webnovel

Tidak Dapat Menahan Diri daripada Mendekatinya

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas dia selesai menguruskan segala keperluan untuk Ban Besar, Ning Xi beralih pula kepada tugas menidurkan Ban Kecil. 

Ban Kecil ingin mendengar Ning Xi menyanyi. 

Tidak lama kemudian, Ning Xi selesai menyanyikan beberapa buah lagu yang digemari oleh Ban Kecil. Dia melihat Ban Kecil sedang merenung wajahnya dengan mata yang bulat. Kanak-kanak itu langsung tidak kelihatan mengantuk. 

"Kamu tak mengantuk ke? Kamu nak Mak Cik bacakan kamu sebuah cerita?" Tanya Ning Xi. 

Ban Kecil menggelengkan kepalanya. 

Ning Xi menggosok dagunya. "Kamu nak Mak Cik nyanyi lagi?" 

Ban Kecil mengangguk. 

"Kamu tak suka lagu yang Mak Cik nyanyi tadi?" Tanya Ning Xi lagi.

Kanak-kanak itu mengangguk. 

Ning Xi mengangguk faham. "Kalau macam tu... Mak Cik tukar nyanyi lagu lain, okey?"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com