webnovel

Membuatkan Seseorang Jatuh Bankrap Tanpa Sepatah Kata

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Hu Hongda memandang lelaki berwajah tenang itu dengan pandangan yang penuh dengan ketakutan. Aura dingin dan berbahaya mula menyelubungi segenap ruang bilik itu. 

Orang itu adalah... Lu Tingxiao...

Tak guna! Lelaki ni!

Lu Tingxiao dikhabarkan mempunyai kekayaan dan rangkaian yang besar dan sangat berkuasa. Tetapi, Hu Hongda tidak menyangka yang lelaki itu mampu membuatkan syarikatnya jatuh dengan begitu mudah...

Ning Xi sedikit terperanjat mendengar perbualan Hu Hongda di telefon. Bila Lu Tingxiao bertindak? Kalau dia bertindak semalam selepas mendapat tahu tentang skandal ini sekali pun, ia tetap terlalu pantas! 

Dia membuatkan Hu Hongda jatuh bankrap tampa sepatah kata...

Si Syaitan telah memberikannya pengajaran hidup yang berguna hari ini. Sekarang, dia tahu bagaimana rasanya membuli seseorang dengan menggunakan kuasa!

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com