webnovel

Quick Transmigration: Beauty Slag Man's System

Yu Qifan demi ingin membalas dendam dia sanggup terikat dengan sebuah sistem yang akan membawa dia menunaikan permintaan setiap tubuh yang akan di diaminya untuk menyelesaikan misi.

Ghost_Sinker · Fantasy
Not enough ratings
8 Chs

1.7

The Hidden Secret ialah tajuk drama yang akan Ao Yian sertai ujibakatnya hari ini. Drama itu bergenrekan Dinasti Chen. Dimana mereka akan memakai pakaian zaman dulu jika berjaya terpilih membintangi drama itu.

Jadi Ao Yian kalau boleh ingin mensasarkan watak antagonist dalam drama itu yang masih kosong lagi tiada artis yang berjaya dipilih untuk memegang watak itu.

Manager Feng mengarah dia menyertai ujibakat untuk watak lelaki ketiga dalam drama The Hidden Secret itu yang merupakan seorang bangsawan muda yang merupakan kawan kepada watak utama perempuan. Yang mempunyai perasaan kepada kawannya itu.

Namun ketika melihat sikap yang dimiliki oleh watak lelaki ketiga itu buat Ao Yian mahu membutakan matanya.

Periang?

Lurus bendul?

Baik hati?

Terlalu mencintai watak utama perempuan sehingga sanggup mengkhianati keluarganya?.

Tsk.

Dia paling pantang melihat sikap-sikap yang perlu ada dan yang akan dimainkan oleh pemegang watak lelaki ketiga itu.

'Kenapa host nak jadi antagonist pula? Inikan drama pertama host? Host perlu muncul di dunia hiburan dengan imej yang bagus tahu~?" Hairan Doll. Tidak faham dengan pilihan hostnya. Apalagi hostnya sudah berdiri di ruang ujibakat untuk watak antagonist. Bukan diruang tempat Manager Feng suruhnya pergi tadi.

'Sebab antagonist ialah putra mahkota dan lelaki cantik' Jawab Ao Yian. Dia diam sebentar seperti memikir sesuatu yang tidak difahaminya.

'Kenapa host~?' Soal Doll prihatin ketika melihat wajah susah Ao Yian.

'Dah berapa bulan juga Ao Yian berada di industri hiburan ni? Kenapa ini ialah drama pertama dia?' Soal Ao Yian akhirnya.

'Host tak baca betul-betulkah apa yang Ao Yian lakukan sebelum ni?!' Doll menjeling hostnya itu. Menyesal nak prihatin kat hostnya tadi!.

'Terlalu banyak maklumat. Otak penat nak terima dan analisis data tu semua. Lagipun apa guna kamu, kalau benda yang saya tak tahupun kamu tak nak bagitahu?' Perli Ao Yian. Memandang Doll seperti dia ialah makhluk paling tak berguna dan berfungsi yang pernah ditemuinya!.

Doll "....." Aku nak baling meja kat host aku ni!.

'Tu sebab Ao Yian terlibat dalam industri tarian dan nyanyian'. Doll menjawab dengan suara robotnya.

Ao Yian memandang sekelilingnya. Semakin ramai yang datang untuk ujibakat. Ada artis A-list hinggalah D-list. Tetapi hanya sedikit yang sepertinya ingin menyertai ujibakat watak antagonist. Sebab mungkin mereka tak yakin wajah mereka boleh dikategorikan lelaki cantik?.

Ao Yian ialah artis C-list sekarang. Itu telah dikreditkan oleh wajah, bentuk badannya yang cantik dan bakatnya dalam tarian, nyanyian dan lakonan. Cuma lakonan dia belum mulakan lagi. The Hidden Secret ini ialah langkah pertamanya untuk memenuhi permintaan Ao Yian.

"Ao Yian?!" Satu suara tiba-tiba kedengaran menyebut namanya dari belakang. Penuh dengan nada yang memusuhinya?.

Ao Yian berpaling ke arah suara itu. Kening terangkat ketika melihat seorang lelaki muda yang agak comel sedang berdiri memandangnya tajam dan tidak suka.

'Siapa?' Soalnya kepada Doll. Dia tidak kenal siapa lelaki muda itu. Tetapi macam pernah nampak semasa dia tengah memeriksa ingatan Ao Yian yang diterimanya hari itu.

'Bai Li. Artis C-list dibawah syarikat yang sama dengan host. Cannon fodder dalam novel ni. Dia juga ialah rival Ao Yian semasa menyertai pertandingan tarian. Dia cemburukan Ao Yian. Turut menyumbang menghitamkan Ao Yian ketika skandal Ao Yian diuploadkan dalam media sosial' Terang Doll. Dia juga memerhati artis itu sebelum melihat pula sistem yang terpapar yang merupakan data Bai Li.

'Dia juga bekas toy lover Scum Qitian~' Kata Doll dengan suara terujanya.

"Oh. Mr Bai. Hello" Ao Yian menyapa Bai Li dengan suaranya yang lembut. Dia tersenyum malu ke arah Bai Li.

"Kau buat apa kat sini?!" Bai Li langsung tidak membalas sapaan Ao Yian. Malah dia semakin menyampah melihat sikap malu Ao Yian itu. Apalagi apabila melihat wajah Ao Yian seperti semakin bagus?!.

"Ujibakat" Ao Yian membalas sepatah. Sambil memegang jari ibunya. Dia intorvert ah. Kalau boleh dia tidak mahu berbual dengan sesiapa sekarang. Tetapi dia tidak mahu menyinggungkan perasaan Bai Li yang merupakan peserta program tarian yang disertainya beberapa bulan yang lalu tu.

"Aku tahulah ujibakat. Aku kata watak apa? Kau nak watak Antagonist dengan sikap introvert dan pemalu kau ni? Ingat standard The Hidden Secret kau boleh pandang rendah?" Macam merendahkan Ao Yian sahaja. Disebabkan suara Bai Li itu membuatkan peserta ujibakat yang lain memandang ke arah mereka. Terutama Ao Yian yang sedang menundukkan kepalanya. Dah seperti anak kecil yang didenda oleh cikgunya pula ketika membuat kesalahan.

'Host. Dah kenapa jadi weak pula ni?!' Tegur Doll. Hostnya kan boleh OOC kat dunia ni? Kenapa masih nak melekat kat sikap sebenar Ao Yian yang introvert dan pemalu tu?!.

'Just look and see' Balas Ao Yian. Dia sebagai seorang yang hidup di dua dunia dengan bersettingkan zaman kerajaan dimana banyak gundik-gundik di istana memang dah terlatih nak mainkan watak 'white lotus' tu!.😏

"Tapi syarat utama mesti lelaki cantik" Ao Yian mempertahankan dirinya. Dia mengangkat kepalanya dan memandang Bai Li dengan mata bersinar. Kau tak nampak muka aku ni cantik sangat?. Itu yang dikatakan oleh Ao Yian dalam hati. Tetapi apa yang dilihat oleh orang pula wajahnya yang polos, comel dan cantik. Tsk...agak pelik juga dia memuji dirinya cantik, padahal dia lelaki!. Kenapa bukan sistem Handsome Slag Man's yang dia terikat?🙄.

"Kau...Kau! Kau hina aku!" Marah Bai Li. Buat Ao Yian dan peserta lain tersentak dan memandang hairan ke arah Bai Li. Sebab mereka semua mendengar apa yang dikatakan oleh Ao Yian tadi. Langsung tiada perkataan menghina yang terselit, malah nada suaranya juga begitu jujur dan ikhlas. Lembut lagi sedap untuk di dengar!.

"Mr Bai. Saya tak ada niat macam t..."

"Diam! Aku tahu kau nak hina aku! Kau ingat muka kau tu cantik kau boleh dapat pegang watak antagonist tu?! Jangan haraplah! Melainkan kamu tidur dengan pihak atasan. Muka macam kau ni pasti dah jadi lover orang. Ish...!"

"Mr Bai...." Ao Yian terdiam terus. Mata mahu merah ketika dituduh begitu oleh Bai Li.

'Nampaknya plot yang Ao Yian menjadi lelaki simpanan tu tak boleh lari betul!' Rungut Ao Yian. Sebab dia nampak ah dari cara peserta lain melihat dia sudah berubah, jijik dan geli.

Pasti kerana percaya dengan apa yang Bai Li katakan. Hanya ayat semudah itu sudah mampu merosakkan imej Ao Yian? Tsk. What a strong plot!.

'Ya. Biarpun host dah berjaya elakkan dari gambar hot host ditangkap oleh rakan sekelas host itu. Tetapi side effect tetap akan ada. Seperti yang berlaku sekarang. Tetapi tak seteruk yang berlaku kepada Ao Yian sebelum ini' Bagitahu Doll.

"Baik kau balik je. Jijik aku tengok muka kau ni. Watak antagonist tu milik aku" Yakin Bai Li berkata. Sebab dia yakin kelmarin dia dah naik katil pihak sponsor The Hidden Secret dan lelaki tua tu pun dah janji akan pilih dia memegang watak antagonist utama The Hidden Secret ini.

"Mr Bai tak ada hak nak halang saya sertai ujibakat ini!" Tegas Ao Yian akhirnya. Dia walaupun introvert itu tak bermakna dia akan biarkan orang memijak dia. Kalau selama ini dia biarkan ingat dia selamatkah menjadi lover pihak-pihak atasan semasa baru menyertai dunua hiburan dulu?! Hanya CEO Mo sahaja dia tidak dapat melepaskan diri dari menjadi male lovernya. Mujur dalam beberapa bulan itu CEO Mo seperti dah lupakan dia. Namun yang tak sangka tu bila CEO Mo teringat dia dan mahu menidurinya buat pertama kali, dia bertemu pula dengan Mo Qitian adik CEO Mo dan tidur dengannya.😒

'Aku pun tak suci dah rupanya! Tapi apa guna ada sugar daddy kalau aku masih nak sertai ujibakat?!' Bengang Ao Yian tiba-tiba. Terkejut terus Doll yang melihat sahaja apa yang berlaku tadi dan mendengar apa yang berlegar dikepala hostnya.

'Host tak minta~.....' Doll mengingatkan fakta itu.

'Dengan watak aku yang white lotus tu, mana mungkin aku nak minta depan mata diorang?!. Mana dah President yang membuang duit dan memenuhi segala permintaan lovernya kat novel yang kau bagi aku baca hari tu? Semuanya karut!'

Doll: "...." Host yang lurus bendul sangat, percayakan apa yang novel tu ceritakan!!!.

"Kau...!!" Bai Li yang terkejut ketika Ao Yian berani mengangkat suara kepadanya itu tadi bertambah marah.

"Peserta 0111. Sila masuk ke bilik ujibakat sekarang" Suara dari staf yang bertugas memanggil peserta ke bilik ujibakat kedengaran.

"Humph! Aku akan kalahkan kau kali ini!" Kata Bai Li. Mematikan niatnya menengking dan memalukan Ao Yian di depan khalayak ramai. Sebab sudah tiba giliran dia ke bilik ujibakat untuk watak Antagonist utama.

Ao Yian memandang Bai Li yang melangkah dengan angkuh dan penuh keyakinan ke dalam bilik ujian.

'Dia pun ada sugar daddy. Malah siap tidur dengan lelaki tua malam tadi. Tapi kenapa masih sertai ujibakat?' Hairan Ao Yian. Sungguh tidak mengerti akan konsep mempunyai Sugar Daddy.

'Sebab The Hidden Secret di sponsor oleh Mo Entertainment kerana mensasarkan drama ini akan masuk blockbuster untuk tahun ini. Director dan penulis The Hidden Secret juga bukan calang orang. Jadi amat ketat artis-artis yang berjaya membintangi drama itu. Tapi yang pasti semua artis yang berjaya menyertai The Hidden Secret walau watak sampingan dan screen time cuma 10 saat pun akan popular!' Semangat Doll memberitahu.

'Oh. Urm. Nampaknya saya harus buat yang terbaik sekali ketika ujibakat nanti!' Ao Yian tidak dapat menghalang dirinya dari merasa begitu teruja. Darahnya bergelonjak kerana teruja. Malah matanya juga semakin bersinar dan terang.

Doll terdiam terus. Jika hostnya teruja seperti ini akan ada sahajalah yang luar biasa akan dilakukannya. Seperti apa yang dilakukannya di dunia sebelum ini yang telah membuat banyak psikopath jatuh cinta kepadanya! Termasuk general itu yang terus menculik hostnya.

Urm...Dia sekarang dah mula teragak-agak sama ada mahu mengingatkan hostnya agar 'Stay calm' dan jangan terlalu melakukan yang terbaik di dalam bilik ujibakat nanti!.