webnovel

Quick Transmigration: Beauty Slag Man's System

Yu Qifan demi ingin membalas dendam dia sanggup terikat dengan sebuah sistem yang akan membawa dia menunaikan permintaan setiap tubuh yang akan di diaminya untuk menyelesaikan misi.

Ghost_Sinker · Fantasy
Not enough ratings
8 Chs

1.5

"Siapa lelaki yang memakai topeng dan topi tu?"

"Wah. Cantiknya kaki lelaki tu. Panjangnya kaki!"

"Lelakikah tu? Macam perempuan je? Mana ada lelaki tubuh perfect macam tu!"

Ao Yian yang baru turun dari teksi untuk ke Mo Entertainment, syarikat hiburan tempat dia bekerja sebagai artis itu mendengar bisikan-bisikan staf yang bekerja di Mo Entertainment. Dia semakin menurunkan topi dia jadinya.

'Aku dah tutup kot muka aku!' Rungutnya. Tidak suka dilihat oleh orang. Terutama perempuan dan lelaki yang memandangny dengan niat nak menerkam dia ah!.

'Orang moden tak sama dengan orang zaman dulu~' Kata Doll mencuba menenangkan hostnya yang dah nak melenting itu. Nak buat bagaimana lagi, hostnya terlalu cantik dan tubuhnya terlalu sempurna!.

Dia yang sebagai sistem inipun begitu teruja sekali menatap wajah hostnya di dunia ini. Tak kalah cantiknya dengan wajah-wajah sebelum ini setelah dicantikan 100% oleh sistem Beauty Slag Man's.

Ao Yian dengan hati yang sudah ditenangkan oleh sistemnya menuju ke lif untuk ke pejabat managernya. Dia perlu membawa surat kebenaran untuk datang ujibakat hari ini ah.

Tsk. Banyak betul songeh. Setakat nak ujibakatpun nak bawa borang kebenaran. Tak bolehkah dia datang terus je kat tempat ujibakat tu?.

Dia berdiri di depan lif yang masih belum terbuka.

Dia memicit hujung bajunya. Ao Yian sebagai seorang yang introvert memang akan panik jika berada ditempat khalayak.

Dia mula berpeluh menunggu lif. Apalagi banyak betul mata memandangnya dan berbisik dibelakang dia. Dia dah seperti haiwan di sarkas sahaja yang sedang membuat persembahan di khalayak orang!.

"Kenapa lama sangat ni" Suara kecilnya kedengaran begitu lembut sekali. Dia tidak berani memandang sekelilingnya. Terutama orang yang turut berdiri menunggu lif bersamanya.

Ting!

Pintu lif yang ditunggu akhirnya terbuka. Ao Yian cepat-cepat masuk dengan gaya kalutnya. Namun ketika dia masuk seperti itu orang melihat dia seperti anak kucing yang comel dan kesian pula.

Ao Yian berdiri di tepi dengan kepala yang ditundukkan. Topi yang dipakainya telah melindungi wajahnya dari pandangan orang.

Mo Qifang yang turut masuk ke dalam lif yang sama memandang dari hujung mata lelaki muda yang berdiri dengan panik itu ditepi.

Keningnya terangkat. Sejak bila mereka ada artis yang bertubuh amat perfect seperti yang dimiliki oleh lelaki muda ini?.

Ao Yian yang merasa dia sedang diperhati dari hujung kaki hingga kepala bertambah panik. Janganlah tengok saya!. Jeritnya dalam hati. Tidak selesa. Semakin dia memegang kuat hujung baju kemeja yang dipakainya.

Ting!

Akhirnya penantian penuh pemderitaan Ao Yian berakhir dengan pintu lif terbuka dan dia cepat-cepat keluar.

"Kamu, berhenti"

Suara dingin kedengaran dibelakangnya memberi arahan.

Ao Yian yang sudah mahu berlari itu berhenti melangkah apabila dia seperti sedang dipanggil?.

Dia berpaling memandang ke arah dalam lif. Kelihatan lelaki yang begitu tampan sekali berdiri segak di dalam lif itu sambil mata tajam memandang dia.

Berdebar terus hati Ao Yian. Panik. Sebab dia kenal siapa lelaki ini ah!.

"CEO Mo..." Suara kecil lelaki itu kedengaran lagi. Mencuit hati lembut Mo Qifang tanpa sedar.

"Siapa nama kamu? Dan artis dibawah siapa?"

Soalnya. Suara dinginnya dilembutkan sedikit tanpa dia sedar.

Ao Yian mengangkat kepalanya memandang Mo Qifang seperti kucing sedang mengintip malu ke arah makanan yang diberi kepadanya.

"Ao Yian. Artis bawah Manager Feng"

"Ao Yian?" Mo Qifang terkejut. Sebab dia tahu pemilik nama itu ah. Itu ialah male lovernya sejak beberapa bulan yang lalu namun dia tidak pernah ambil peduli dengan lovernya itu kerana sibuk dengan lover perempuannya yang lain. Dan disaat dia mahu bertemu dan tidur dengan male lovernya beberapa hari yang lalu, male lovernya itu tidak datang!.

Dia memandang artis muda itu tajam. Kenapa artis ini begitu berbeza dengan apa yang diingatnya semasa pertama kali dia ternampak artis ini ah?. Apa yang berbeza? Dia hairan sendiri dengan apa yang berlegar dikepalanya.

"Ya." Takut-takut Ao Yian membalas. Sebab cara CEO Mo melihatnya seperti tengah scan dia dengan X-ray ah!.

"Buka topi kamu. Kenapa guna topi seperti pencuri pula saya tengok" Arah Mo Qifang. Dia mahu melihat wajah lelaki muda ini. Sebab dia sudah seperti lupa bagaimana rupa male lovernya ini ah. Dan dari reaksi Ao Yian yang begitu gerun dengan dia ini, dia yakin Ao Yian tahu dia ialah lovernya.

Pasti takut kerana tidak datang waktu saya nak tidur dengan dia malam tu!. Mo Qifang membuat kesimpulannya sendiri.

Ao Yian menggigit bibirnya yang merah seperti mengguna lipstik. Tindakannya itu tertangkap oleh mata Mo Qifang. Hitam terus mata Mo Qifang memandang bibir merah itu. Dia yang berada di lif tadi sudah keluar ketika mendengar siapa nama artis ini. Dia tangguhkan dulu niatnya mahu ke pejabat dia di tingkat paling atas Mo Entertainment.

Ao Yian membuka perlahan topinya seperti tengah mengusik hati Mo Qifang yang tengah mahu melihat wajahnya. Dia tidak melakukan itu dengan sengajakan? Bisik hati Mo Qifang. Namun menyangkal syak nya itu apabila melihat wajah yang kini sudah tidak tersembunyi oleh topi.

Gasp!

Tarik nafas panjang dia melihat wajah itu.

Cantik bagai bidadari.

Mata bundar dan besar dengan anak mata hitam yang begitu gelap sedang memandang takut-takut ke arahnya.

Bibir merah bak delima yang digigit cemas oleh Ao Yian tanpa sedar. Tindakannya itu seperti mengundang orang untuk mengucup dan menggigit bibir merah itu!.

Kulitnya putih bersih tanpa jerawat. Halus. Seperti jade gred S yang selalu dibeli oleh ibunya diluar negara.

Tiada cacat celah pun di wajah itu. Ditambah dengan bentuk tubuhnya yang tinggi, kurus. Kaki yang begitu panjang sekali. Terus tangannya terasa gatal mahu menyentuh dan melihat kaki panjang itu ah!.

Ini wajah lovernya? Ini ialah male lover yang dia tidak hiraukan selama ini dan lebih mengintip artis baru yang bernama Ao Weran itu?. Buta dahkah mata dia?.

Dia mula syak matanya bermasalah. sebab tiada seorang wanita yang pernah di 'dating' nya mempunyai wajah seindah lelaki ini ah!.

Dan wajah sesempurna ini dimiliki oleh seorang lelaki?. Tsk...

"CEO Mo?" Ao Yian yang lama menanti Mo Qifang bersuara akhirnya tidak tahan lagi menunggu, dia memanggil lelaki itu dengan suaranya yang perlahan dan lembut.

"Ikut saya ke pejabat sekarang" Arah Mo Qifang. Masih dengan suara dinginnya dan masuk ke dalam lif yang sudah terbuka.

Aik? Sejak bila butang lif ditekan oleh Mo Qifang?. Hairan Ao Yian. Namun dia tidak berani melanggar arahan Mo Qifang. Dia cepat-cepat masuk ke dalam lif itu.

Dia berdiri dengan kepala yang ditundukkan dibelakang Mo Qifang. Mana mungkin dia berani berdiri di depan bosnya arh!.

Dan apalagi bos besar itu ialah 'lover' nya...😏

Suasana sunyi menyelebungi dua lelaki di dalam lif itu.

Aura dingin Mo Qifang membuat Ao Yian takut untuk bernafas kuat membuatkan dia sukar bernafas jadinya. Kulit wajahnya merah terus.

'Tsk...host kata tak nak jadi lover sesiapa lagi~' Sindir Doll. Terasa matanya mahu buta melihat betapa hebatnya host dia berlakon kalut tadi. Comel saja dia tengok. Kan bagus kalau hostnya ini mendengar kata begini saja setiap saat kepada dia? Pasti hostnya akan semakin comel!.

'Tu memang plan awal. Tapi masa nak masuk lif tu tak sangka pula Scum Qifang muncul! Dah tu berdiri di sebelah saya! Saya nak lari kat mana lagi?' Rungut Ao Yian. Dia benar-benar tidak plan pertemuan dia dengan Mo Qifang hari ini ah. Dia datang ke sini dengan niat nak ke pejabat Manager Feng untuk dapatkan surat kebenaran menyertai ujibakat yang berlangsung hari ini. Namun tak sangka pule bertemu dengan Mo Qifang!.

'Kita tengok apa yang dia nak buat kat pejabat dia. Mungkin dia boleh bagi saya pass untuk mendapat watak dalam drama The Hidden Secret tu tanpa menyertai ujibakat?' Kata Ao Yian. Suara penuh berharap sekali. Malah matanya yang memandang lantai itu bersinar terus. Mujur tiada siapa yang nampak. Mo Qifang pun sedang membelakanginya.

Doll "....". Pemalasnya host dia ni. Nak hampuk saja kepala dia sekarang!. Ni semua kerana general itu yang terlalu memanjakan hostnya!. Tsk...! What a poison cruel love!.

Ting!!

Pintu lif terbuka. Mereka sudah sampai di tingkat paling atas tempat pejabat CEO Mo terletak.

Ao Yian mengekori Mo Qifang tanpa banyak soal ke dalam pejabatnya.

"Good morning CEO Mo" Sapa setiausaha Mo Qifang sambil tunduk hormat kepada Mo Qifang. Dia memandang dengan mata terpegun ke arah lelaki muda yang berjalan dibelakang bosnya.

Wow!!! Calestial manakah yang sesat kat bumi ni?!. Jerit hatinya. Sungguh terkejut dan teruja.

Adakah ini ialah male lover bos yang bos nakkan beberapa bulan lalu tu?!.

Mo Qifang hanya mengangguk dan masuk ke dalam pejabatnya.

Ao Yian pula tunduk hormat kepada wanita muda dan cantik itu yang memandang ke arahnya dengan mata bersinar sekali.

'Oh My God! Comelnya!!' Jerit hati Setiausaha Wei.

Pintu pejabat ditutup setelah Ao Yian masuk. Dia melihat Mo Qifang yang sudah duduk di sofa dan memandang ke arahnya.

"Duduk" Arah Mo Qifang.

Ao Yian dengan patuh sekali duduk di sofa berdepan dengan Mo Qifang. Namun terpaksa batalkan niatnya itu apabila Mo Qifang memberi isyarat kepadanya duduk disebelah dia.

'Tsk. what an impatient man!' Kata hati Ao Yian.

'Cara dia melihat host, macam dia nak telan host~!'. Komen Doll menyokong hostnya.

"Kenapa kamu tak datang waktu saya nak jumpa kamu malam tu?" Soal Mo Qifang dengan suara dinginnya. Dia memandang lelaki muda itu yang duduk disebelahnya dengan badan yang tegak dan kaku.

Ao Yian memandang Mo Qifang sebelum menundukkan matanya membuatkan bulu matanya yang panjang kelihatan jelas seperti kipas pula.

"Saya datang. Tapi..." Dia diam selepas itu. Tidak berani mahu memberitahu apa yang berlaku malam itu. Takkan dia nal bagitahu yang dia melarikan diri dari Mo Qifang selepas itu tanpa sengaja bertemu pula dengan Mo Qitian?. Itu nak cari nahas jawabnya!.