webnovel

Quick Transmigration: Beauty Slag Man's System

Yu Qifan demi ingin membalas dendam dia sanggup terikat dengan sebuah sistem yang akan membawa dia menunaikan permintaan setiap tubuh yang akan di diaminya untuk menyelesaikan misi.

Ghost_Sinker · Fantasy
Not enough ratings
8 Chs

1.4

'Host, Female Lead ada kat luar~'

Ao Yian yang baru mahu keluar dari bilik itu terpaksa memberhentikan niatnya. Dia mengangkat keningnya, hairan.

"Belum pergi lagi perempuan tu?"

'Nampaknya Female Lead begitu ingin menangkap host dengan scum lover host itu di sini sehingga sanggup menyewa bilik berdepan dengan bilik yang scum Qifang sewa~'

"Tsk..! Spoil plan aku betullah. Terpaksa tunggu kat sinilah kan?"

'Of courselah~ takkan host nak keluar dengan bertuala lagi? At least tunggulah dulu baju yang Scum Qitian hantar untuk host tu~'

"Ah....saya lupa yang saya hanya bertuala" Rungut Ao Yian. Ini pasti kerana ingatannya yang lemah! Gred C😏.

Walau ingatan dia dan Ao Yian digabungkan pun tetap saja tidak melepasi Gred C itu.

'Host harus ingat. Host itu artis baru. Host kena jaga imej host~!'

Tegas Doll berkata. Takut hostnya itu lupa pula identitinya sebagai Ao Yian.

"Bermakna saya perlu bekerja selepas ini?" Dia menyoal.

'Um~..um~..' Jawab Doll dengan suara comelnya.

"Ah...! Malasnya. Rindunya menjadi seorang putra mahkota yang hanya duduk diam, ada banyak dayang dan eunuch yang tolong pakaikan baju. Urus semua keperluan harian. Saya hanya perlu berkelakuan kejam..."

'Host nak jumpa Mr general, Host tu lagi~?'

"Tsk! Jangan ingatkan general tak guna itu kat saya! Spoil my mood saja!"

"Yakin betul Sis Weran yang saya ada kat kelab ini" Bisiknya.

Dia menunggu assistant Mo Qitian sekarang. Memandangkan dia tidak dapat keluar disebabkan oleh Ao Weran yang masih tidak berputus asa untuk menangkap dia dengan lovernya di Club Gay ini.

'Host nak buat apa sekarang?'

Ao Yian diam sebentar tidak menjawab. Dia mengetuk-ngetuk meja sebelah katil besar itu.

"Balik. Permintaan ada banyak. Dia nak hubungan dia dengan ibubapanya pulih. Saya buat yang itu dulu. So maknanya saya harus melihat dulu bagaimana ibubapa Ao Yian, sebelum saya boleh tentukan apa yang perlu saya lakukan untuk perbaiki lagi hubungan kami"

'Host jangan lupa pula yang host perlu sertai ujibakat yang Ao Yian ingin sertai itu. Itu ialah langkah utama yang terbaik untuk host memunculkan diri dalam dunia hiburan sebagai artis baru'

"Still nak ujibakat? Apa guna saya jadi lover Scum Qifang kamu tu kalau saya masih lagi perlu ujibakat? Baik saya tak payah jadi lover sesiapa!"

'Host! Jangan malas!' Tegur Doll. Pening dengan sikap hostnya itu yang bukan sahaja keras kepala, cengeng dan mengalami perubahan sikap yang mendadak. Malah seorang yang pemalas!. Disebabkan dua dunia sebelum ini dia ialah kerabat diraja buat hostnya tidak perlu melakukan apa-apa kerja selain mengarah. Buat hostnya itu termanja terus!.

'Dan host jangan lupa, host dah tidur dengan Scum Qitian~!'

"Dah dia memang target saya, nak buat macam mana lagi?. Jangan risau. Itu ialah terakhir kali saya izinkan orang di dunia ini paksa saya melakukan aktiviti itu. Selepas ini giliran saya pula yang akan mainkan mereka...hehehe"

Ketawa jahat Ao Yian. Matanya bersinar tajam buat dia kelihatan seperti serigala yang sedang memerhati mangsa-mangsanya yang akan menjadi hiburan dia sebelum menjadi santapannya.

Doll menggigil terus. Wajah hostnya benar-benar dah serupa seperti General yang psikopath itu!. Dalam hostnya benci general itu, dia tak boleh sangkalkan yang hostnya semakin menyerupai general itu! Adakah ini yang dikatakan bakat Masochist (Gred SSS+)?.

Dalam benci itu hostnya tanpa sedar mengikuti jejak langkah orang yang dibencinya?.

***

Dengan bantuan pakaian yang dihantar oleh Assistant Mo Qitian, akhirnya Ao Yian pun dapat keluar dari kelab itu, itupun setelah Ao Weran ketika itu tidak dapat menahan dirinya untuk melepaskan 'hajat' di dalam tandas.

Dia tidak masuk ke bilik sebelah tempat Mo Qifang sedang berada. Dia dan Doll juga berasa hairan, kenapa Mo Qifang masih berada di dalam bilik itu? Adakah dia sedang menunggu lovernya datang?. Kalau benarlah Ao Yian dan Doll hanya akan memberi simpati kepada lelaki itu ah, kerana Ao Yian tidak lagi mahu bertemu dengannya setelah mendapat tahu yang dia perlu lagi menyertai ujibakat untuk mendapatkan projek di dunia hiburan! The heck! Ao Yian sanggup menjadi lover kepada CEO Mo itu sebab untuk mendapat projek dengan mudah dan dia juga dipaksa menjadi lover lelaki itu. Nak buat macam mana, Ao Yian kan terlalu cantik, apataknya playboy tertutup itu terpikat dengan remaja yang baru melangkah ke alam dianggap dewasa itu....😏

Ao Yian tidak sebodoh itu juga mahu keluar dengan wajahnya yang terdedah. Dia sudah buat eksperimen dengan Assistant Mo Qitian tadi. ketika perempuan itu melihatnya terus beku tak bergerak assistant itu. Malah dah seperti nak terkeluar biji matanya!. Sebab itu dia keluar dari kelab malam ini dengan menutup mukanya dengan 'mask' yang menutup separuh wajahnya iaitu hidung, mulut dan dagunya. Cermin mata hitam pula untuk menyembunyikan matanya yang bundar bak mata barbie. Jangan tanya kenapa dia boleh ada penutup hidung dan cermin mata hitam itu, sudah pastilah Doll yang berikan dia item itu. Itu ialah kelebihan Doll sebagai sistem yang membantunya dalam menyelesaikan misinya.

Ao Yian terus terfikir. Nampaknya dia harus memakai mekap untuk mengurangkan kecantikan wajahnya ah...

Tiada orang yang akan syak wajahnya bertambah cantik dan sempurna, diingatan semua orang dia memang amat cantik seperti itu, cuma saja di mata mereka, dia makin lama makin cantik. Dia tidak tahu juga bagaimana orang memandang dia dan fikir tentangnya, yang dia tahu saja sepanjang dia melakukan misinya di dunia sebelum ini tiada yang syak kecantikannya.

Dia menahan teksi dan meminta pemandu teksi itu untuk menghantarnya ke kediaman Keluarga Ao. Dia memejam matanya sambil teksi itu bergerak menuju ke kediaman keluarganya. Dia langsung tidak peduli dengan pandangan pelik pemandu itu ke arahnya. Dia sedang melihat dan memahami ingatan Ao Yian yang diwarisinya.

Dia mahu tahu hubungan Ao Yian dengan kedua ibubapanya sebelum ini. Dan dari apa yang dia dapat dari ingatan Ao Yian, hubungan dia dengan kedua ibubapanya boleh dikatakan berada ditengah. Baik tetapi tidak terlalu baik, buruk tetapi tidak terlalu buruk. Semua itu berpunca kerana kelahiran Ao Yian tidak disangka oleh ibubapanya yang bercadang hanya ingin mempunyai seorang anak sahaja iaitu Ao Weran. Ibunya melahirkan dia juga walaupun ketika itu ibubapanya ada dua hati, namun setelah melihat anak yang dilahir mereka agak comel seperti anak patung buat kedua ibubapanya terus jatuh hati kepada baby Ao Yian. Ao Yian membesar dengan baik dan rapat dengan kedua ibubapanya namun hubungannya dengan ibubapanya berubah apabila ketika Ao Yian semakin membesar wajahnya semakin lama semakin cantik, buat dia dibuli disekolah oleh rakan-rakan sekelasnya yang mengejek dia 'budak perempuan'. Ao Yian berubah menjadi pendiam setelah itu. Dia tidak lagi berinteraksi dengan sesiapa termasuk kakaknya dan ibubapanya.

Dia melihat ibubapanya mula menumpukan perhatian mereka dengan kakaknya yang ceria dan tahu menghibur hati kedua ibubapa mereka. Merasa cemburu namun tidak tahu bagaimana meluahkan perasaannya buat Ao Yian lebih mengambil keputusan untuk berdiam dan menyendiri sehinggalah dia remaja.

Ketika berusia 17 tahun Ao Yian menceburi bidang lakonan setelah menang dalam pertandingan tarian dan nyanyian di sekolahnya. Impiannya ingin berlakon kerana baginya dengan lakonan dia boleh melakonkan banyak watak, watak yang tiada dalam dirinya dan juga watak yang ingin dimilikinya namun tidak memiliki watak itu.

Boleh dikatakan Ao Yian ini agak obses dengan bidang lakonan, tarian dan nyanyian. Tengok sahaja dari bakat natural dan dari hasil latihannya memang sudah dapat teka yang dia betul-betul mahu menjadi artis yang berjaya.

Namun sayangnya, disebabkan wajahnya dan bentuk tubuhnya yang agak unik sehingga ke tahap sempurna buat dia sukar untuk melindungi dirinya dari diganggu oleh orang-orang yang terlibat dalam dunia hiburan. Managernya akhirnya mengambil keputusan memaksa dia menjadi lover CEO Mo setelah mendapat tahu bos mereka itu tertarik kepada Ao Yian. Malah siap mengugutnya untuk tidak memberi dia peluang untuk mendapat projek jika dia menolak tawaran CEO Mo untuk menjadi lovernya. Jadi begitulah bagaimana Ao Yian yang introvert itu terpaksa menjadi lover kepada CEO Mo.

Ao Yian mengeluh terus. Ah...nampaknya bukan mudah untuknya merealisasikan impian Ao Yian menjadi Emperor of Entertainment ah...

'Malam tadi sepatutnya malam pertama Ao Yian dengan Scum Qifang sebelum betul-betul menjadi lovernya. Tetapi oleh sebab host boleh OOC di dunia ini, host telah gagal menjadi lover Scum Qifang sepenuhnya. Jadi host sekarang hanya nama sahaja lover Scum Qifang'

'Saya ingat dah lama dah Ao Yian menjadi lover Male Lead tu, Ao Yian dah sepenuhnya menjadi lover dia...tsk. What a waste'

'So host masih nak kekalkan status host menjadi lover Scum Qifang?' Soal Doll meminta kepastian. Lagipun apa-apa keputusan Yu Qifan dia tidak akan masuk campur kali ini. Kecualilah kalau hostnya tidak boleh OOC di dunia ini.

'Saya belum tahu nak plan apa lagi tentang dua scum itu. Saya cuma nak fokus permintaan Ao Yian yang lain dulu. Selagi saya tak dapat anugerah Emperor of Entertainment di dunia itu. Selagi itu saya tak boleh tinggalkan dunia ini. Jangan lupa saya harus bunuh diri untuk tinggalkan dunia ini setelah mencapai semua permintaan Ao Yian. Saya cuma tak yakin untuk membuat Scum Qitian jatuh cinta kat saya. Saya bukan hebat dalam bab memikat orang. Dari pengalaman dunia sebelum ini, mereka akan suka saya sendiri. So saya nak tengok dulu apa Scum Qitian akan suka saya sendiri atau tidak. Baru saya akan usaha buatkan dia jatuh cinta kat saya masa tu kalau dia tak jatuh cinta kat saya'

Panjang lebar Ao Yian berkata. Namun dalam hati kerana dia masih lagi berada di dalam teksi. Boleh tahan juga jauh tempat tinggal keluarga Ao. Dia ada rasa janggal ketika berada di dalam teksi ini. Sebab ini ialah misi pertamanya di dunia moden. Namun mujur dia mewarisi semua ingatan Ao Yian jadi dia dapat biasakan dirinya menaiki kenderaan di dunia moden ini.

'Harap scum Qitian akan jatuh cinta kat saya sendiri! Saya nak tengok muka dia ketika melihat orang yang cintainya bunuh diri di depannya, pasti sebuah pemandangan dan pengalaman yang menakjubkan~' Sambungnya pula. Hati terasa berdegup kencang kerana teruja memikirkan hal itu.

Doll terdiam terus. Hostnya benar-benar 'S' ah!.

Ketika dia sudah sampai di kediaman keluarganya dia mendapat tahu hanya dia yang ada di rumah itu. Ibubapanya masih bercuti di luar negeri.

"Apa ni?! Satu misi pun saya tak dapat nak mulakan?!" Bengang terus Ao Yian.

Dia tak tahu langsung yang ibubapa Ao Yian tiada di rumah sekarang!. Buang duitnya saja bayar teksi tadi. Dahlah dia miskin kat dunia ini!.

Biarpun Doll boleh beri dia duit namun ada limitnya ah....!

'Host mulakan dengan menyesuaikan diri host dulu dengan tubuh Ao Yian dan bakatnya. Ujibakat host dah nak dekat~'

'Tsk! Menyusahkan. Buang masa.'

'Atau host nak ke sekolah?' Cadang Doll bila melihat semangat hostnya mahu melayang ke laut lagi.

"Malas~" Dari suara yang dingin mendadak berubah ke suara yang manja. Buat Doll tidak tahu mahu beri riaksi apalagi. 😑