2 LUCY

Harry bertemu dengan kekasih hatinya menikmati angin malam menyanyi sebuah lagu sambil memetik gitar.

Harry menyampaikan lagu kumpulan kegemarannya iaitu The Beatles.

Picture yourself in a boat on a river

With tangerine trees and marmalade skies

Somebody calls you, you answer quite slowly

A girl with kaleidoscope eyes

Cellophane flowers of yellow and green

Towering over your head

Look for the girl with the sun in her eyes

And she's gone

Lucy in the sky with diamonds,

Lucy in the sky with diamonds,

Lucy in the sky with diamonds.

Tamat nyanyian Harry. Kekasih hatinya iaitu Amira menepuk tangan tanda teruja dengan nyanyian Harry. "Sedap lagu tu, Apa tajuk lagu tu?"

"Lucy in the sky with diamonds."

"Lucy. Sedap nama tu."

"Aik nama pulak yang sedap. Ingat nak puji nyanyian saya yang sedap." Balas Harry sambil membuat wajah merajuk.

"Yelah, nyanyian awak pun sedap."

Suasana mula menjadi hening dan sepi. Tanpa sebarang bunyi, mereka berdiam diri tanpa suara.

Amira memecahkan kesunyian. "Sampai bila hubungan kita nak macamni?"

Harry termangu-mangu. "Apa maksud awak?"

"Yela sampai bila kita nak keluar senyap-senyap macam ni?"

Harry dengan senyuman membalas. "Sampai bila-bila."

Amira menepuk bahu Harry. "Ish! Takkan lah kita nak macamni sampai bila-bila."

Harry memegang bahu Amira. "Saya dah janji yang kita akan kahwin tapi bagi saya masa."

Amira hanya diam dengan riak wajah tidak puas hati. Dia risau hubungannya itu tidak akan ke mana-mana.

Mereka berdua berlainan agama. Harry beragama Kristian dan Amira beragama Islam.

Keluarga Harry yang sangat kuat dengan agama pasti tidak akan membenarkan Harry mengahwini Amira.

Harry yang masih ada iman pada agama Kristian juga berasa berat untuk meninggalkan agamanya kerana cinta pada seorang wanita.

Akhirnya Harry melawan arus, dia dibuang keluarga kerana memilih Amira sebagai isteri. Mereka berkahwin dan selepas beberapa bulan, Amira mengandung anak pertama mereka.

Tidak terungkap perasaan gembira dalam hati Harry ketika itu. Dia akan menjadi seorang ayah.

Hari Amira bersalin, perkara tidak diduga berlaku. Amira menghembuskan nafasnya yang terakhir tapi dua bayi kembar seiras iaitu dua anak perempuannya berjaya hidup.

Lucy Adtilia dan Lucy Adilia.

Harry berasa sangat emosi, dia tidak percaya dengan apa yang berlaku. Dia mula menyalahkan dirinya. Dia mula menyesal mengahwini Amira. Dia menyesal masuk Islam. Dia rasa semua ini terjadi kerana dia masuk ke dalam agama Islam.

Harry memiliki rantai loket pusaka milik ahli keluarganya. Dia sarungkan ke dua-dua rantai loket berbentuk hati itu pada anak-anaknya.

Di dalam rantai pusaka itu ada sumpahan supaya kedua-dua anak perempuannya tidak akan dapat merasakan cinta seumur hidup mereka. Dia rasakan cinta lah yang memusnahkan hidupnya. Jadi dia tidak mahu anaknya merasai apa yang dia rasa pada masa itu.

Harry menghantar kedua-dua anak perempuannya pada ibu bapa mertuanya dan berlalu pergi tidak pernah kembali.

Dia tidak pernah muncul lagi dalam kisah hidup anak-anaknya. Dia lenyap tanpa khabar berita.

Kini Lucy Adtilia sudah membesar dan memiliki rupa paras yang cantik. Pesona kecantikannya memancar setiap kali dia melemparkan senyuman.

Dia masih lagi memakai rantai pusaka itu kerana ingin menghargai pemberian ayahnya. Dia tidak tahu akan sumpahan pada rantai itu.

Dia bekerja di sebuah Klinik sebagai Jururawat. Pada suatu hari seorang lelaki datang dengan luka di tangan.

Apabila dia lihat wajah lelaki itu, jantungnya berdegup kencang. Dia berasa hairan dengan perasaannya. Tidak pernah dia rasakan perasaan seperti ini.

Dia mendekati lelaki itu dan meminta izin untuk mencuci lukanya.

Tiba-tiba lelaki itu bersuara. "Nama awak Lucy kan?"

Lucy terkesima. "Macammana awak tahu nama saya?"

avataravatar
Next chapter