3 CINTA

Tiada satu pun ruangan di dalam minda ku.

Yang tiada dirimu.

Semuanya diisi penuh dengan rasa.

Raca cinta padamu.

Lucy tergamam mengetahui yang Adzin tahu namanya. "Mana awak tahu nama saya, kita pernah jumpa ke sebelum ni?"

Adzin tersengih. "Eh tak, saya tengok nama kat nametag awak tu?"

Lucy berasa malu. "Owh."

Berlaku penipuan di situ. Sebenarnya Adzin tahu nama Lucy bukan dari nametag di baju tapi dia memang tahu nama Lucy. Dia cuma tidak mahu difikir sebagai manusia aneh atau psiko kerana mengetahui namanya tanpa pernah berjumpa.

Lucy gadis yang ada di dalam ingatannya, gadis yang dia cinta dan rindu hampir 2 tahun ini walaupun mereka tidak pernah berjumpa.

Dia rasa sesuatu yang aneh dalam diri, gadis yang dia sangka tidak wujud sekarang ada di depan matanya.

Adzin rasa tenang melihatnya seperti segala rindu yang terpahat dalam jiwanya kini hilang kerana berjaya dilepaskan.

Menatap wajah putih bersih gadis itu, membuatkan perasaannya berbunga-bunga dan tersenyum seorang diri.

Selepas beberapa minit, tempat luka Adzin sudah berjaya ditutup.

Lucy lihat Adzin sedang termenung melihatnya. "Encik Adzin."

Adzin tersedar dari lamunan dan tersenyum. "Eh maaf dah siap ye?"

"Encik Adzin boleh tunggu kat luar." Arah Lucy.

Adzin berjalan keluar dari bilik rawatan itu dan duduk di kerusi untuk menunggu ubat.

Lucy rasa aneh dalan dirinya, dia rasa seperti pernah bertemu dengan Adzin sebelum ini. Tapi dia tidak tahu di mana.

avataravatar
Next chapter