webnovel

Tak Ada yang Bertahan Lebih daripada Seminggu

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Sebaik sahaja Lu Tingxiao nampak reaksi Lu Jingli yang terkejut, dia tak dapat menahan dirinya daripada tersenyum. Hatinya yang tadi berat menjadi lapang.

Dia perlu kosongkan fikiran. 

Semuanya berlaku secara tiba-tiba dan seakan-akan khayalan. Dia takut dia akan terjaga dan sedar yang semua ini hanyalah mimpi. Apa yang lebih menakutkan ialah kemungkinan Ning Xi hanya luahkannya kerana terikut-ikut dengan perasaannya pada ketika itu dan suatu hari nanti Ning Xi akan berpaling atau rasa menyesal. Dia bimbang kebahagiaan ini hanya sementara dan dia sangat takut akan kehilangan…

Rasa kosong sebenar bukan disebabkan kita tak memiliki sesuatu, tapi disebabkan kehilangan sesuatu itu setelah ia dimiliki. 

Sekarang, kebahagiaan ini hanya mendatangkan keresahan dalam hatinya.

Ning Xi dah kenalkan dia kepada Gong Shangze sebagai seorang bos, kawan, guru dan pencungkil bakat.

Macam mana dengan sekarang? Siapa dia bagi Ning Xi?

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com