webnovel

bab19

Sebulan kemudian...

Pagi ini aku sedikit kalut, dek kerena terlajak tidur, mana tidaknya dengan tudung yang masih belum diseterika, dan beberapa hal lain yang belum tersedia.Sungguh membuatkan hari seorang Alisya tunggang langgang.

Lagu gundah dari Erni Zakri memecahkan kesunyian kamar tidurku, menandakan aku menerima satu panggilan.

Tertera pada skrin telefon, " Air Batu Tingtong" aku tersenyum tatkala membaca nama tersebut, entahlah tak terdetik pula nak tukar.

Lantas aku mencapai telefon lalu menjawab panggilan si Haniff.

"Hello, boleh saya bantu?" soalku di hujung talian.

"amboi, saya depan rumah awak dah ni, dah siap belum?" soal Haniff lembut.

"sikitttt je lagi, kalau nak turun dulu atau nak gerak dulu pun boleh." jawabku selamba.

"saya tunggu." ucapnya lalu mematikan talian.

Sejak sebulan lepas, hubungan aku dengan Haniff lebih rapat, seperti kawan baik mungkin. Setiap hari kami akan pergi dan balik kerja bersama, dan selalu keluar selepas Haniff siap mengajar di rumah umi.

Aku selesa dengan dia, eh selesa? Bukan hari tu kata tak selesa ke? Hehe, entahlah, semakin lama aku kenal dengan dia, semakin aku rasakan yang Haniff tidak lah seteruk mana.

Aku capai tas tanganku dan satu beg bimbit yang berisi kertas dan file lalu pintu kamar aku tutup.

Buka sahaja pintu rumah, sudah terlihat Haniff yang sedang bersandar pada dinding di hadapanku. Rumah aku terletak pada tingkat satu dan  barisan hujung sekali, jadi tiada rumah yang berhadapan dengan rumah aku.

Haniff yang sedang bersandar sambil berpeluk tubuh merenung aku dalam lalu tersenyum lebar.

"bangun lambat eh?" tanyanya dengan nada sangsi.

"erk..mana ada..." jawabku sambil tersengih.

"iya lah tu, saya dan cakap semalam, jangan nak marathon kdrama sangat, ni mesti tak dengar kan?" duganya sambil merenung aku tajam.

"jap, awak nak soal saya kenapa, ni diri dan hidup saya ok, syibuk je,dah jom" ucapku lalu menjeling tajam.

"eh saya pula kena, miss Alisya, miss Alisya," omelnya lalu mengikut jejak ku dari belakang.

***

Hari ini merupakan hari sukan sekolah, setelah hampir sebulan semua rumah sukan bertungkus lumus dalam latihan dan persediaan untuk semua acara, kini tibalah hari kemuncaknya. Tiga per empat dari aktiviti sudah pun dipertandingkan , jafi hari ini lebih kepada bersuka ria.

Aku merenung Haniff yang sibuk mengagihkan makanan kepada ahli rumah sukan kami. Sinaran cahaya matahar pagi yang menyapa tubuh tegap itu bagaikan menambahkan lagi aura penarik pada dirinya . Dia ni sepatutnya jadi model atau selebriti, muka ada, badan ada, pakej!

"ehem, Cikgu..lamanya usha Cikgu Haniff tu," sapa Fatin sambil menggigit roti Gardenia berinti coklat.

"awak tu pula, sibuk ehh usha saya," ucapku sambil ketawa.

"Cikgu, saya dengar cikgu, dengan Cikgu Haniff pasangan tunang? Betul ke?" soal Fatin teruja.

"ermm, kenapa?" soal aku kembali.

"tak adalah, sampai hati cikgu, tak bagitahu pun 5Aura, " ucapnya sambil memuncung bibirnya ke depan.

Haih lah Fatin, nak bagitahu apanya, tunang pun tak, kalau tunang betul-betul, tak akan lah cikgu lupa 5Aura,

"alah,..kalau saya kahwin, saya jemput kau orang ok, kalau lah.." ucapku sambil tersenyum.

"janji?" soal Fatin meminta kepastian.

"iye." jawabku.

"nah." ujar Haniff yang tiba-tiba ada disebelahku sambil menghulurkan roti dan air mineral.

" Thanks," ucapku sambil tersenyum.

" awak punya mana?" soalku kerana, semua guru dan pelajar memang akan menerima roti pagi ini.

"entahlah, tak cukup satu set, biarlah." jawab Haniff selamba.

"awak dah breakfast dekat rumah ke?" soal aku lagi.

"tak lah, ingat nak breakfast kat sekolah, tapi ada makcik tu, dia lambat pula..." ucapnya sambil memandang aku.

"ey, perli saya eh?" ucapku sinis.

"siapa makan cili dia yang rasa pedas," ujar Haniff bersama ketawa kecil.

Eyy!! Dia ni, baru sahaja tangan kananku gatal hendak mencubit lengan air batu , pantas sahaja dia mengelak.

"haa nak buat apa tu? Jangan sentuh saya, haram tauu dosa!!" katanta sambil tersenyum jahat.

Seronok lah tu, kenakan aku, sakitnya hati!!.

***

" hai Cikgu Alisya" sapa Hamzah semasa aku sedang duduk di khemah urus setia.

" eh, hai!!' jawabku ceria.

"macam mana? Ada markah extra tak untuk rumah sukan saya?" soalnya sambil menjenguk helaian kertas yang aku pegang.

"eh, ni rahsia lah, " jawabku lalu menutup kertas-kertas ikut dengan buku.

Memang sudah menjadi tugas aku untuk mengira jumlah markah bersama penyelia sukan sekolah, tapi tidaklah menjadi kemudahan aku untuk menipu dalam pemarkahan, lagi pula, ini hanya sukan sekolah, untuk kami guru-guru , aktiviti ini hanya untuk keseronokan je.

"haha, saya nampak awak macam makin rapat dengan Haniff sekarang." ujar Hamzah perlahan.

"aah, kita orang kawan, sama je lah macam awak." ucapku bersama senyuman.

"Alisya, erm saya nak minta maaf hari itu, sebab cakap jangan berharap dengan Haniff." ucap Hamzah teragak agak.

"erm, maksud awak?" soal aku sangsi.

"erm , saya ingat Haniff tak serius dan saya takut awak kecewa. Erm, tak dinafikan juga, yang saya cemburu." ujar Hamzah bersama helaan nafas berat.

"ok..maksudnya, saya tak fahamlah Hamzah," ujarku , lalu membetulkan kedudukanku.

" Dulu, Haniff dia ada kekasih, lama dah,10 tahun lepas, ada tragedi yang jadi pada hubungan dia orang, yang buat Haniff takut dengan percintaan, tapi, saya perasan, dengan awak dia mudah terima, saya rasa dia serius dengan awak. Dan pasal saya cemburu tu, sebab, saya suka awak, tapi bila saya tengok perubahan Haniff, saya tak menyesal untuk undur diri, jaga adik saya tu elok-elok ye, maafkan kata- kata saya tempoh hari ye,." terang Haniff panjang lebar.

Aku menghembuskan nafas berat, sungguh banyak maklumat yang aku terima untul di hadam. Pasal Haniff dengan kisah cinta lamanya, aku yakin dia pasti Mira, . Dan Hamzah suka aku? Hermm..

Aku tersenyum memandang Hamzah, sambil otak ku ligat menyusun kata-kata.

" Hamzah, kalau betul pun apa yang awak cakap, yang Haniff serius dengan saya, saya tak rasa yang saya jodoh dia, sebab, saya tak rasa saya boleh bina keluarga saya sendiri, erm ok lah, saya ada kerja, minta diri dulu eh." ujarku lalu bangun dan melangkah pergi.

***

Acara sukan tahun ini sudah pun melabuhkan tirai, dan, rumah hijau yang diangkat menjadi juara pada tahun ini, jurang mata antara rumah hijau dan kuning tidak lah jauh hanya dua mata sahaja, namun itulah yang dikatakan rezeki.

Aku sedang sibuk mengemas alatan bersama Haniff, tidak lah banyak,ini yang terakhir, . Kami sendiri yang menawarkan diri untuk memngemas semua alatan sukan. Sekolah dan mula sunyi dek kerana guru-guru dan kakitangan lain sudah pun pulang.

" awak, tolong pegang, phone saya kejap, saya tak ada poket lah," pintaku kepada Haniff sebelum mengangkat beberapa kon untuk di simpan di dalam stor sukan.

"ok, awak saya nak pergi tandas ni, nanti awak tunggu je dalam kereta, nah kunci, " ujar Haniff lalu menghulurkan kunci keretanya kepadaku.

Masuk sahaja ke dalam stor sukan aku pun meletakkan kon tersebut di tempatnya, baru sahaja hendak keluar, mataku tertangkap pada rak yang menempatkan bola-bola.

"haih, budak-budak ni, susun macam mana lah, padahal dan ada nama dah setipa rak ni," omel aku sendirian, sambil tangan lincah menyusun kembali bola-bola itu di tempata sepatutnya.

Tiba-tiba, terdengar pintu stor ditutup perlahan.

Bulat mataku memandang ke arah pintu,

"Cikgu Latip?" ucapku saat terlihat Cikgu Latip yang bersandar di pintu.

Pandangan matanya terlihat lain, matanya tajam memandang aku.

Perlahan Cikgu Latip datang menghampiri aku sambil tersenyum sinis.

" Cikgu, apa cikgu nak buat ni?! Buka pintu tu!" " jeritku ketakutan, badanku mulai menggigil, peristiwa hitam dalam diri kembali segar bermain dalam mindaku.

Cikgu Latif ketawa sinis sambil tangannya meleraikan ikatan tali seluar treknya.

"Alisya rasa, abang nak buat apa sayang.." ucapnya perlahan dengan renungan jahat.

"Cikgu.. jangan.. Mengucap.." kataku yang sudah pun ketar.

Aku mengundur ke belakang sampai badanku sudah pun menyentuh dinding paling hujung stor sukan,

Ya Allah, bantulah aku, aku tak sanggup untuk melalui perkara ini lagi, rintihku di dalam hati. Air mataku sudah pun mengalir deras membasahi pipiku.

Cikgu Latip,menyentuh, pipiku perlahan,lalu merentap kasar tudung bawalku hingga tertanggal.

"jangan nangis,kau ni, cantik sangat.., nanti rosak dengan air mata muka kau ni,tapi sayang.. kau tak nak dekat aku, aku ni dah bertahun minat kau,tiba-tiba jantan tak berapa melayu tu datang, kau boleh tunang dengan dia?!! Silap lah kau, walau macam mana pun, aku nak juga rasa dan ratah diri kau yang putih ni," kata Cikgu Latip sambil lidahnya menjilat bibirnya.

Aku tak tahu mahu bertindak bagaimana, badanku lemah dan tak berdaya untuk bangun.

BERSAMBUNG..

P/s: hai semua!! Haa mcm mana ni!! Haa jgn lupa vote komen dan share ye, oh ye, sis nk tnya, hritu sis pernah janji nk bg special chap kan untuk SEL, so, sis plan nak bt SEL raya version, stuju tk? Bgthu pdngn korg ok, bye2 syg korg,!!

Next chapter