menghantar sebarang ' chat ' dan hubungan mereka menjadi semakin renggang . Si gadis ini tiap - tiap malam menangis kerana kecewa dan sedih . Dia menghantar ' chat ' tetapi dihiraukan oleh teman lelakinya . Pada 29.4.19 , akhirnya teman lelaki itu membalas ' chat ' tersebut tetapi bukanlah ' chat ' yang menenangkan hati gadis tersebut malah memberi kesakitan yang tidak tergambar perasaannya . Teman lelaki itu meninggalkan dia tanpa penjelasan . Gadis itu mula memendam perasaannya kerana terlalu sakit dan jika diberitahu tiada siapa akan memahami perasaannya yang telah hancur itu . Kesihatan gadis ini juga terjejas buat seketika . Proteinnya bocor melalui buah pinggangnya . Selama seminggu ditahan wad , dia tekad untuk berubah menjadi dirinya yang dulu dan tidak mahu lagi terjebak dengan perkara - perkara seperti ini . Setelah dua bulan dia berada di rumah , dia dapat mengubah dirinya kepada seseorang yang lebih baik dari dirinya yang dulu . Si gadis ini kembali mengukir senyuman yang telah lama dipadamkan oleh orang yang tidak penting dalam hidupnya .

" TAMAT "

*Pengajaran dalam cerita ini adalah sebagai seorang perempuan mestilah pandai memilih kawan dan tidak mudah terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki . So , be a woman whose self-esteem is expensive .