5 CREEP

Radiohead - Creep

When you were here before

Couldn't look you in the eye

You're just like an angel

Your skin makes me cry

You float like a feather

In a beautiful world

I wish I was special

You're so fuckin' special

But I'm a creep

I'm a weirdo

What the hell am I doing here?

I don't belong here

I don't care if it hurts

I wanna have control

I want a perfect body

I want a perfect soul

I want you to notice

When I'm not around

You're so fuckin' special

I wish I was special

Sudah 2 minggu berlalu dari peristiwa air mata. Adzin rasa sangat malu dengan dirinya sendiri kerana tidak mampu meluahkan apa yang ada di dalam hatinya.

Dia rasa seperti manusia yang lemah, pengecut dan tidak berguna. Dia tidak yakin dengan dirinya sendiri, dia rasa meluahkan perasaannya ialah satu perbuatan yang sia-sia kerana Lucy pasti akan menolaknya.

Dia tidak pasti dari mana sifat negatif ini lahir, tapi ianya sudah terpahat dalam mindanya. Dia rasa bersalah menyiksa minda Lucy, dia mula rasa yang perbuatannya aneh. Dia ialah lelaki pelik, mungkin Lucy tidak  senang dengan perbuatannya.

Sudah 2 minggu dia tidak menatap wajah orang yang dia sayang itu. Akibat dari rasa rindu, dia rasa seperti sudah 2 tahun berlalu.

Dia mula sedar sesuatu. Mungkin yang membuatkan hatinya resah bukan dari perasaan rindu. Tapi dari perasaan yang disimpan.

Dia memendam perasaan cintanya selama ini. Itu yang menyebabkan dia rasa sangat sakit. Dia harus meluahkan perasaannya untuk tidak terikat dengan rasa resah ini.

Dia tahu dia tidak berani dan tidak mampu untuk melakukan itu tapi dia menguatkan dirinya.

Adzin membeli sejambak bunga dan dia bawa ke klinik tempat Lucy bekerja.

Sampai sahaja kakinya di klinik itu, dia terkejut yang menjaga kaunter bukan Lucy tapi orang lain yang dia tidak kenali.

"Cik, boleh saya tahu. Lucy tak kerja ke hari ni?" Tanya Adzin.

"Owh cik Lucy dah berhenti kerja minggu lepas, dia kerja sementara je kat sini." Balas penjaga kaunter klinik itu.

Adzin terpaku buat seketika, dia terkejut mendengar kenyataan itu. "Jadi cik tahu dia kerja kat mana? Dia pergi mana? Ada Nombor telefon dia?"

"Owh, saya tak tahu. Saya pun baru kerja kat sini."

Nafas Adzin semakin laju, hatinya hiba. Dia tidak sangka 2 minggu yang lalu ialah pertemuan terakhirnya dengan Lucy.

Mungkin sebab itu, Lucy mengalirkan air matanya.

Adzin buntu, dia sudah kehilangan Lucy dan jejaknya. Gambar atau nombor telefon Lucy tidak dia miliki.

Tanpa disedari, air mata Adzin mengalir. Dia sudah terlambat.

Adakah mereka akan bertemu lagi?

avataravatar