1 Prefect Part 1

Prefect episode 1

 

Dua orang pengawas bersiap sedia di hadapan pintu pagar sekolah. Nama-nama yang hadir lambat dicatat dalam buku kuning. Mangsa pertama ialah pelajar skema di Sekolah Interlek Kuantan – Amir. Dia bukan selalu hadir lambat ke sekolah. Tetapi kali ini, dia akan dipanggil untuk disoal siasat. Inilah habit pengawas. Mereka akan memanipulasi dan memperbesar hal-hal remeh.

 

Murid yang lewat hadir dikumpulkan di bilik disiplin. Bukan guru yang menyoal siasat. Tetapi pengawas. Inilah kali pertama Amir disoal siasat dan melihat segala kepincangan yang berlaku di Interlek.

 

Semua murid dipaksa untuk duduk dengan keadaan mencangkung. Beberapa orang pengawas dan pengampu mereka diberi kebebasan serta merta. Amir akur. Dia tahu sekolah tidak membenarkan semua ini. Namun disebabkan itu arahan dari seorang pengawas, apa yang dia boleh lakukan. Lagipun, Amir hanya seorang pelajar skema. Tidak terlalu menonjol dalam akademik, kokurikulum juga sukan.

 

"Aku nak korang semua dihukum menmbersihkan jamban sekolah yang banyak taik. Taik seperti korang."

Wafiq, pengawas yang cukup terkenal dengan mulut lancang di belakang guru bersuara. Jika di hadapan guru, dia adalah wali dari syurga.

Amir hairan. Dia tidak boleh terus akur memandangkan dirinya baru pertama kali melihat kesyaitanan tempat ini. Sekolah akan terus hancur jika dipimpin organisasi pengawas. Pengawas adalah pengamal kronisme. Itu yang Amir boleh tafsir dari mata kepalanya sendiri. Tanpa dipengaruhi perspektif yang kononnya pengawas adalah malaikat, Amir berazam untuk menentang.

"Kenapa kena cuci jamban. Aku datang lambat pun beralasan."

Amir lantang menjawab. Mata lain semua tertumpu pada manusia itu. pengawas lain memandang sinis terhadap Amir. Mereka telah jumpa dengan satu-satunya manusia yang berani menentang. Ya, memang pernah ada yang melawan mereka, tetapi yang lain kecundang. Mereka akan biarkan amir kecundang juga.

"Kau bodoh ke apa sial.. Kitaorang pengawas sekolah. Sekolah ni organisasi pengawas."

Pengawas yang lain semua tersenyum sinis. Mengampu Shaz, ketua pengawas Interlek. Satu-satunya ketua pengawas perempuan.

"Yeke? Kalau macam tu aku akan buat pengawas kering kontang selama-lamanya mendahagakan jawatan. Pengawas hanyalah ikan remora yang mengampu jerung."

Setelah Amir menjawab kata-kata kak Shaz, seorang pengawas menumbuk kepala Amir. Dia ditendang. Pengawas itu bernama Hazimi. Berotot sasa tetapi bodoh dalam akademik. Dipilih menjadi pengawas kerana boleh memperkuat organisasi. Pengawas memilih pengawas. Mereka juga dilindung oleh guru pengawas yang hebat dalam memanipulasi bernama Cikgu Syahida.

 

"ARGHH SAKIT BANGSAT!"

Amir melawan lagi.

"Jangan sampai aku jibam kat cikgu."

Amir mengugut.

"Jibam ah. Hehe."

Kak Shaz gelak sinis. Mereka sudah agak ini yang akan diperkatakan Amir. Pelajar lain yang melihat sudah terbiasa dikenakan hukuman, mereka ingat ini perkara biasa. Tetapi bagi amir, ini luar biasa.

Dia keluar daripada bilik disiplin dan melaporkan perkara ini kepada guru disiplin.

"Cikgu, pengawas sekolah dah melakukan penganiayaan…."

"Penganiayaan? Cikgu dah bagi diorang kebebasan untuk buat apa je untuk pertahankan disiplin Interlek."

Amir : Cikgu, ni berkaitan maruah. Diorang dah langgar undang-undang Interlek, CIKGU! 

Cikgu Sofi : ya, betul. Ini semua sebab maruah. Kalau kamu nak maruah sekolah ni terpelihara ikut je mereka.

Amir : Ikut diktator? Cikgu dah gila ke? Ke cikgu ni bisu, pekak tuli…"

Sebuah penampar hinggap di muka Amir. Cikgu sofi menggeleng kepalanya. Dia mencatat nama Amir dalam buku kuning lagi. Buku rekod salah laku pelajar. Kali ini, ibu bapanya akan dipanggil.

"Kau jangan nak lawan arahan sekolah. Jangan biadab dengan cikgu. Jangan biadab dengan pengawas!!!!!"

"Jangan cikgu…jangan sampai kau menyesal nanti."

Amir bermonolog dalam hati. Tahulah dia berita ini akan dimanipulasi dan disebar ke seluruh sekolah.

 

 

avataravatar
Next chapter