webnovel

Saya akan Bayar dengan Harga Paling Tinggi

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ou Ming ketawa dan berkata, "Bijak."

Mata Yu Lili bergetar. Dia memandang Ou Ming sambil tersenyum dan berkata perlahan, "Seronokkah, Ou Ming? Terus pegang saya seperti ini. Kamu tak mahu balas dendam kepada saya? Bukankah lebih baik kamu biarkan saya mati saja?"

Mendengar kata-kata itu, Ou Ming menundukkan kepalanya sehingga dahi mereka bersentuhan lalu berkata, "Kenapa pula saya perlu lepaskan kamu semudah itu?" Suaranya lembut, tetapi berbahaya. Yu Lili jelas dapat merasakan kebencian di sebalik suaranya.

Kejam…

"Kamu tahu?" tangan Ou Ming bergerak ke bawah dan dia berbisik, "Tubuh kamu… sangat menarik."

Yu Lili terkejut dan bergelut seketika, tetapi kemudian berhenti bergerak dan menutup matanya dengan putus asa. Dalam masa beberapa saat, dia telah dihempas ke atas katil dan menjerit kecil. Ou Ming meletakkan lututnya di atas peha Yu Lili, tetapi tiba-tiba teringat peristiwa lalu. Disebabkan tindakan kasar beginilah anak kembarnya bertukar menjadi darah yang mengalir dengan banyak…

Hati Ou Ming berasa pedih, lalu dia mengalihkan lututnya dan meletakkannya di antara kaki Yu Lili. Matanya merenung Yu Lili dan dia berkata sambil tersenyum kecil, "Barang-barang yang kamu beli bukan murah. Kalau Su Qianci berikannya percuma juga, kamu tak akan terimanya, bukan?"

Yu Lili merenung ke dalam mata Ou Ming dan tersenyum sinis.

Lihatlah, dia sangat kenal saya!

"Jadi kenapa?"

"Saya akan selamatkan kamu." Ou Ming mengangkat dagu Yu Lili dan menyambung, "Jual semuanya kepada saya disebabkan kamu akan terpaksa jual semuanya juga." Ketika mengatakannya, dia tunduk untuk mencium Yu Lili. "Saya akan bayar dengan harga paling tinggi."

Dia akan membayar… dengan seluruh hatinya.

Mungkin saya tak akan mampu dapatkan wang untuk membayar semua barangan ini sepanjang hidup saya. Siapa lagi yang akan memberikan harga lebih tinggi?

"Menarik…" jawab Yu Lili dengan dingin.

Mata Ou Ming bertambah gelap. Dia tersenyum jahat, kemudian membenamkan wajahnya ke leher Yu Lili dan mula menciumnya dengan rakus.

Air mata bergenang di kelopak matanya. Yu Lili dapat merasakan keinginan lelaki di hadapannya ini dan berasa sedih. Dia menutup matanya perlahan-lahan dan membiarkan perlakuan kasar itu. Ciuman Ou Ming yang hangat menaikkan nafsu kedua-dua mereka. Sudah terlalu lama Ou Ming tidak menyentuhnya, jadi perkara itu sudah dijangka. Tubuhnya telah bertindak balas dan Ou Ming mula menanggalkan pakaiannya satu demi satu.

Walau bagaimanapun, hanya selepas membuka seluar dalam Yu Lili, barulah Ou Ming menyedari nafas yang menderu perlahan di atas kepalanya. Ou Ming berhenti dan mengangkat kepala. Dia melihat mata Yu Lili yang tertutup dan bulu mata wanita itu yang panjang.

Nafas Yu Lili menderu perlahan. Dadanya turun naik dan menghasilkan pemandangan yang menggiurkan. Namun Ou Ming tidak marah, sebaliknya ketawa.

Perempuan ini… benar-benar tidur? Dia bodohkah?

Ou Ming mencubit buah dada Yu Lili dua kali, tetapi Yu Lili hanya mengerutkan dahi dan menepis tangannya, kemudian kembali tertidur.

Ou Ming tidak berang, namun tetap berdiri dengan jengkel dan berkata, "Celaka betul!"