webnovel

Menjadi Perempuan Simpanan Lu Tingxiao

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Hu Hongda memberi penjelasan, "Perempuan inilah yang paksa saya siarkan kenyataan tu dekat Weibo untuk jelaskan..."

Ming Fangfang ketawa dingin. "Jelaskan? Nak jelaskan apa? Lin Zhizhi, saya sangat menghormati kamu masa kamu jadi pengurus Leng Manyun. Tapi, sekarang artis jenis apa berada di bawah pengurusan kamu ni? Dah musnahkan rumah tangga orang, lepas tu sekarang berani pula datang ke sini dan suruh suami saya jelaskan?"

Riak wajah Lin Zhizhi berubah. Dia menjelaskan dengan lembut, "Puan Hu, saya rasa kamu dah salah faham. Perempuan simpanan suami kamu bukan Ning Xi. Semua orang dah salah faham dengan berita palsu yang disiarkan sebelum ni, sebab tu saya datang ke sini nak minta CEO Hu jelaskan perkara sebenar kepada orang ramai. Kamu sendiri pun pernah terlibat di dalam dunia hiburan. Kamu tahu apa kesan fitnah macam ni pada artis wanita, kan? Lagipun, Puan Hu, kamu tak mahu ke tengok pesalah sebenar terima hukuman yang setimpal?"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com