webnovel

bab38

Satu malam, aku hanya mengurung diri dalam bilik tetamu. Kunci bilik ini juga ada di tangan aku. Menangis samahuku. Otak aku menemui jalan buntu. Panggilan, ketukan dan pujukan Haniff tak aku hirau.

Apa yang aku nak buat ni ya Allah. Ujian tak tertanggung rasa sakit. Sayang? Cinta? Manpukah aku nak hidup dengan kisah lampau yang begitu perit dengan hanya berbekalkan sayang dan cinta yang baru setahun jagung.

Tanpa aku sedar bulan telah diganti mentari. Aku bangun membersihkan diri. Mengganti dua solat fardu yang aku tinggalkan. Aku merintih semahuku. Wajah umi terbayang difikiranku. Apa yang aku nak buat ni ya Allah. Apa yang hendak aku kata pada umi. Tak sampai 3bulan aku menjadi isteri sudah pun ingin bercerai.

Aku mengumpul segala kekuatan yang berbaki. Menyiapkan diri. Mujurlah masih ada barang-barangku dibilik ini. Dapatlah aku mengganti pakaian.

Aku pulas tombol pintu dengan penuh rasa pilu.

Terkuak sahaja pintu bilik, terlihat Haniff yang sedang tidur di tepi tangga. Susuk tubuh tinggi lampainya meringkuk ditepi tangga dengan hanya mengenakan kain pelikat dan tshirt hitam. Aku yakin pasti dia menanti aku selepas subuh tadi. Tak aku nafikan, hati aku tersentuh melihat lelaki yang aku damba tidur begitu. Tapi apa daya aku kisah kami sudah pun hampir terlerai.

"Haniff" panggilku dengan jarak kurang dari satu meter antara kami.

Terpisat-pisat Haniff bangun dari tidurnya.

" Sayang," ucapnya teruja bersama senyuman dibibir.

"Saya nak melawat kubur Kak Mira, tolong tunjukkan saya tempat dia." Nada ku tidak dingin tapi tidak juga mesra.

"Awak nak melawat dia? Boleh. Kejap tunggu saya siap." Ucap Haniff bersama senyuman nipis.

***

Hampir 30 minit aku menunggu, hidungku menangkap bau haruman yang sudah pasti aku kenal. Aku menoleh melihat pemilik hati yang akan aku lenyapkan tak lama lagi.

Dia mengenakan kemeja hitam berlengan panjang tanpa tali leher. Lengan baju dilipat separas siku, bersama seluar yang setona. Ditangannya dia membawa sekali songkok.

"Seperti biasa, kemas." Detak hati aku.

"Saya dah siap, jom." Ucap Haniff lembut.

Aku mencapai kunci keretaku yang aku letak di atas meja.

"Kita naik kereta awak ke?" Soal Haniff.

"Tak, awak naik kereta awak. Saya follow belakang." Ucapku tanpa memandang dia.

"Qalisya.." Haniff memangilku.

"Saya tak nak Haniff. Jangan paksa saya." Ucapku tegas.

Dia bagaikan akur dengan kata-kataku.

***

Perjalanan menuju melawat kakak tidaklah mengambil masa yang lama, tak sampai 30minit aku sudah pun berada di kawan perkuburan. Aku menarik nafas dalam sebelum melangkah keluar dari perut kereta.

"Jom sayang," ucap Haniff sambil menghulurkan tangan.

Huluran dia sepi tanpa sambutan. Haniff mengangguk perlahan lalu mula melangkah.

"Ni la rumah baru Amira." Ucap Haniff sambil menunjuk kubur yang tertulis nama kakak di batu nissan.

Kemas, bersih dan cantik dihias bunga melur putih.

"Bersih, siapa yang uruskan kubur kakak?" Soalku.

"Erm, saya upah orang untuk jaga kebersihan kubur dia." Ujar Haniff mendatar.

"Awak upah orang, atau awak sendiri yang bersihkan?" Soalku perlahan.

Entah lah adakah aku cemburu? Apabila tahu Haniff masih peduli tentang kakak. Atau aku sakit hati kerana semakin yakin cinta Haniff kepada aku hanya palsu.

Ahh sudah la Alisya kau memang hanya tempat dia melepaskan rasa bersalah dan nafsu dia sahaja. Silap-silap muka kau pun dia tak ingat macam mana. Mungkin dia nampak kakak bila pandang kau.

"Tak. Saya upah orang." Jawab Haniff tegas. Dia dapat dengar kata-kata yang terbir dari hati aku ke?.

"Saya tak kisah pun. By the way, thanks. Lepas ni biar jela saya yg uruskan. " Ucapku.

Haniff hanya mendiamkan diri. Tak sedikit pun memberikan reaksi

"Boleh tak awak bagi ruang untuk saya dengan kakak je?" Ucapku tanpa memandang dia.

Haniff mengangguk perlahan lalu melangkah menjauhi aku dan duduk di satu wakaf berhanpiran yang jaraknya dalam 20meter sahaja.

Aku mendekati batu nissan milik Qalisya Amira Bintu Qhaliff. Aku mengusap perlahan menahan sebak.

"Assalamualaikum Kakak... Ni diksya. Adik kakak yang lama dah kakak tak jumpa. Sya dah besar kak.  Sya dapat jadi cikgu yang macam mana ibu selalu cakap dulu yang nak kita jadi cikgu. Sya dah tak ada siapa-siapa. Ayah dah meninggal kak. Dia pergi lepas setahun berpisah dengan ibu. Sya selalu berharap yang akak akan cari ayah bila akak nak kahwin. Tapi Allah lebih sayangkan kakak, ayah dan ibu. Sya pun dah kahwin." Luahku sambil memandang Haniff yang sedang berdiri di sana.

"Akak kenal dia kan? Sya tahu akak lebih kenal dia dari Sya. Iyaa dia lelaki yang akak cinta. Kita jatuh cinta pada orang yang sama kak. Tapi dia hanya cintakan kakak. Dia kahwin dengan Sya pun sebab kakak. Apa Sya boleh buat kak. Sya tak mampu untuk terus jadi topeng kakak. Sya juga tak mampu untuk hidup dalam cinta palsu." Luahku bersama tangisan.

Air mataku laju mengalir bagai air sungai yang taktahu bila akan berhenti dan kering. Walau hati ini tandus bagaikan padang pasir tapi mata basah bagai dilanda banjir.

Aku mula membaca yassin buat kakak. Terasa Haniff datang mendekat dan duduk disebelahku. Dia juga turut membaca. Lembut, merdu suaranya.

***

Usai aku melawat kakak. Aku berjalan menuju ke kereta.

Namun tanganku digapai Haniff. Dia menarik aku ke dalam dakapannya.

"Sayang.. abang minta maaf. Tapi sumpah sayang cinta abang hanya untuk sayang." Ucapnya. Bergetar suaranya ditelingaku.

Aku menolak dia kasar.

"Haniff dah la. Awak tak payah nak paksa diri awak. Kita bercerai je. Saya tak nampak jalan dalam hubungan kita " ujarku sambil menahan sebak.

" Sayang, abang tak nak dengar sayang cakap cerai. I love you so much. Betul langkah pertama abang buat kerana rasa bersalah pada Amira. Tapi setiap kata-kata abang untuk sayang. Abang tak pernah tipu tentang perasaan abang sayang. percayalah." Ucap Haniff.

"Dah la Haniff. Ceraikan je saya." Ucapku tegas. Lalu melangkah laju menuju ke kereta sambil air mata kembali laju membasahi wajah.

"Qalisya!" Jerit Haniff.

Aku menoleh dan memandang dia tajam.

"Jangan panggil la saya Qalisya!. Awak panggil saya Qalisya sebab nama tu yang saya berkongsi dengan kakak kan? Sudahlah! Awak ingat saya ni patung ke nak jadi tempat awak lepaskan rasa bersalah dan nafsu awak je! Saya ada hati la Haniff Mikail!!" Tempikku bersama air mata.

Duniaku gelap. Sungguh gelap saat ini. Hidup aku berubah sekelip mata sahaja.

BERSAMBUNG.

P/s: selamat berbuka semua, enjoy reading! Kita jumpa esok ye.

Next chapter