webnovel

Xiao Xi Xi, Kamu Nak Luahkan Perasaan Dekat Siapa?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ekspresi wajah Lu Tingxiao menjadi tegang apabila dia lihat Ning Xi bercakap dengan Jiang Muye untuk masa yang lama. "Dah sampai masa makan ubat ni."

"Oh, oh… baiklah!" Ning Xi menamatkan panggilan. 

Mata Ning Xi terbeliak sebaik sahaja dia nak pulangkan telefon itu kepada Lu Tingxiao.

Gambar latar belakang skrin telefon Lu Tingxiao ialah swafoto mereka di taman tema!

Gambar itu sangat ceria. Dia sangka Lu Tingxiao hanya temankan mereka dan tak suka pun pergi ke sana, tapi siapa sangka…

Haih, macam mana Syaitan ini boleh jadi sangat kacak dan comel dalam masa sama?

Ning Xi teringin nak letak gambar itu sebagai gambar latar belakang skrin telefonnya juga. Sayangnya, kerjayanya tak membolehkan dia buat begitu kerana ia boleh menimbulkan dakwaan skandal. 

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com