webnovel

BAB 2

Hasi tiba dan berdiri di hadapan gerbang rumah jagaan kanak-kanak itu lalu melihat sekeliling. Kawasan tersebut terlihat kosong. ' 'Mungkinkah aku terlambat datang . Kenapa tiada sorang pun kat sini ' fikir Hasi yang ingin masuk ke dalam untuk melihat-lihat.

" Nampak gayanya tiada orang di sini " guman Hasi lalu ketika dia hendak membalikkan badannya untuk pulang ke rumah , Hasi mendengar jeritan seseorang memanggilnya, " Tunggu dulu!!,". Mendengar jeritan itu , Hasi lalu menghentikan langkahnya lalu memusingkan badannya ke arah jeritan itu tadi dan melihat seorang perempuan dengan wajah seperti geram melihat dia lalu berkata " Siapa kamu?. Kenapa kamu di sini dan lagipun aku tak pernah nampak wajah kamu pun . Kalau kamu nak berpura-pura mengaku nak menjemput anak-anak itu , aku halau kau " ujar perempuan itu lagi .

Melihat perempuan itu sepertinya waspada dan terjadinya kesalahfahaman terhadap dia , Hasi pun segera menjawab " Maaf cik . Sepertinya ada salah faham di sini . Saya di sini sebab ada surat ditujukan kepada saya supaya datang ke sini ", kata Hasi dengan wajah yang datar . Setelah mendengar jawapan Hasi , perempuan itu diam seketika dan berfikir ' Dia kata surat itu memberitahukan dia supaya datang ke sini ' fikir perempuan itu dengan eksprasi bertanya .

" Surat itu ada bagitahu tujuan apa-apa ke ", tanya perempuan itu kerana dia tidak dapat fikir tentang surat itu . Mendengar pertanyaan perempuan itu Hasi pun menjawap " Surat tu kata yang saya harus menjemput anak-anak saya di sini dan juga surat dikirim beberapa minggu yang lalu .Saya masih bawa lagi surat itu " jawap Hasi lalu mengeluarkan sepucuk surat di poketnya dan menyerahkannya kepada perempuan itu .

Perempuan itu menerima dan membaca surat itu . Seketika kemudian perempuan itu sepertinya teringat sesuatu . Beberapa minggu yang lalu , rumah jagaan kanak-kanak itu menerima kunjungan seorang wanita yang berusia sekitar 30 tahun serta tingginya 167 cm berserta dua orang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berusia sekitar 7 tahun . Wanita memberitahukan kepada dia dan menyuruh dia menyerahkan sepucuk surat kepada seseorang lalu wanita itu meninggalkan dua orang anaknya kepada dia . Perempuan itu langsung pergi mencari orang yang disebutkan wanita itu tetapi dia tidak dapat menjumpai orang itu .

Seketika perempuan itu teringat yang wanita itu ada memberitahukan alamat orang itu . Perempuan itu terus menulis surat supaya orang itu menjemput anak-anaknya . Setelah itu perempuan itu menunggu hampir setiap hari tetapi orang itu tidak datang juga tetapi hari ini orangnya datang juga iatu Hasi .

" Oh , anda pasti ayah kepada mereka berdua .Saya minta maaf atas kesalahfahaman tadi . Sebenarnya , baru-baru ini beberapa mencurigakan datang ke sini dan mengaku sebagai ayah mereka . Nasib baiklah anak lelaki tuan memberitahu saya bahawa mereka ialah orang asing ," ujar perempuan itu lagi .

Telah beberapa kali orang yang tidak dikenali datang lalu mengatakan bahawa mereka ingin menjemput anak-anak itu . Perempuan itu tidak percaya kepada orang asing itu lagi . Mereka selalu megenakan pakaian hitam becermin mata . Dia juga percaya bahawa mereka tidak menggunakan kekerasan kerana kawasan itu dijaga oleh pihak pemerintah .

" Tak apa-apa . Saya faham yang kamu risau keselamatan semua kanak-kanak di sini . Di mana anak-anak saya sekarang," tanya Hasi kerana dia hendak melihat anak-anak itu .

" Encik boleh pergi ke arah ruang tunggu terlebih dahalu sementara saya memanggil mereka berdua," kata perempuan itu sambil menunjukkan laluan ke arah ruang tunggu . Hasi lekas menuju ke arah ruang tunggu dan dia merasa tidak sabar untuk bertemu mereka berdua .