webnovel

Kekasih Lu Tingxiao

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Tuhan telah menggunakan masa yang lama untuk menyempurnakan lelaki ini berbanding orang lain. Usianya yang semakin meningkat bukan sahaja tidak meninggalkan kesan di wajahnya, sebaliknya ia membuatkan lelaki itu kelihatan semakin berkarisma dan memukau. 

Ming Fangfang sedaya upaya cuba menahan emosinya dan berbual dengan lelaki itu. "CEO Lu, kenapa kamu ada di sini? Ini bilik nombor 18. Kamu salah bilik ke?"

Walau apa sebabnya sekali pun, dia tahu yang ini adalah sebuah peluang yang tidak sepatutnya dilepaskan! 

Hu Hongda serta-merta terlupa tentang tujuan utama dia datang ke sini dan cepat-cepat mengukirkan senyuman yang manis untuk menyambut Lu Tingxiao. "Memang CEO Lu rupanya. Siapa sangka yang saya akan jumpa kamu di sini? Saya memang berniat nak jumpa kamu untuk bincang tentang pembangunan tanah di bahagian timur..."

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com