webnovel

"Kamu tak boleh biarkan Spirit terus berkembang. Guna je apa-apa cara yang kamu boleh!"

"Baik, Bos! Tunggu dan lihat! Mereka masih terlalu muda untuk menentang saya!" Lelaki itu kelihatan yakin.

Ekspresi wajah Ning Xueluo bertukar lembut apabila dia melihat keyakinan di wajah lelaki itu. Lelaki ini merupakan bekas pengarah pemasaran SF, seorang yang terkenal dan pandai memanipulasi di dalam industri. Dia telah menolong SF menjatuhkan banyak pesaing, jadi Ning Xueluo berasa berbaloi menghabiskan duitnya supaya lelaki itu berada di pihaknya.

Bagi dia pula, dia masih ada sesuatu yang lebih penting untuk diuruskan.

Orang tuanya mahu menulis wasiat!

Dalam hanya beberapa hari sahaja, berita mengenai sepupu kepada CEO Syarikat Lu iaitu Lu Xinyan telah membuka kedai baru tersebar seperti api yang merebak.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com