1 Epilog

"Baaaalik kampung, oh, oh, oh, baaaalik kampung!" Dua beradik yang duduk di bangku penumpang begitu teruja untuk balik ke kampung mereka. Sejak dari awal perjalanan sehinggalah kini mereka asyik menyanyikan lagu yang sama. Kadang-kadang mereka sama-sama melihat ke luar jendela apabila ada pemandangan yang menarik perhatian mereka kemudian bernyanyi lagi.

Sudah terlalu lama Edward dan pasangannya tidak balik ke kampung. Mungkin kali terakhir mereka balik ke kampung adalah sewaktu anak sulung mereka baru dilahirkan. Pada ketika itu kedua ibu bapanya masih ada. Namun, beberapa tahun yang lalu ibunya meninggal dunia kemudian selang setahun ayahnya pula yang meninggal dunia. Dia tidak sempat balik ke kampung pada ketika itu kerana isterinya sedang melanjutkan pelajaran di New Zealand dan mereka sekeluarga tinggal di sana sehinggalah isterinya menamatkan pelajaran. Dia tidak lagi pernah balik ke kampung selepas itu kerana adik beradiknya tidak mahu dia kembali. Mereka membenci Edward kerana mengabaikan keluarga mereka.

Walau bagaimanapun, hari ini dia membawa keluarganya balik ke kampung untuk berbaik-baik semula dengan adik beradiknya yang lain. Edward sebenarnya agak keberatan tetapi isterinya, Nora. Memaksanya agar membawa mereka balik. Dia berasa kasihan dengan anak-anak mereka yang tidak mengenal siapa-siapa kecuali kedua ibu bapa mereka sahaja. Terlebih lagi si bongsu yang lahir ketika mereka masih menetap di New Zealand.

"Sudah terlalu lama sejak kita melalui kawasan ini tapi keadaannya tidak banyak yang berubah." Ujar Nora sambil melihat-melihat kiri kanan jalan raya, Edward hanya sekadar tersenyum sahaja. Hatinya gusar, resah memikirkan apakah reaksi kakak dan abangnya apabila melihat mereka nanti. Dia cuba untuk menghubungi mereka semalam tetapi seperti biasa panggilannya dibiarkan tidak berjawab. Dia juga cuba menghantar pesanan ringkas tapi hasilnya tetap sama. Jangankan dibalas, dibaca juga tidak.

"Dear, are you okay? Awak langsung tidak berkata apa-apa sejak kita bertolak pagi tadi." Nora bertanya risau dengan suaminya itu. Dia bukan sahaja tidak banyak bercakap sejak semalam, sarapan pagi tadi juga tidak dijamahnya walau sedikit. Edward cuba mengukir senyuman manis, cuba untuk menyembunyikan perasaannya.

" Saya cuma gementar sedikit, sayang. Almaklumlah, sudah terlalu lama sejak kita balik ke kampung. Awak juga tahukan yang abang dan kakak membenci saya kerana tidak balik langsung ketika ibu dan ayah meninggal dunia. But don't worry, dear rasa mereka akan menyambut kita dengan hangat apabila kita sampai nanti. Air yang dicincang tak akan putus."

Kata-kata itu merupakan kata-kata yang paling panjang dia ucapkan sejak semalam atau sejak seminggu yang lalu apabila isterinya mengutarakan cadangan agar mereka balik ke kampung halamannya hujung minggu itu.

"Sudah hampir setahun kita balik dari New Zealand, apakata kalau kita balik ke kampung hujung minggu ini. Rindu pula mahu menghirup udara segar kampung. Mandi manda di sungai dan menangkap ikan di kolam abang Bob serta memetik buah mangga di kebun kak Biba."

Ajak-ajak ayam daripada Nora akhirnya terpaksa menjadi kenyataan kerana anak-anaknya kelihatan sungguh teruja apabila mendengar cadangan mama mereka. Senyum dan tawa mereka membuatkan Edward tidak sanggup menolak permintaan tersebut. Mahu tidak mahu, dia terpaksa menurut permintaan mereka.

"Papa, papa! Kampung papa masih jauh lagi?" Anak bongsunya bertanya dengan teruja, Nora menoleh ke belakang kemudian mencuit pipi anaknya itu dengan lembut.

"Adik, bila sampai di kampung nanti, ingat pesan mama tau. Adik kena berbaik-baik dengan semua sepupu-sepupu adik dan berkongsi dengan mereka barang mainan yang adik bawa. Adik tidak boleh bercakap kasar dengan auntie and uncle, okay. Jaga tata tertib." Nora memberikan nasihat. Anak bongsunya itu menoleh melihat kakaknya.

"Kakak dengarkan apa yang mama katakan. Kita perlu..."

Bammmm!

Satu dentuman kuat membuatkan anak kecil tadi terpelanting keluar melalui cermin hadapan. Kemudian kereta mereka berpusing beberapa kali sebelum menjunam jatuh ke dalam juram dan satu lagi dentuman kuat kedengaran dari dalam juram.

Keadaan kembali hening seketika, sebelum beberapa buah kereta lain berhenti untuk melihat kejadian yang berlaku.

"Mama...papa...kakak..." Anak kecil itu sempat memanggil ibu, bapa dan kakaknya kemudian pengsan tidak sedarkan diri.

avataravatar
Next chapter