webnovel

Saingan Romantik di Mana-mana

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ning Xi kelihatan dingin apabila mereka berjalan melepasi penyambut tetamu. Dia menggumam, "Menyampahnya"

"Apa jadi?" soal Lu Jingli. 

Ning Xi menjawab dengan rasa sakit hati, "Dulu ada penyambut tetamu perempuan yang comel. Kami rapat, saya siap berikan dia sekotak gincu masa hari pertama dia kerja di sini. Dia selalu bergosip dengan saya, tapi dia tiba-tiba kena pindah. Penyambut tetamu sekarang ni pak cik tua! Ugh, geramnya, bagi balik gadis comel saya!"

"Ugh" reaksi pertama Lu Jingli ialah berpaling ke belakang untuk memandang abangnya yang tenang dengan riak wajah tak bersalah.

Siapa lagi yang akan buat begitu?

Saingan romantik abangnya ada di mana-mana!

Ia cukup untuk buat Lu Tingxiao sibuk sepanjang hari untuk uruskan mereka. 

Selepas mereka naik atas dan keluar daripada lif, Ning Xi berjalan ke arah rumahnya. Tiba-tiba dia berhenti di selekoh dan mengundur ke belakang.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com