webnovel

Risau Jika Ia Tak Cukup Mengujakan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Malam tiba. Di luar, bulan tak kelihatan dan hanya ada beberapa butir bintang yang bersinar pada langit yang gelap. 

Hanya bayang-bayang yang pudar kelihatan di dalam bilik yang tak ada cahaya itu. 

Lu Tingxiao merapatkan badannya yang kaku ke depan dengan sebelah tangannya berada di pinggang Ning Xi. Ning Xi melutut di atas katil dan meletakkan lengannya di sekeliling leher Lu Tingxiao. Leher Ning Xi yang jinjang berlatarkan cahaya yang malap itu membuatkan Lu Tingxiao terpesona…

Fikiran Lu Tingxiao menjadi kosong selepas dunianya dihancurkan oleh berita buruk yang dibawa oleh Lu Jingli tadi. Dia tak tahu siapa dirinya pada ketika itu. 

Suasana di situ sangat sunyi. Lu Tingxiao langsung tak bergerak seakan-akan dia dah dipanah petir.

Jantung Ning Xi berdegup dengan kencang selepas menahan nafasnya untuk masa yang lama. Apa yang berlaku?

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com