1 | Sahabat Dunia Akhirat |

SAHABAT,

Jika dah ada Sahabat Dunia Akhirat,

jangan lepaskan, pegang kuat-kuat,

walau kadang ada terguris hati.

Jika belum ada, berdoa dan carilah

dengan bersungguh-sungguh.

| Ustazah Asma' Harun

________________________________________

Daripada Abu Hurairah r.anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya. Oleh kerana itu hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat.

(Riwayat Abu Dawud, at-Tirmizi dan al-Baihaqi)

________________________________________

Berkata Sayyidina Ali r.anhu:

"Saudaramu yang sebenarnya ialah orang yang selalu menolongmu (di waktu senang dan susah) dan dia sanggup berkorban kerana memberi manfaat kepadamu, dan dia sanggup memecahkan (menyelerakkan) segala urusannya kerana menolong engkau dalam menghadapi bala dan ujian."

________________________________________

Terkadang, apabila ada sahabat di media sosial mohon doa daripada kita, teruslah lidah kita mendoakannya dalam diam.

Yakinlah kita akan didoakan kembali oleh para malaikat.

| Ustazah Asma' Harun

________________________________________

Daripada Ummu Darda' r.anha bahawa Nabi SAW bersabda:

Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada malaikat yang menjadi wakil baginya. Setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, maka malaikat tersebut berkata: "Aamiin, dan engkau pun mendapatkan apa yang dia dapatkan."

(Riwayat Muslim)

avataravatar
Next chapter