webnovel

Putarkan masa lalu~

Lelaki dan wanita, mempunyai suara hati yang berbeza. Terkadang, kita hanya tahu isi hati wanita. Tapi kita lupa isi hati lelaki. Cerita ini, menceritakan suara hati untuk lelaki dan juga wanita. Siapa tahu, apa yang ada dalam isi hati kita

Doubly_crazy · General
Not enough ratings
9 Chs

Bicara Hati-WANITA

Chapter Selingan-Hati yang kau sakiti

Nafas dan rasa amarahku turun naik. Wajahku merah, dengan bahang marah yang meluap-luap. Perbuatannya itu, telah membuka pandanganku. Dia telah membuatkan aku melihat sifat seorang lelaki yang paling BODOH di alam benua.

Paling HINA di mataku, kerana dia.

Disaat hatiku di hamun rasa yang bercampur baur, emosiku juga terasa terumbang ambing di badai ombak. Tidak berlalu beberapa saat. Hatiku pula diruntun rasa kecewa dan kesal.

Aku MENYESAL mengenalinya.

Aku tak mampu menipu perasaanku, apabila air mataku turun membasahkan wajahku. Teresak-esak aku menangis di waktu rakan sebilikku lena di peraduan masing-masing. Hingga aku terpaksa keluar ke tangga rumah, menangis sendiri kerana takut menganggu rakanku yang nyenyak tidur.

Aku pujuk hati yang rawan. Aku KECEWA dengan ulahnya.

Andai...andai aku sendiri tak bersikap bodoh dan dungu. Aku tak patut cuba menjadikannya kawan atau berniat untuk menjadikannya kawan. Cukuplah ada Najmi. Satu-satu sahabat yang aku ada.

Malam yang mulai menjengah siang, membantutkan diriku untuk tidur. Aku masuk ke dalan rumah dan berlekas ke bilik air, mengambil wuduk. Mujur sahaja, esok adalah hari cuti. Kerana sudah janji. Petang itu, aku dan dua rakan serumah pergi ke kedai buku. Waktu itu, masing-masing mencari peralatan dan keperluan masing-masing. Tinggal aku seorang diri.

Sewaktu terleka, aku tidak sedar bahawa aku ditinggal seorang diri. Saat ketika, aku baru tersedar yang diri aku berada di tengah-tengah kedai dan setiap sudut kedai penuh dengan kelibat lelaki.

Kerna terbawa-bawa perasaan takut, badanku mengigil. Aku jadi mengeletar, dengan tangan yang terpaksa aku gengam.

Jika...jika...

Jika ada sesuatu alat tajam di tanganku ketika itu, pasti akan ada berlaku sesuatu yang diluar jangkaan.

Kerana setiap kali aku melihat lelaki yang lalu di dekatku, aku rasa perasaan nak membunuh. Aku rasa nak hapuskan manusia berjantina lelaki. Aku jadi benci dengan lelaki. Aku marah dengan lelaki dan aku tak suka mereka hampir denganku.

Kerana perasaan yang ada, begitu memberi tekanan perasaan dan kian menganggu aku buat seketika. Aku trauma dengan lelaki walau dengan ahli keluargaku sendiri. Aku...kelihatan kuat di luar. Hakikat, aku lemah.

Apabila aku dengan Najmi. Aku tenang. Aku rasa aman.

Najmi...sahabat baik yang tak boleh diganti. Dia berjaya merubah diriku. Dia yang memujukku dan memberikan kekuatan untuk menjadi diriku sekarang. Takdir pertemuanku dengan Najmi, merupakan hadiah dan nikmat Allah yang terbesar dalam hidupku.

Dan...perlahan-lahan, rasa sayang pada Najmi mengubah persepsi diriku. Najmi juga lelaki, tetapi sifat dirinya yang menjaga kehormatanku dan prinsip hidupku membuka sirna padaku. Benarlah kata Najmi, bahawa yang salah itu bukan jantina. Tetapi, diri lelaki itu sendiri.

Terima kasih, Najmi. Kehadiranmu, sempurnakan kehidupanku.

~Tamat~