4 RINDU

     Adzin keluar dari klinik itu dengan rasa berat. Dia rasa seperti meninggalkan sesuatu yang berharga. Tidak dapat diungkapkan perasaanya pada tika itu.

     Lucy mengelamun melihat Adzin keluar dari klinik. Dia juga rasakan sesuatu yang dia tidak pernah dia rasa sebelum ini. Adakah Adzin akan kembali?

     Siang berganti malam, Adzin baring di atas katil dengan perasaan yang tidak tentu arah. Di dalam mindanya bermain-main wajah Lucy. Hatinya rasa sangat bahagia kerana dapat bertemu dengan orang yang dia rindu selama ini tapi dalam masa yang sama dia masih belum puas menatap wajah gadis itu. Rasa bahagia bercampur baur dengan rindu memang menyakitkan.

"Macamni ke orang yang jatuh cinta rasa?"

     Dia keliru dengan perasaannya. Hatinya seperti tercari-cari jawapan yang dia mahukan selama ini.

     Macammana Lucy boleh muncul dalam minda dan hatinya sebelum dia berjumpa dengan Lucy? Adakah akan ada jawapan dari soalan ini?

     Keesokkan hari, Semasa sedang bekerja, ramai yang menegur akan kelakuan Adzin yang berubah, dia kelihatan sering mengelamun dan tidak tentu arah. Dia hilang fokus pada kerjanya. Mindanya hari itu banyak memikirkan tentang Lucy. Rasa rindu seperti di tekan-tekan dalam hatinya.

    "Aku tak boleh terus macam ni?" Ucap Adzin di dalam hati.

    Pulang sahaja dari kerja, dia pergi ke klinik tempat Lucy berkerja.

    Lucy ternganga sedikit melihat Adzin kembali ke klinik itu. "Selamat petang encik ada apa ye?"

     Adzin dengan senyuman memberitahu. "Kat sini boleh saya beli ubat tak?"

    "Boleh, ubat apa ye?"

    "Saya pening kepala la, saya nak beli panadol." Jawab Adzin.

    Lucy mula rasa aneh kerana panadol boleh sahaja beli di kedai runcit atau 7E.

    Adzin menatap wajah Lucy sepuas-puasnya. Terasa hilang beban di hatinya. Dia rasa tenang. Mungkin dia sudah jumpa jalan penyelesaian.

    Sejak dari hari itu, dia sering ke klinik itu ingin membeli ubat yang dia tidak perlu hanya kerana ingin berjumpa dengan Lucy.

    Tapi dia tidak pernah berbual panjang dengan Lucy, dia hanya datang membeli ubat lalu pulang.

    Tidak tahu lah kerana rasa malu atau dia tidak mempunyai kemampuan untuk berbual dengan Lucy. Dia hanya ingin menghilangkan rasa berat di hati. Setiap hari dia rasa perasaan cinta dalam hatinya semakin bertambah. Ubat kepada rasa ini ialah bertemu dengan Lucy.

    Hinggalah pada suatu hari, sebulan sudah berlalu. Adzin yang sering ke Klinik itu seperti biasa ingin membeli ubat.

    Tapi kali ini, Lucy hanya diam dan keluar dari kaunter. Dia berjalan dan berdiri di hadapan Adzin.

   Lalu tangan Lucy laju menampar wajah Adzin dengan sangat kuat.

    Adzin terkejut, dia memegang tempat wajahnya ditampar. Dia tergamam dengan perbuatan Lucy itu.

    Dia tersentak, dia lihat mata Lucy sudah berkaca dengan air mata. Lucy bertanya. "Kenapa?"

    Adzin masih terdiam keliru.

"Kenapa awak selalu datang setiap hari? Apa tujuan awak? Kalau awak suka kan saya, bagitahu je saya? Tak perlu datang macamni setiap hari!"

    Adzin masih tergamam tanpa kata, dia tidak mampu ingin meluahkan perasaannya kerana dia tidak biasa.

     Mungkin hampir setiap hari Lucy menunggu luahan Adzin tapi Adzin masih bersikap seperti itu. Perkara itu menyakitkan hati Lucy, mindanya seperti diseksa kerana tertanya-tanya.

    "Baiklah, kalau awak belum bersedia takpa." Kata Lucy berlalu pergi masuk ke dalam kaunter semula.

     Dia memberikan ubat yang ingin dibeli oleh Adzin. Adzin mengambil ubat itu dan berlalu pergi. Keadaan ketika itu menjadi hiba.

    Air mata Lucy masih lagi mengalir, dia tidak tahu kenapa dia bertindak sedemikan. Apa yang berlaku pada dirinya?

    Tanpa Lucy sedar, loket dari rantai yang dipakainya seperti bercahaya untuk beberapa saat.

    Adakah semua ini ada kena mengena dengan loket berbentuk hati itu?

avataravatar
Next chapter